Tuesday, March 22, 2011

LEBIH BANYAK TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL DALAM MENURUNKAN IMPAK HIV DAN AIDS TERHADAP KANAK-KANAK DI ASIA TIMUR DAN PASIFIK



BANGKOK, 3 April 2008 – Menurut data terkini yang boleh didapati di dalam laporan UNICEF, bilangan kanak-kanak yang hidup dengan HIV serta mendapat rawatan antiretroviral di Asia Timur dan Pasifik kini telah meningkat hampir empat puluh peratus di antara tahun.

Lebih banyak negara kini mempunyai program kebangsaan yang mencegah jangkitan dari ibu kepada anak, lebih banyak rawatan, perlindungan, dan perkhidmatan penjagaan dan bilangan kanak-kanak yang terpinggir yang mempunyai akses kepada pendidikan dan perlindungan sosial juga semakin meningkat, menurut Laporan Kajian Semula Kedua UNICEF terhadap HIV dan AIDS yang telah dilancarkan secara global pada hari ini.

Adalah dianggarkan lebih kurang 50,000 orang kanak-kanak di bawah umur 15 tahun di Asia Timur dan Pasifik kini hidup dengan HIV, dengan hampir 10,000 orang kanak-kanak – atau 20 peratus daripada jumlah keseluruhan – yang menerima rawatan antiretroviral, iaitu 4,000 orang lebih ramai berbanding pada tahun 2005.

Data tersebut baru sahaja di umumkan ketika Forum Perkongsian Rantau Asia Timur dan Pasifik terhadap kanak-kanak dan HIV. Ketika mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari tersebut, yang telah berakhir semalam, telah mengumpul lebih dari 150 orang delegasi daripada pihak kerajaan, badan-badan organisasi antarabangsa, benua dan kebangsaan daripada 19 buah negara di rantau tersebut untuk mengkaji semula kemajuan yang telah dicapai semenjak Konsultasi Benua Hanoi terhadap kanak-kanak dan AIDS serta Panggilan untuk bertindak Hanoi.

Ia memanggil agar semua pemimpin memberikan komitmen mereka untuk meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah tindakbalas HIV, dimana ianya telahpun disokong dan dipersetujui oleh Ketua-ketua Negara dan kerajaan ASEAN ketika mereka bertemu di Sidang Kemuncak Sesi Khas terhadap HIV dan AIDS yang ke 12 di Filipina pada tahun 2007. 

LEBIH BANYAK PERLU DILAKUKAN

“Di kebanyakan negara, kita kini mempunyai analisi yang lebih baik terhadap situasi semasa; kita telah menempatkan polisi dan garis panduan yang lebih baik; dan kita boleh mencapai kanak-kanak yang berisiko lebih baik berbanding dahulu," kata Pengarah Benua Asia Timur dan Pasifik, Anupama Rao Singh. “tetapi masih banyak lagi yang perlu kita lakukan.

Liputan perkhidmatan masih tidak mencukupi dan pencegahan dan penjagaan masih tidak dapat diselaraskan dengan baik diantara sistem kesihatan, pendidikan, undang-undang dan kebajikan sosial."

Di beberapa buah negara di rantau ini, epidemik ini masih kekaI meningkat. Di Vietnam, bilangan mereka yang hidup dengan HIV adalah dianggarkan telah berganda di antara tahun 2001 dan 2005 daripada 120,000 kepada 260,000 orang, manakala Indonesia pula mempunyai epidemik yang meningkat dengan cepat, di mana kebanyakan jangkitan-jangkitan baru adalah di kalangan golongan muda.

Jumlah bilangan wanita yang telah dijangkiti juga semakin meningkat: 29 peratus daripada kesemua jangkitan-jangkitan baru di Asia adalah di kalangan wanita.

Bekas Perdana Menteri Thailand an juga Duta Muhibbah UNICEF, Yang Berhormat Anand Panyarachun telah memberi peringatan kepada para delegasi ketika beliau memberikan ucapan pembukaan beliau bahawa untuk memastikan kejayaan program-program yang menangani HIV dan stigma serta diskriminasi ia memerlukan kepimpinan politik di peringkat yang tertinggi.

Dengan hampir 20 peratus jangkitan-jangkitan baru di Asia Timur pada tahun 2007 berbanding dengan tahun 2001, beliau telah memberi amaran bahawa tidak sebab untuk bertolak-ansur dalam hal ini.

“Cabaran yang sedang kita hadapi sekarang di Thailand dan di tempat-tempat lain adalah bagaimana untuk mengekalkan komitmen yang telah dibuat dan momentum yang telah dibina semenjak beberapa tahun yang lepas,” kata beliau.

