Sunday, September 07, 2014

ENTRY WAJIB: HIV SCREENING TEST



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Di manakah saya boleh menjalani ujian saringan HIV dan berapakah bayarannya?

Di hospital atau klinik-klinik kesihatan secara percuma.

Bagaimana mahu memaklumkan bahawa saya mahu menjalani ujian saringan HIV?

Pergi ke hospital atau klinik yang berdekatan. Cara paling selesa ialah daftar seperti biasa dan semasa berjumpa doktor, maklumkan bahawa anda mahu menjalani ujian saringan secara sukarela.

Adakah segala maklumat sulit dan rahsia?

Ya, sulit dan rahsia.

Adakah keputusan ujian HIV SELEPAS 3 bulan terdedah kepada jangkitan konkrit?

Dalam sesetengah kes, kehadiran antibodi terhadap jangkitan boleh dikesan seawal 2 minggu selepas terdedah kepada risiko.

Screening test SELEPAS tempoh window period (3 bulan tersebut) adalah konkrit atau memadai kerana test kit sangat-sangat sensitif mengesan jangkitan.

Ujian selepas 3 bulan berikutnya hanyalah dilakukan atas permintaan dan kehendak mana-mana individu yang terlalu risau dan tetap mahu mengulanginya setelah diberikan kaunseling.

Ianya dianggap Preliminary Cautious kerana sekiranya berlaku human error atau machine error, para pengamal perubatan pula yang akan disalahkan.

Ujian-ujian lain seperti ELISA dan Western Blot (jika perlu) hanya dilakukan atas keperluan rawatan jika telah disahkan HIV+.




Bagaimana jika saya mahu menjalankan ujian sendiri setelah membeli test kit di farmasi?

Bagi yang memilih untuk melakukannya sendiri, terpulang kepada individu berkenaan, tetapi tetap perlu menjalani semula screening test apabila merujuk kes semasa mahu mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.

Ujian yang dilakukan sendiri tidak boleh dianggap konkrit kerana dikendalikan tanpa latihan. Kemungkinan berlakunya human error dan machine error lebih tinggi.

(Ianya cuma untuk makluman individu terbabit sahaja. Bahkan mungkin lebih memudaratkan jika tiada kaunseling dan enggan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.)

Bagaimana jika melakukannya termasuk ujian ELISA dan Western Blot dengan pihak swasta seperti di Pathlab dan BP Lab?

Biasanya result akan dimaklumkan tanpa kaunseling dan jika HIV+, mereka akan menyarankan anda hadir ke hospital.

(Semasa mahu mendapatkan dan memulakan rawatan di hospital dan klinik, mungkin beberapa ujian yang sama tetap perlu dijalankan mengikut prosedur.)

Saya disahkan HIV- tetapi mengapa tetap terdapat pelbagai simptom seperti ruam-ruam dan tanda-tanda keputihan di lidah selepas melakukan aktiviti berisiko?

Sila jalani ujian darah untuk mengesan pelbagai penyakit lain terutama jika terlibat dengan aktiviti seks rambang.

Simptom sangat subjektif kerana pelbagai penyakit lain yang jauh lebih merbahaya dan mudah berjangkit berbanding HIV mungkin menunjukkan simptom yang sama.

Simptom HIV tidak berlaku dengan pantas seperti yang umum bayangkan. Fizikal tidak boleh dijadikan ukuran sama ada individu terbabit adalah PLHIV atau non-PLHIV.




Saya telah lama menghentikan aktiviti berisiko. Telah banyak kali menjalani ujian saringan dan kesemua keputusannya adalah HIV-. Sejak bujang sehingga saya berkahwin lebih daripada 6 tahun, isteri saya HIV-, anak-anak saya HIV-. Tetapi saya masih ragu-ragu kerana selalu timbul ruam di tubuh kami. Saya tetap mahu setiap ahli keluarga menjalani ujian saringan. Bolehkah?

Boleh, (walaupun tidak perlu). Jalani ujian saringan sehingga anda berpuas hati. Selain itu, cuba dapatkan kaunseling profesional kerana ada kemungkinan anda mempunyai masalah lain.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com