Thursday, August 14, 2014

SULIT DAN KEBOLEHPERCAYAAN: ANTARA TEORI, SOP, DAN PRAKTIKAL TERHADAP PLHIV





Soalan:

Apabila didiagnos, adakah segala maklumat mengenai status kesihatan People Living With HIV (PLHIV) selamat dan dirahsiakan?

Jawapan:

Ya, selamat dan dirahsiakan. Semua maklumat yang diambil oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) akan dimasukkan ke dalam pangkalan data National AIDS/HIV Register (NAR). Ini adalah prosedur standard atau Standard of Procedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kes AIDS/STI.

Maklumat dikendalikan secara SULIT. Hanya individu tertentu sahaja yang mempunyai password tertentu untuk mengakses maklumat berkenaan (CONFIDENTIALITY).

Setiap doktor yang merawat klien baru (tetapi telah disahkan HIV positif di tempat lain), akan meminta maklumat berkaitan rawatan yang diperlukan daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) melalui pangkalan data NAR. Mereka tidak perlu bertanya kepada klien tentang maklumat yang sama sekali lagi.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah untuk mencapai ZERO TRANSMISSION, PPKP diarahkan untuk mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa.

Contoh:

Jika klien yang sebelum ini bujang dan kini berkahwin, adakah pasangannya telah diberikan kaunseling atau tidak? Atau PLHIV yang baru berkahwin dan kini telah hamil, adakah telah menerima rawatan highly active antiretroviral therapy (HAART) atau tidak?

Terpulang kepada PLHIV (klien) sama ada mahu memberikan kerjasama atau tidak. Tidak bermakna PPKP boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan cara tidak berhemah.

Jika klien rasa PPKP tersebut cuba mendapatkan maklumat dengan cara tidak berhemah, tidak perlu berikan kerjasama dan laporkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah atau Penolong Pengarah, Unit AIDS/STI Negeri, Ketua Penolong Pengarah, Unit AIDS/STI Negeri, atau Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan berdekatan.

Jika semua kakitangan KKM memahami dan memegang amanah ini secara profesional, isu kebocoran maklumat tidak akan timbul. Bahkan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang jika terbukti menyalah guna kuasa. PLHIV pula mesti memahami hak mereka.


Nota:

1.      Public Health Inspector (PHI) / Inspektor Kesihatan / Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) / Merinyu Kesihatan adalah istilah bagi jawatan yang sama.

2.      Kepada PLHIV, mungkin atas keperluan rawatan, pencegahan penularan, dan mengemaskini data seperti yang telah dijelaskan di atas yang menyebabkan anda masih dihubungi oleh PPKP walaupun maklumat awal telah diberikan semasa baru didiagnos dahulu.


Wallahu a'lam.
Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL & MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:
  
Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com