Thursday, August 25, 2011

JOB OFFER!


PT Foundation is looking for an account executive and who knows UBS. Please call 03 4044 4611 and speak to Julian for further information. Thank you

PEMBAWA HIV MAIN API - IT’S TIME TO FACE IT!

Kanak-kanak main mercun,
Aku yang tua-tua ni nak main api.
Sesekali kepingin juga main perang-perang.

Kali ini aku nak kongsikan pula pengalaman seorang sukarelawan yang terlibat secara langsung membantu rakan-rakan pembawa HIV. Beliau kongsikan sekelumit sahaja daripada pelbagai karenah yang terpaksa beliau hadapi semasa berhadapan dengan pihak-pihak tertentu.

Maaf terdapat sedikit editing untuk disesuaikan menjadi sebuah entry. Komen asal beliau boleh dirujuk di ruangan komen dalam entry: SUSULAN SERBUAN KE GEREJA: RASUAH ORANG SUSAH?

Mari baca:


Sebagai seorang volunteer saya lalui pelbagai penat jerih memanjat tangga memohon bantuan untuk kengkawan. Acap kali mendengar janji janji munafik pihak jabatan tertentu.

Mohon bantuan bulanan Kaletra dipandang sepi oleh kawan muslim akhirnya diusulkan Tsu Zhi Faundation Buddist Association. Senang sahaja mereka  tolong orang Melayu Islam...

Christian Welfare Society call: “Cik Luka Rafieqa kenal tak si polan ni, dia minta bantuan tiket bas nak balik kampung. Boleh rekomenkan tak?”

Luka Rafieqa: “Boleh... belikan tiket pergi dan balik KL ke Johor beserta dengan duit poket perjalanan rm 15.”

Senang sahaja...

Kalau kat tempat tu,  fuhhhh... jenuh lah! Hantar proposal untuk buat program HIV+ minta bajet RM 100, 000. 00 tetapi dapat RM 10, 000.00 sahaja sedangkan mereka declare kononnya ada lebihan serta menunjukan peningkatan jumlah zakat.

Zakat Selangor paling banyak, sampaikan boleh tolong negeri lain. Apa sudah jadi? Cuma tak ada black & white sahaja...

JEMPUTAN BERBUKA PUASA


JEMPUTAN BERBUKA PUASA TERBUKA KEPADA KOMUNITI

Tarikh: 27hb Ogos 2011
Waktu: 6.00 ptg
Tempat: 5th Flr, Wisma TanCom, 326 &328, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50350 Kuala Lumpur.

Kepada sesiapa yang mahu menambah kenalan senasib, mahu berkongsi masalah, membuat sumbangan amal jariah kepada keluarga yang daif dan sebagainya dijemput hadir.

Sila hubungi Rina: 03 26970655 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, August 23, 2011

TB & HIV: ELAK JUMPA BOMOH



 

BATUK kering atau tibi ialah jangkitan bakterium, mycobacterium tuberculosis yang biasanya menyerang paru-paru (tibi pulmonari) juga mampu menyerang otak (meningitis), sistem saluran kencing dan sendi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati imunisasi BCG akan melindungi kanak-kanak daripada mendapat tibi teruk.

Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

Sukar menentukan bila penyakit tibi dapat dihapuskan di Malaysia memandangkan banyak faktor menyumbang kepada kemunculan semula penyakit itu termasuk:

1.      Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini
2.      Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil  
           mengenai penyakit itu
3.      HIV/AIDS

Masyarakat kita sering beranggapan apabila mengalami batuk berdarah, mereka terkena santau. Bagi mengubati penyakit itu, mereka bertemu bomoh yang memberi mereka minum air jampi.

Dua atau tiga bulan kemudian, tibi akan menjadi lebih teruk. Sama ada mendapat tibi, kanser atau masalah paru-paru, mereka yang batuk berdarah lebih suka mendapatkan rawatan tradisional.

Pakar perunding Kanan Perubatan/Respiratori/Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datuk Dr Razak Muttalif, berkata kesedaran mengenai penyakit tibi masih lagi rendah di kalangan masyarakat, terutama di kalangan kaum Melayu.

