Saturday, August 23, 2014

TB DAN PLHIV


Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Terapi Profilaksis Isoniazid ialah Isoniazid Prophylaxis Therapy (IPT). Ianya sangat penting kepada PLHIV bagi mencegah jangkitan tuberculosis (TB).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), HIV positif adalah antara faktor risiko utama untuk mendapat penyakit TB.

Risiko ini adalah di antara 20 – 37 kali ganda berbanding mereka yang tiada jangkitan HIV. Di samping itu, lebih 25% kematian di kalangan HIV positif adalah berkaitan dengan penyakit TB.




Sejak tahun 1998, WHO dan United Nations & AIDS (UNAIDS) telah menyarankan pemberian IPT sebagai salah satu strategi pencegahan penyakit TB bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti di kalangan HIV positif.

Nota:
Morbiditi = Masalah kesihatan yang mengubah kualiti hidup.
Mortaliti = Punca kematian.

Pemberian IPT ini dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit TB sehingga 60% dan seterusnya mengurangkan kadar kematian disebabkan penyakit TB di kalangan HIV positif.

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat dan Teknikal AIDS Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bersidang pada 26 April 2010 telah bersetuju dengan pelaksanaan pemberian lPT di kalangan HIV positif.

Di Malaysia, pada tahun 2009, penyakit TB telah boleh dirawat sepenuhnya. Suntikan Bacillus Calmette–GuĂ©rin (BCG) semasa childhood boleh melindungi tubuh seseorang daripada TB sebanyak 80%.

Namun begitu, pada masa kini, kuman TB menjadi resistant terhadap BCG yang ada di dalam tubuh badan kita.




Mengapa ini berlaku?

Salah satu daripada puncanya adalah proses globalisasi. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau imigran yang majoritinya datang dari Myanmar dipercayai membawa kuman TB tersebut disebabkan mereka tidak mendapat suntikan BCG seperti kita di Malaysia.

50% daripada People Living With HIV (PLHIV) yang mempunyai TB mendapat penyakit TB itu disebabkan oleh imuniti badan yang rendah.

PLHIV yang terdedah kepada kuman atau pengidap TB mempunyai 40% chances untuk mendapat infection kuman TB berbanding individu normal dengan hanya 2% chances. That’s a pretty big figure.

Statistik penghidap TB terkini semakin meningkat, manakala HIV pula menurun. Jelas bahawa TB lebih bahaya berbanding HIV.

9 juta penduduk seluruh dunia sebenarnya adalah merupakan penghidap TB yang aktif setiap tahun. 12% daripada mereka pula dijangkiti HIV yang datang dari Asia Tenggara dan Afrika.

Bagaimana jika PLHIV tersebut memiliki CD4 (imuniti tubuh) yang rendah?

Seboleh-bolehnya hindarkan diri daripada kawasan berisiko dan memakai mask (jika perlu) di kawasan sesak.

Bagaimana jika sekiranya seseorang PLHIV itu telah dirawat dan memiliki CD4 yang tinggi dan viral load (VL) yang rendah? Adakah dia masih turut mempunyai 40% chances untuk mendapat infection kuman TB tersebut?

Chances PLHIV yang patuh dan positif terhadap rawatan adalah kembali normal seperti non-PLHIV.

Untuk makluman semua, KKM menyarankan bahawa IPT perlu diberikan kepada SEMUA PLHIV, kanak-kanak, dan seluruh isi rumah yang mempunyai ahli yang telah dijangkiti TB.

IPT melibatkan dua jenis ubat iaitu Isoniozid 100 mg dan Pyridoxine HCI 10 mg.

(Sila rujuk pekeliling Bil(15)KKM-171/BKP/07/35/0519 JLD 4)

Dosage: Isoniozid 100 mg 3 biji sekali makan, 1 kali sehari. Pyridoxine HCI 10 mg 5 biji sekali makan, 1 kali sehari. Total: 8 biji sekali makan untuk IPT.

IPT bertindak untuk mencegah kuman TB daripada menjangkiti PLHIV. Pyridoxine HCI 10 mg adalah sejenis vitamin B6 yang bertindak untuk memelihara saraf.

Side effect?

"Minimum." Depends on individual.

Selepas sebulan IPT ini diambil atau dijalani, PLHIV perlu diambil sampel darah untuk ujian liver (hati). Ini adalah untuk memantau sama ada ianya memberi sebarang kesan terhadap fungsi hati.




Apa itu Latent TB Infection?

Jika diterjemahkan secara terus, ianya bermaksud Jangkitan TB Terpendam. Latent TB Infection adalah merupakan jangkitan TB secara dormant (pasif).

Kuman TB tersebut tidak aktif dan hanya mengeram di dalam tubuh badan manusia yang telah dijangkitinya.

Jangkitan jenis ini tidak mempunyai sebarang simptom dan tidak menjangkiti orang lain. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai CD4 yang rendah boleh dijangkiti.

SEMUA PLHIV MESTI MEMULAKAN IPT DAN BUKAN SEMESTINYA PLHIV SAHAJA AKAN DIJANGKITI TB.

Jangan risau. Rawatan ini adalah free of charge (FOC). Sebarang penyakit berjangkit, ubat adalah FOC, walaupun kepada foreigners.


Kredit kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman,
Doktor Pakar Perubatan Keluarga,
KK Jaya Gading, Kuantan.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com