“Apa yang jelas adalah semakin meningkat dan semakin matang epidemik AIDS ini, bilangan kanak-kanak yang dijangkiti serta terjejas kehidupan mereka juga akan meningkat. Adalah amat penting untuk menggunakan pendekatan yang berdasarkan kanak-kanak terhadap HIV adalah amat penting dan ini memerlukan tindakan polisi yang kukuh dan program-program untuk melindungi kanak-kanak daripada pelbagai risiko dan kebarangkalian mereka untuk mengulangi kesilapan ibubapa mereka dan tidak menjadi generasi seterusnya yang paling berisiko terhadap HIV.

Laporan Kajian Semula Kanak-kanak dan AIDS Kedua ini mengkaji kemajuan yang telah dicapai semenjak pelancaran kempen UNICEF Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS pada tahun 2005 yang mempunyai empat sasaran primer iaitu:

1.      Pencegahan jangkitan HIV dari ibu kepada anak (PMTCT)

Kebanyakan negara telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan di dalam pencegahan jangkitan HIV dari ibu kepada anak, dengan lebih dari 100 buah negara kini sudah pun mempunyai program-program PMTCT di negara masing-masing.

Dianggarkan daripada 1.5 juta orang wanita yang HIV positif yang telah melahirkan anak pada tahun 2006 di negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana, 23 peratus telah diberi rawatan khusus antiretroviral untuk mencegah jangkitan. Ini mewakili 60 peratus bilangan peningkatan berbanding dengan tahun 2005.

Namun begitu, kebanyakan negara-negara di Asia Timur dan Pasifik masih berusaha untuk mencapai matlamat untuk meningkatkan liputan PMTCT sebanyak 80 peratus menjelang 2010, dengan liputan rantau pada 30 peratus. Sehingga kini, hanya Fiji, Malaysia dan Thailand telah melepasi sasaran tersebut. 

2.      Memberikan Rawatan HIV Pediatrik

Akses kepada penjagaan dan rawatan pediatric telah bertambah maju sebagai hasil daripada penurunan harga rawatan antiretroviral. Pada tahun 2006, dianggarkan seramai 127,300 orang kanak-kanak di seluruh dunia telah menerima rawatan, iaitu peningkatan sebanyak 70 peratus daripada jumlah yang didapati pada tahun 2005 iaitu seramai 75,000 orang.

Di Asia Timur dan Pasifik, pengembangan akses rawatan pediatric kepada hampir 10,000 orang kanak-kanak telah membawa hasil yang membanggakan kerana lebih ramai kanak-kanak yang masih hidup selepas berumur satu tahun. Sebagai contoh, 93.5 peratus daripada kanak-kanak di Kemboja, 96 peratus di Papua New Guinea dan 93 peratus di Viet Nam diketahui kini dapat meneruskan kehidupan melepasi usia 12 bulan semenjak mereka memulakan terapi antiretroviral pada tahun 2007.

Terutama sekali di Kemboja telah menunjukkan kejayaan yang mengagumkan di dalam menubuhkan sistem perkhidmatan HIV kebangsaan, di mana ianya telah berjaya mencapai 70 peratus orang kanak-kanak yang amat memerlukan penjagaan dan rawatan HIV.

3.      Pencegahan Jangkitan Primer

Di dalam beberapa buah negara terdapat penurunan prevalensi HIV di kalangan golongan muda dan semakin ramai yang mengambil ujian HIV dan kaunseling. Di dalam lebih daripada 70 buah negara yang disoal selidik, bilangan orang yang menggunakan perkhidmatan ini telah meningkat anggarannya daripada 40 juta pada tahun 2001 kepada 16.5 juta pada tahun 2005.

Namun begitu, golongan muda yang berumur di Asia Timur dan Pasifik masih menyumbanga sebanyak 40 peratus daripada kesemua jangkitan-jangkitan yang baru dan pengetahuan tentang bagaimana mereka boleh melindungi diri mereka daripada HIV masih kekal di tahap yang rendah. 

4.      Melindungi dan memberi sokongan terhadap kanak-kanak yang kehidupan mereka terjejas disebabkan oleh HIV dan AIDS.

Adalah dianggarkan seramai 1.5 juta orang kanak-kanak di Asia dan Pasifik yang hidup mereka terjejas disebabkan oleh HIV dan AIDS yang masih terpaksa menghadapi stigma dan diskriminasi serta di kebanyakan negara masih tidak mendapat akses kepada perkhidmatan asas.

Namun begitu terdapat beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan untuk memenuhi keperluan serta ketidaksamaan yang terpaksa dihadapi oleh mereka.

Di Papua New Guinea, sebuah skim pemindahan wang perlindungan sosial baru sahaja dimulakan; di China, pihak kerajaan telah meningkatkan akses yang lebih meluas untuk kebajikan, pendidikan dan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan untuk kanak-kanak di mana AIDS telah memberi kesan kepada kehidupan mereka; manakala di Kemboja, pihak kerajaan telah menghasilkan draf terakhir Pelan Tindakan Kebangsaan untuk melindungi anak-anak yatim piatu yang dianggarkan seramai 1.7 juta orang, termasuklah mereka yang telah terjejas kehidupannya disebabkan oleh AIDS.


Sumber: sini