Terdapat ramai pesakit yang sering tidak memakan ubat seperti yang diarahkan doktor. Kebanyakan mereka hanya mengambil ubat selama sebulan dan berhenti memakan ubat apabila merasa diri mereka sudah sihat. Ada juga pesakit yang lebih mempercayai bomoh berbanding doktor, lalu mengambil penawar dan tidak memakan ubat hospital. Alasan yang diberikan ialah mereka disantau orang.

“Akibat lambat mendapatkan rawatan sepatutnya, mereka sukar untuk dirawat. Kebanyakan kes seperti ini sering berakhir dengan kematian. Dalam bulan ini saja, tiga kes tibi yang teruk dengan satu daripada pesakit meninggal dunia. Ini perkara yang sangat dikesali kerana penyakit tibi boleh dirawat dan jika dirawat dengan sempurna, ia tidak akan menyebabkan kematian.

“Penyakit ini mudah dikesan dan menerusi rawatan, ia boleh sembuh 100 peratus. Pesakit tibi perlu memakan ubat selama enam bulan berterusan. Bagaimanapun, kebanyakan mereka makan ubat tidak mengikut arahan doktor menjadikan kuman tibi semakin kebal.

“Sekiranya mengalami batuk berdarah, seseorang itu perlu berjumpa doktor bagi mengesan dan merawat penyakit yang dihidapi. Sinar-X paru-paru boleh mengesan sekiranya terdapat kuman tibi, kanser atau radang paru-paru. Pemeriksaan kahak untuk kuman tibi adalah ujian yang amat tepat dan senang dilakukan.

“Sekiranya pesakit menghidap tibi, ujian sinar-X dilakukan boleh mengesan tanda atau bintik putih pada paru-paru. Jika lambat mendapatkan rawatan, pesakit mungkin meninggal dunia, kegagalan sistem penafasan akibat paru-paru rosak, berjangkit kepada orang lain terutama ahli keluarga atau orang yang sering berdamping dengannya atau merebak pada organ lain seperti otak dan kulit,” katanya.

Beliau berharap kesedaran mengenai bahaya tibi dapat disebarkan dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat supaya mereka boleh mencegah penyebaran penyakit itu sekali gus menurunkan angka kematian disebabkan penyakit tibi.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa berkata, sesiapapun boleh terdedah kepada tibi kerana ia menjangkit melalui udara iaitu jika pesakit batuk.

“Pemeriksaan X-ray di dada dan pemeriksaan kahak dilakukan bagi mengesan penyakit itu. Tibi yang aktif ialah kahak mengandungi kuman tibi.

“Ada juga tibi yang tidak aktif iaitu seseorang itu sememangnya sudah lama mendapat tibi tetapi pesakit tidak menunjukkan simptom dan tidak berjangkit kepada orang lain. Bagaimanapun, ujian X-ray boleh mengesan kuman tibi walaupun ia tidak aktif,” katanya.

Menurutnya, tibi mempunyai pelbagai jenis misalnya paling lazim, tibi paru-paru yang boleh berjangkit ke bahagian lain seperti otak (tibi meningitis) atau tibi kulit yang menyebabkan kudis sukar sembuh berbanding kudis biasa yang mudah sembuh jika disapu ubat.

Tibi kelenjar atau lymphadenitis dikesan menerusi kehadiran bengkak kelenjar dan demam biasa yang berlarutan hingga dua atau tiga bulan manakala tibi tulang mungkin disedari selepas pemeriksaan X-ray terhadap tulang belakang yang sakit menunjukkan tulang itu patah walaupun pesakit tidak pernah jatuh atau kemalangan.

Tibi tekak atau larynx menyebabkan pesakit bersuara serak, susah hendak bernafas dan sukar menelan makanan, manakala tibi telinga menyebabkan telinga bernanah.

Tibi saluran kencing menyebabkan pesakit berasa sakit ketika membuang air kencing, kencing berdarah, sering kencing dan sakit pinggang, manakala tibi perut atau tibi usus akibat kuman yang masuk ke sistem pencernaan menyebabkan cirit-birit dan muntah.

Pemeriksaan terhadap najis pesakit atau cecair dalam perutnya boleh mengesan kehadiran kuman tibi. Jika cirit-birit biasa mungkin mengambil masa dua atau tiga hari untuk sembuh, pesakit tibi perut atau tibi usus menyebabkan cirit-birit berlarutan dua atau tiga bulan.

