Wednesday, August 27, 2014

ENTRY WAJIB: TIADA JANGKITAN HIV KEPADA ZURIAT PLHIV?



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Apabila people living with HIV (PLHIV) telah dirawat, PATUH kepada rawatan dan virusnya undetected, tiada risiko jangkitan kepada isteri dan suami.

Jika tiada jangkitan kepada isteri (isteri kekal sebagai non-PLHIV), sudah tentu zuriat juga bebas HIV.

Kes atau dakwaan yang mengatakan bahawa masih berlaku jangkitan, mungkin akibat kecuaian terhadap KEPATUHAN kepada rawatan (human error).

Rekod dan statistik membuktikan bahawa PLHIV yang PATUH kepada rawatan memang dapat mencegah jangkitan.

Bagi ibu-ibu yang memang HIV positif (PLHIV), mereka mempunyai 25% ke 40% kemungkinan untuk menjangkitkan virus kepada anak yang dikandung.

Ianya berlaku semasa in utero (di dalam rahim ibu) melalui placenta (uri) kerana semua keperluan bayi sebelum proses kelahiran disalurkan melaluinya.

Risiko dijangkiti kepada zuriat semasa proses intrapartum (kelahiran) ialah antara 60% ke 75%.

Semasa breastfeeding (penyusuan) ialah antara 14% ke 29%.

Dengan rawatan antiretroviral (ARV) atau Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART), peratusan jangkitan akan turun di antara 5% hingga 9%.

Jika ibu HIV positif tersebut menjalani C-Section (pembedahan), kemungkinannya boleh turun kepada 1%. DIULANGI = 1%.

Walau bagaimanapun, keputusan untuk melaksanakan C-Section bergantung kepada bacaan Viral Load si ibu. Jika undetected dan tanpa masalah kesihatan lain, mungkin tidak diperlukan.

BAGAIMANA JANGKITAN BERLAKU SEMASA PROSES KELAHIRAN?

Kerana bayi terdedah kepada darah akibat uri akan terluka semasa proses tersebut.

Nota:
Sila rujuk gambarajah berikut:



JIKA HANYA SUAMI HIV POSITIF DAN HANYA IBU NEGATIF?

Seperti yang telah dimaklumkan, selagi ibu negatif, sudah tentulah bayi akan negatif. Prosesnya sama seperti ibu-ibu mengandung yang lain.

Andaian bahawa PLHIV tidak boleh berkahwin dan jika berkahwin akan menyebabkan pasangan dan zuriat turut dijangkiti adalah mereka yang TIDAK MEMAHAMI HIV.

Adakah kita merelakan zina (takutkan virus) melebihi takutkan Allah? Adakah anda pasti bahawa menghalang PLHIV berkahwin dengan zuriat anda, dapat memastikan zuriat anda panjang umur, pasti sihat, dan bebas dijangkiti HIV?

Banyak penyakit lain yang jauh lebih bahaya dan melibatkan kesan terhadap genetik tetapi tidak mengalami stigma, diskriminasi, dan judgemental untuk berkahwin seperti yang dialami oleh PLHIV. Virus cuma makhluk Allah.



Mari melihat ujian Allah dengan ilmu dan iman (secara positif).

Nota:

1.      Hebatnya kuasa Allah, ibu (PLHIV) yang tidak mendapat rawatan dan bersalin secara biasa pun ada yang mendapat zuriat bebas HIV atau mungkin (contoh) zuriat mereka berstatus begini: Positif, negatif, positif, negatif, negatif, positif dan negatif. Logiknya mestilah semuanya positif.

2.      Perlu diulangi bahawa HIV hanya terdapat di dalam air mani (semen) tetapi tidak ada dalam sperma (sperm).



Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com