Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
Anak-anak yang dilahirkan oleh people living with HIV (PLHIV) perlu
menjalani ujian HIV:
1. Ketika bayi itu baru lahir
2. Ketika berusia 1 hingga 2 bulan,
3. Ketika berusia 4 hingga 6 bulan
4. Ketika berusia 18 bulan (1 tahun 6 bulan)
Bayi akan diberikan Zidovudine syrup selama 6 minggu.
Selepas ujian ulangan HIV dilakukan semasa
umur bayi 6 minggu dan bayi kekal negatif, Zidovudine
syrup akan dihentikan dan DIGANTIKAN dengan Co-Trimoxazole syrup (Bactrim).
Jika ujian ulangan HIV semasa umur bayi di antara
4 hingga 6 bulan dan keputusan masih negatif, Co-Trimoxazole syrup (Bactrim) akan dihentikan dan bayi
diisytiharkan bebas HIV.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja selepas
umur 18 bulan, dinasihatkan supaya bayi menjalani HIV Rapid Test. Selepas itu, tidak perlu lagi.
Prosedur ini dilakukan atas Langkah-langkah
Pencegahan Jangkitan Ibu Kepada Anak atau Prevention
Mother To Child Transmission (PMTCT).
Jika ayah
sahaja yang PLHIV dan ibu non-PLHIV?
Semua langkah di atas tidak diperlukan.
Bagaimana
caranya PMTCT dilaksanakan?
Jika bakal ibu (PLHIV) belum disarankan menjalani rawatan highly active antiretroviral therapy (HAART), masih terdapat
kemungkinan bayi mereka dijangkiti HIV semasa dalam utero (rahim), melalui placenta
(uri), intrapartum (proses
kelahiran), dan breastfeeding
(penyusuan) susu ibu.
Ini dinamakan vertical transmission (jangkitan secara menegak).
Oleh sebab itu, World Health Organization (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) menyarankan supaya bakal ibu (PLHIV)
dimulakan rawatan HAART semasa
mengandung dan jika perlu, bersalin secara Caesarean
lebih diutamakan.
Insya-Allah melalui PMTCT, risiko jangkitan dapat dielakkan.
Semoga nota ringkas ini dapat difahami
pembaca.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui
Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan
Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com