Wednesday, March 16, 2011

APA YANG BOLEH DILAKUKAN BAGI MEMBANTU PEMBAWA HIV DAN MENENTANG AIDS?


1.      KEKAL SELAMAT

Salah satu cara untuk menyokong kempen ini adalah dengan memastikan anda mempunyai fakta-fakta tentang HIV/AIDS supaya anda dapat melindungi diri sendiri dan juga orang-orang kesayangan anda daripada jangkitan HIV. Jika anda mengetahui fakta-fakta tentang HIV/AIDS, bagaimana ia disebarkan, bagaimana ia boleh dicegah, anda berada di hadapan orang lain.  

2.      JANGAN MENDISKRIMINASI

Orang yang hidup dengan HIV dan AIDS memerlukan kasih sayang, sokongan dan pemahaman. Mereka bukan orang yang tidak baik, dan mereka bukan dihukum. Tiada siapa yang patut mendapat HIV atau AIDS, dan tiada siapa yang patut menerima layanan yang buruk kerana dia telah dijangkiti. Jangan takut untuk mendekati seseorang jika anda tahu mereka adalah HIV positif. Dan selalu berjuang menentang diskriminasi yang ditujukan kepada mereka yang hidup dengan HIV dan AIDS.

3.      MEMPROMOSIKAN KEMPEN 

Memaklumkan mereka di sekolah anda, masyarakat dan tempat kerja anda tentang fakta bahawa HIV/AIDS adalah satu penyakit yang memberi kesan kepada orang-orang dewasa dan juga berjuta-juta orang kanak-kanak. Beri tekanan kepada pemimpin-pemimpin anda untuk mengenalpasti kesan HIV/AIDS kepada kanak-kanak dan untuk memastikan kanak-kanak mempunyai tempat di dalam perbincangan tentang AIDS, dan juga memperkatakan tentang keperluan mereka merupakan sebahagian daripada program dan memerlukan sumber kewangan.

4.     SEBARKAN MAKLUMAT
Muat turun bahan-bahan virtual kempen yang menarik dan bantu sebarkan maklumat! Adakah anda menghantar emel, letakkan maklumat pada papan mesej atau adakah anda mempunyai laman web atau ‘blog’ sendiri? Jika ya anda boleh membantu membina kempen ini secara online.


Sumber: sini