Perkongsian yang dipetik daripada laman web
rasmi PPWM.
Sila share.
APA ITU
UBATAN INOVATOR?
Ubatan Inovator adalah jenis ubatan yang
mempunyai jenama di pasaran, yang pertama dipatenkan. Contoh terdekat adalah Paracetamol yang dijenamakan semula
kepada Uphamol, Panadol, dan sebagainya, tetapi masih menjalankan fungsi yang sama.
APA ITU
UBATAN GENERIK?
Ubatan Generik adalah ubatan yang sama atau bioequivalent dengan ubatan inovator
dalam bentuk dos pengambilan, keselamatan, kekuatan dos, cara pengambilan,
kualiti bahan, prestasi, dan tujuan penggunaan. Walaupun ubatan generik
mempunyai komposisi kimia yang sama dengan ubatan inovator yang berjenama,
ubatan generik dijual pada harga yang lebih rendah jika dibandingkan dengan
ubatan inovator.
Ubatan generik yang diluluskan oleh Foods and Drugs Administration (FDA)
boleh diyakini penggunaannya oleh pakar kesihatan dan pengguna kerana ubatan
jenis ini telah memenuhi piawaian yang ditetapkan, sama seperti ubatan
inovator. Untuk mendapatkan kelulusan FDA,
ubatan generik perlu:
- mengandungi bahan-bahan aktif yang sama seperti ubatan inovator, manakala bahan tidak aktif boleh berbeza;
- kekuatan dos, bentuk dos, dan cara pengambilan perlu sama;
- mempunyai tanda penggunaan yang serupa dengan ubatan inovator (side effect);
- bioequivalent (ubatan generik mampu menjalankan fungsi yang sama pada tubuh badan seperti ubatan inovator);
- memenuhi keperluan batch yang sama dari segi identiti, kekuatan, ketulenan, dan kualiti; dan
- dihasilkan di bawah standard kaedah penghasilan yang baik FDA sama seperti yang diperlukan untuk menghasilkan ubatan inovator.
Sumber: sini
Semoga nota ringkas ini dapat difahami
pembaca.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Republished
by: Shux
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com