Hari ini ruang comment beberapa entry blog ini dihujani dengan comment penuh semangat dan energetic oleh pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai anonymous.
Comments tersebut mungkin daripada anonymous yang sama atau daripada beberapa individu yang berbeza tetapi itu bukan isu. Yang penting aku terpana dan terpesona dengan charismatic dan daya juang yang ditunjukkan.
Bagi aku, anonymous ini bukan calang-calang fighter dan sangat berpengalaman. Beliau umpama ombudsman. Kepada beliau atau mereka, aku ucapkan jutaan terima kasih atas segala perkongsian maklumat/ pendapat di blog kita ini. Insya-Allah sedikit sebanyak ianya dapat membantu aku dan rakan-rakan pembawa HIV yang lain. Jazakallah khier…
Aku memang mengalu-alukan variasi pengalaman tanpa prejudice sama ada pro atau contra. Aku juga berbesar hati kerana nampaknya objektif blog ini diwujudkan semakin menghampiri sasaran.
Aku kongsikan comments tersebut sebagai renungan bersama:
Dalam entry PEACE UNTUK RAKAN-RAKAN HIV POSITIF
www.aidsmeds.com di sini ada bermacam macam info untuk pengidap HIV. Ada forum dan juga bermacam macam ilmu tentang HIV dari kaedah rawatan dan sebagainya. Website tu untuk individu yang positif HIV dari seluruh dunia yang berkongsi macam macam maklumat.
Dalam entry SIAPAKAH AKU
salam.. rileklah bro... HIV positif je pon... ramai lagi yang sama nasib dgn bro... rilek saje.. jgn risau bro... you will be ok... hiv hanya rampas sistem imun badan kita.. bukan rampas jiwa dan diri kita!!
Dalam entry GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM PEMBAWA DAN PESAKIT AIDS
ini SALAH!!! Mandi mayat dengan klorox? siapa yang menentukannya??? Manusia!! HIV tidak boleh berjangkit dengan memandikan mayat si mati!!
Dalam entry PENGHIDAP HIV DI MALAYSIA
The only thing will make you live is by research. Hopefully AHP will research about HIV. You do your research about HIV.. Fill yourself with education. HIV is not something to worry about as it is a chronic disease that can be control nowadays. The only thing is to worry about is the social discrimination about HIV. HIV people come here on the net to express themselves. They do that to live. Do whatever it takes to live. Life is so precious. So live your life!
Dalam entry PENGALAMAN LAMPAU BERSAMA PESAKIT AIDS
Manusia zaman skang makin modern makin bodoh dan bongkak. Kalo nak diikotkan ramai pengidap HIV ni ramai yang golongan innocent... Tapi sebab masyarakat zaman skang ni makin bodoh, bongkak dan pentingkan diri sendiri... diskriminasi dan stigma susah nak hentikan. Senang cerita masyarakat melayulah paling ramai yang bodoh dan bongkak. Kita manusia.. TAKDE hak nak hukum siapa siapa. Hanya TUHAN berhak menghukum manusia.
AHP: Aku sangat-sangat setuju dengan pandangan beliau bahawa ramai penghidap HIV terdiri daripada golongan innocent. Bayangkan nasib wanita, bayi, kanak-kanak yang dijangkiti daripada suami, ibu bapa dan golongan yang mendapat jangkitan melalui pemindahan darah atau organ. Jumlah mereka bukan sedikit dan semakin meningkat. Kalau pembawa HIV pernah melakukan dosa sekalipun, mereka sepatutnya dibimbing dan dirawat, bukannya dihukum sebegitu kejam.