Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
Kumpulan sokongan yang dimaksudkan di sini
ialah sama ada rakan senasib (sesama PLHIV),
affected people (individu atau ahli
keluarga rapat yang turut menerima kesan), supporters,
dan volunteers. Termasuk mana-mana NGO yang berkaitan.
Analoginya sama seperti pesakit jantung.
Tentu mereka lebih selesa dan rasa difahami apabila dapat berkongsi sokongan
sesama pesakit jantung.
Sokongan daripada komuniti, terutama yang
sama senasib lebih dipercayai, lebih empati, dan wujud bonding dalam banyak perkara.
Mereka selesa berkongsi pelbagai info dan
tips rawatan, penjagaan kesihatan, bagaimana berdepan dengan grief reaction dan treatment fatigue, sekalipun sedia maklum yang berkongsi sokongan
tersebut bukanlah semestinya seorang profesional dalam bidang rawatan (medical practitioner).
Bagi individu yang baru melibatkan diri untuk
memberikan sokongan sebagai volunteers
dan supporters terhadap komuniti,
seelok-eloknya cuba belajar memahami asas rawatan dan psikologi terlebih
dahulu.
Jangan terburu-buru merasakan diri cukup
memahami kerana pendekatan yang tidak tepat mungkin akan menambahkan tekanan
kepada golongan sasaran.
Kumpulan sokongan pula tidak semestinya dalam
bentuk yang terlalu besar atau ramai, tetapi boleh juga jika hanya melibatkan
beberapa individu (kelompok kecil) yang dipercayai sahaja asalkan ianya
berfungsi.
Sebaik-baik kumpulan sokongan sepatutnya
turut melibatkan golongan AGAMAWAN yang memahami dan PERAWAT (doktor atau jururawat)
yang empati. Jika tidak, kumpulan sokongan tersebut umpama sokongan tanpa check and balance.
Tanpa dua golongan tersebut terutamanya
golongan agamawan, sesebuah kumpulan sokongan berkemungkinan akan menjadi
terlalu liberal dan tuntutan agama hanya dipakai dalam beberapa perkara
tertentu sahaja, sedangkan pendekatan kerohanian dan keagamaan sangat penting.
Walaupun diakui sokongan komuniti turut
berkemungkinan boleh menambahkan masalah dalam beberapa soal tertentu, ianya
terpulang kepada bagaimana PLHIV terbabit
memilih info dan menjaga etika semasa berkongsi sokongan. Kebaikannya jauh
melebihi keburukan.
Peranan sokongan sesama komuniti sebenarnya
diakui oleh banyak pihak termasuk oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
sendiri. Ianya banyak membantu memulihkan semangat PLHIV untuk meneruskan kehidupan dengan berkualiti dan membantu mengurangkan
penularan jangkitan baru.
Malangnya terdapat sebahagian PLHIV memandang remeh terhadap peranan
kumpulan sokongan. Mereka yang bersikap begini biasanya tenggelam dalam self-stigma.
Mereka sentiasa curiga dengan pelbagai
kemungkinan andainya bergaul dengan individu lain sekalipun semasa berada
bersama kumpulan sokongan.
Kadang-kadang ianya disebabkan oleh
kepentingan atau kelangsungan dalam perkara-perkara tertentu (sama ada perkara
positif atau negatif).
Tanpa sokongan komuniti, sebahagian besar PLHIV akan kekal keliru termasuk tentang
maklumat-maklumat asas berkaitan HIV seperti rawatan, cara jangkitan, bagaimana
berdepan dan mengatasi stigma, diskriminasi, dan judgemental, bagaimana untuk berpuasa, berkahwin, mendapat zuriat
bebas HIV, dan sebagainya.
Mereka juga sukar meneruskan kehidupan secara
positif disebabkan kurang pendedahan untuk memperolehi inspirasi daripada
pengalaman orang lain sekalipun mereka telah lama hidup sebagai PLHIV.
Mereka sentiasa mencari alasan untuk kekal
bersembunyi dalam kepompong yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan mereka dan
affected people. Paranoid melulu yang tiada kesudahan. Sikap begini akan menganiaya
banyak pihak selain diri sendiri.
Segelintir kakitangan KKM pula tidak nampak
kepentingan peranan sokongan komuniti. Malah ada yang menganggap kumpulan
sokongan sebagai pengganggu dan segala maklumat yang dikongsikan oleh kumpulan
sokongan akan mengelirukan clients (PLHIV) mereka yang sedang menjalani
rawatan di hospital atau klinik mereka.
Ada kalanya mereka turut rasa tercabar
apabila terdapat pendapat kumpulan sokongan komuniti yang kontra dengan
pandangan dan pengetahuan mereka berkaitan HIV.
Sedangkan hakikatnya apa juga bidang rawatan
termasuk HIV adalah bersifat dinamik dan pelbagai variasi pandangan tersebut
penting untuk penambahbaikan. Mungkin juga ianya diperolehi daripada
doktor-doktor pakar lain serta sumber terkini dalam bidang HIV.
Jika maklumat tersebut salah sekali pun,
itulah peluang kepada mereka untuk menerangkan dan memperbetulkannya kerana
objektif kumpulan sokongan hanyalah untuk membantu keberkesanan rawatan. Mereka
sangat rapat dengan PLHIV. Bagaimana
pun ditegah, PLHIV yang mahukan
sokongan komuniti tetap mencarinya di luar pengetahuan perawat. Itu lebih
memudaratkan.
Jangan dianggap clients hanya seumpama produk tanpa hati dan perasaan dan cuma
perlu menjalani proses-proses tertentu mengikut standard of procedure (SOP) berdasarkan manual kerja.
Pertubuhan Positive Warriors Mslaysia (PPWM)
banyak mendapat aduan bahawa sesetengah hospital dan klinik tidak selesa dengan
kehadiran kumpulan sokongan komuniti dengan pelbagai sebab seperti yang telah
dinyatakan. Bahkan mereka rasa seolah-olah tugas mereka (yang sedia banyak)
dipantau oleh individu yang tidak diperlukan.
Keadaan ini mungkin disebabkan kerana mereka
hanya / biasa berdepan (merawat) PLHIV
yang baru diagnos (blur) dan
terlantar di hospital.
Hakikatnya PLHIV tersebut sangat memerlukan sokongan komuniti dan di luar
hospital terdapat puluhan kali ganda PLHIV
yang sangat berpengalaman, sihat walafiat, dan terlibat dalam pelbagai bidang
profesional.
Jadi, sama ada PLHIV, kumpulan sokongan dan pihak perawat mestilah memahami dan
memanfaatkan peranan kumpulan sokongan komuniti demi matlamat menuju sifar
jangkitan baru HIV.
Jika terdapat sedikit perbezaan pandangan,
ianya boleh diselesaikan kerana semua pihak sepatutnya bersikap profesional,
berfikiran positif, dan berlapang dada.
Semoga nota ringkas ini dapat difahami
pembaca.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com