Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
Isu tuala wanita yang didakwa dicemari darah People Living With HIV (PLHIV) dan memungkinkan jangkitan HIV
adalah isu lama tetapi diulang-ulang tanpa jemu. Akibatnya stigma, diskriminasi,
dan judgemental akibat salah faham
tentang HIV tidak pernah habis.
Belum termasuk berita kononnya kemungkinan dijangkiti
HIV jika memakan makanan dalam tin yang didakwa produk daripada Thailand, nanas
yang dicemari darah penjual nanas (PLHIV)
yang terluka, jarum suntikan yang tertanam di taman-taman permainan atau
pantai, virus HIV di dalam minuman dan makanan tertentu, dan sebagainya.
Jikalau ditambah dengan berita palsu lain seperti
dijangkiti HIV akibat digigit nyamuk, ketika bergelut dengan penyalahguna
dadah, menolong mangsa kemalangan berdarah, batuk, bersin, bersentuhan dengan
PLHIV, berkongsi kolam renang dan tandas awam, berkongsi makanan, pakaian dan
sebagainya, tak tahu berapa banyak fitnah yang PLHIV dan affected people
kena tanggung.
Kalaulah semudah itu HIV berjangkit, hampir semua
doktor di dunia ini adalah PLHIV dan
bayangkan jumlah non-PLHIV yang telah
dijangkiti HIV kerana hakikatnya setiap hari non-PLHIV sentiasa bergaul dan berurusan dengan PLHIV tanpa mereka sedari.
Penyebar berita-berita hoax begini barangkali kerana demi saingan perniagaan, kurang
cerdik (dan sedang membuktikan dirinya tidak cerdik), bergurau tidak kira
tempat, atau sakit jiwa.
Tolonglah faham bahawa sesiapa yang menyebarkannya
adalah termasuk ke dalam golongan orang-orang yang zalim.
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin
dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka
telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
(Surah al-Ahzab: 58)
HIV tidak pernah dibuktikan tersebar di luar tubuh
manusia. HIV juga tidak mampu bertahan di luar tubuh manusia.
Nama virus sahaja pun sudah menunjukkan cara
jangkitan.
H – HUMAN (dari dalam tubuh MANUSIA ke dalam tubuh MANUSIA
sahaja)
I – Immunodeficiency
V – Virus
Tidak perlulah merapu merepek meraban yang kononnya
HIV boleh berjangkit dengan cara-cara yang didakwa. Ada banyak cara lain untuk
dapatkan "Like" yang banyak
atau popularkan laman web atau blog anda.
Ada sesiapa yang mahu bincang tentang isu jarum
suntikan yang kononnya tercemar darah HIV yang dikambus di pantai-pantai atau
taman permainan yang mengakibatkan jangkitan HIV? Silakan.
Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan
meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM)
komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK
MASYARAKAT secara terbuka."
Info Berkaitan:
Facebook Fanpage PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors
Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan
Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com