Pusat Perlindungan PERNIM yang ditubuhkan untuk menjaga kanak-kanak Pesakit HIV/AIDS oleh seorang hamba Allah yang amat perihatin begitu memerlukan sokongan kita semua terutamanya dalam mengumpulkan dana untuk keperluan hariannya dan juga untuk membeli 2 buah rumah lagi bagi menampung pertambahan penghuninya .
Mungkin kita pernah mendengar atau membaca tentang pengorbanan Puan Hajah Nurlina Alawi dan suaminya yang sanggup memelihara anak-anak malang ini. Memang saya amat kagum dengan pengorbanan mereka dan saya fikir tentu Allah akan membalas jasa mereka itu. Cukup setakat itu saja.
Namun hati saya tersentuh bila teman saya, Puan Rozita seorang pensyarah MASCOM UITM Shah Alam yang membantu menjayakan projek studentnya untuk mengumpulkan dana PERNIM menceritakan tentang hal sebenarnya tentang pertubuhan ini. Disaat anak-anak saya mewah dengan mendapat hampir semua yang diidamkan rupanya anak-anak malang ini pernah dicatu nasinya hanya kerana kehabisan beras.
Rupa-rupanya kebajikan anak-anak yatim ini kurang mendapat perhatian dari orang ramai termasuk badan-badan korporat. Ini mungkin kerana persepsi negative tentang AIDs yang masih menebal dikalangan kita orang Malaysia khususnya orang melayu.
Jika anak-anak yatim lain mendapat layanan istimewa dengan jamuan di hotel-hotel besar pada bulan puasa dulu, namun anak-anak yatim PERNIM tidak dapat merasai kenikmatan ini. Mujurlah dengan usaha pelajar-pelajar UITM itu mereka dapat mengumpul sedikit dana dalam waktu yang singkat, dapatlah anak-anak ini memakai baju raya dan seterusnya merasai suasana hari raya tahun ini.
Walaupun PERNIM mendapat sedikit bantuan dari badan-badan tertentu namun ianya masih tak mencukupi. Saya terfikir sekiranya dana keperluan harian merekapun tidak mencukupi inikan pula untuk mengumpul dana untuk membeli 2 lot rumah kampung untuk tempat berlindung. Khabarnya seluruh ruang rumah termasuk ruang dapur dijadikan tempat tidur sehingga halaman rumah terpaksa menjadi ruang makan.
Puan Rozita sendiri pernah menyaksikan insiden menyayat hati ketika pihak berwajib hendak merobohkan khemah sementara yang didirikan untuk tambahan ruang makan hanya kerana bantahan dari orang-orang kampung yang tidak menyenangi kehadiran anak-anak malang ini.
Oleh itu kepada para dermawan, berikut adalah butir-butir akuan bank pertubuhan ini:

Nama: Tabung Perlindungan PERNIM
Bank: RHB
No Akaun: 2-14013-6000-3173
Untuk pengetahuan semua, Puan Hajah Norlina dan suaminya telah menjadikan setiap anak-anak malang sebagai anak angkat mereka yang sah dan memelihara mereka seperti anak-anak mereka sendiri, tidak lebih dan tidak kurang. Dengan bantuan beberapa syarikat yang perihatin, mereka berusaha menjana pendapatan mereka sendiri dengan menjual produk syarikat itu dengan label mereka sendiri seperti jus Nurlina, menjual tudung dan sebagainya. Mereka amat memerlukan agen-agen jualan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web
http://pusatperlindunganpernim.blogspot.com/
Atas sebab-sebab kesihatan mereka tidak menerima baju-baju dan barang-barang terpakai kerana keadaan mereka amat sensitive. Jadi apa yang mereka perlukan adalan bantuan dari segi kewangan dan juga sokongan moral dari kita semua.
Mungkin hayat mereka tidak terlalu panjang, namun mereka juga manusia biasa yang berhak untuk hidup sesempurna yang mungkin. Jangan biarkan mereka menanggung beban dosa ibu-bapa mereka kerana mereka sebenarnya tidak bersalah.
Mungkin kita tak sehebat Puan Hajah Nurlina yang sanggup mendampingi mereka secara langsung dan mengasuh anak-anak ini, namun kita boleh menjalankan peranan kita dengan cara kita sendiri yakni dengan menghulurkan sedikit bantuan walaupun dengan hanya menyebarkan email ini.
Semoga usaha kita yang sedikit ini akan memberi sedikit manafaat kepada PERNIM dan semoga Allah jualah yang akan membalas jasa kawan-kawan semua.
Amin.
Sumber: sini
AHP: Maaf ya, aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan maklumat berhubung nombor akaun bank Tabung Perlindungan PERNIM. Sila hubungi mereka terlebih dahulu untuk pengesahan maklumat.