Sunday, September 21, 2014

GADIS REMAJA MATI AKIBAT HIV?



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




A seorang gadis remaja berusia 17 tahun. Mengandung anak luar nikah apabila diperdaya teman lelaki.

A cuba meminta teman lelakinya bertanggungjawab, tetapi teman lelakinya enggan. Teman lelaki A menuduh bakal anak disebabkan oleh hubungan A dengan lelaki lain.

A cuba memberitahu masalah kepada keluarga. A dipukul sehingga nazak dan dihalau.

A terpaksa menumpang kawan-kawan. Mula terjebak dengan gejala sosial lain yang lebih teruk seperti arak, dadah, dan seks rambang (berbilang pasangan).

A dicari keluarga dan 'disorokkan' di rumah kenalan bapanya di sebuah kampung sehingga melahirkan anak.

A dibawa ke hospital untuk melahirkan anak. A didapati HIV positif. Akibatnya A dan anaknya tiada siapa yang sudi terima dan sekali lagi dibuang keluarga.

A buntu, mengambil keputusan untuk membuang bayinya sendiri dan merancang untuk membunuh diri.

A tertangkap semasa cuba membuang bayi. Gambarnya menjadi mangsa viral di alam maya. Semua orang menyalahkan A.
“Dahlah berzina. Kenapalah bangang benar sampai tergamak buang anak?”
“Tak ada iman. Haiwan pun tahu sayangkan anak.”
Tekanan A tidak tertanggung.

A disiasat polis. Semasa siasatan, A didapati turut menjadi mangsa rogol ahli keluarganya sendiri sejak berusia bawah umur. Keluarga enggan bekerjasama untuk membuat laporan polis kerana akan memalukan seluruh ahli anggota keluarga. A dituduh sengaja mereka-reka cerita.

A dijaga oleh datuknya, tetapi tidak dibenarkan menjalani rawatan kerana bimbang akan memalukan keluarga.

A dicintai oleh seorang lelaki dan berhajat untuk meminangnya sekalipun tahu A pernah terlanjur dengan lelaki lain.

A berterus-terang tentang status kesihatannya. Lelaki tersebut enggan menerima A kerana kononnya jangka hayat A tidak panjang dan akan membahayakannya. Bahkan lelaki tersebut membocorkan status kesihatan A kepada orang ramai sehingga mengakibatkan A dibuang kerja tanpa alasan yang munasabah.

Akibat tertekan dan tanpa bimbingan, A meminum racun dan meninggal dunia di sebuah hospital.

Bayangkan jika kita berada di tempat A; remaja yang belum matang dan berdepan ujian yang sangat besar seperti itu.




Persoalannya:

Betul atau tidak, bahawa A boleh dibantu daripada melakukan pelbagai kesilapan lain dan memperbaiki diri jika kita semua adalah anggota masyarakat yang prihatin semasa A baru didapati mengandung?

Betul atau tidak HIV turut melibatkan aqidah?

Betul atau tidak bahawa ramai yang lebih bergantung kepada sesama makhluk dan takutkan makhluk berbanding Allah?

Betul atau tidak, bahawa stigma, diskriminasi, dan judgemental merupakan pembunuh sebenar PLHIV, meningkatkan dan menjadi punca jangkitan tidak dapat dikawal?

Sekadar mencemuh dan menghina tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan lebih memudaratkan. Ianya cermin pemikiran kita sendiri.

Menguasai kaedah dakwah dan berfikiran secara makro dapat membantu membanteras gejala sosial. Uslub dakwah perlu pembaharuan dan sesuai untuk generasi Y.




Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com