Menurutnya, pesakit perlu makan ubat selama enam bulan dengan dua bulan pertama makan empat jenis antibiotik wajib, empat bulan berikut wajib makan dua jenis antibiotik dan perlu makan ubat ini setiap hari tanpa tertinggal.

“Kebanyakan pesakit berhenti makan ubat selepas sebulan kerana merasa diri sudah sembuh. Ini menyebabkan kuman menjadi lebih kuat dan perlu dirawat menggunakan ubat lebih kuat yang mempunyai banyak kesan sampingan.

“Biasanya pesakit dalam rawatan tibi akan menjalani rawatan susulan sebulan atau dua bulan selepas rawatan pertama iaitu dia perlu makan empat ubat untuk memastikan penyakit itu pulih atau bertambah teruk atau pesakit mengalami kesan sampingan daripada pengambilan ubat. Antara kesan sampingan ubat ialah loya, muntah atau kencing bertukar warna oren,” katanya.

Tanda menghidap tibi:

1.      Batuk berdarah dan berkahak
2.      Batuk berterusan lebih dua minggu
3.      Lemah dan keletihan
4.      Susut berat badan
5.      Hilang selera makan
6.      Demam berpanjangan
7.      Berpeluh waktu petang malam
8.      Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
9.      Mudah letih

Bagaimana mengesan penyakit tibi?

Jika mengalami tanda di atas, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:

1.      Pemeriksaan doktor
2.      Pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman tibi
3.      Pemeriksaan x-ray dada

Fakta penting

1.      Penyakit tibi tidak boleh berjangkit melalui makanan dan minuman
2.      Tibi bukan penyakit keturunan
3.      Pesakit tibi yang menerima rawatan lebih dua minggu, tidak lagi   
          menjangkiti orang lain
4.      Anda berpeluang sembuh jika mematuhi rawatan disediakan


KES 1

BATUK kronik yang berlarutan enam bulan mendorong seorang wanita datang ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dia mengalami susut berat badan, hilang selera makan dan demam pada waktu malam. Beliau turut mempunyai rakan sekerja yang ada masalah batuk kronik.

Dia berubat dengan bomoh dan diberitahu terkena santau. Bomoh itu memberinya air penawar dan selepas meminumnya dia mengalami batuk berdarah.

Disebabkan batuknya semakin teruk disertai masalah sukar bernafas, dia ke klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan dan diberi bekas dan temu janji untuk pemeriksaan kahak bagi mengesan tibi. Pada malam itu, wanita itu meninggal dunia.

Tidak lama kemudian, anaknya pula mengalami simptom batuk kronik dan disahkan menghidap penyakit tibi. Kini anaknya dirawat dengan ubat anti tibi.

KES 2

SEORANG wanita berusia 56 tahun disahkan menghidap tibi. Ubat tibi diberi tidak dimakan mengikut jadual. Ketika ke hospital kali kedua, pemeriksaan mendapati paru-parunya rosak. Dia dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU).

Selepas dibenarkan keluar wad, dia menyambung menjalani rawatan tibi. Bagaimanapun, akibat kerosakan paru-paru, dia memerlukan bantuan oksigen, sekali gus membataskan pergerakan dan urusan harian.

KES 3

PEMERIKSAAN X-ray ke atas seorang gadis yang mengalami batuk mendapati, paru-parunya dimasuki air (effusi pleura).

Doktor ingin menjalankan prosedur bagi membuang air dalam paru-parunya untuk mengurangkan masalah dihadapi. Bagaimanapun, bapa pesakit tidak bersetuju dan membawa anaknya berjumpa bomoh.

Selepas dua minggu, keadaan pesakit sangat teruk, letih dan sesak nafas serta dimasukkan ke wad ICU. Pemeriksaan kahak menunjukkan gadis itu mengalami serangan kuman tibi dan nyawanya tidak dapat diselamatkan.


http://praya.hmetro.com.my/myMetro/articles/Elakjumpabomoh/Article/index_html

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA KOMUNITI (HARI RAYA)

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA KOMUNITI (HARI RAYA)


Tarikh: 17hb September 2011
Waktu: 1.00 ptg
Tempat: 4th Flr, Wisma TanCom, 326 &328, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50350 Kuala Lumpur.

Kepada sesiapa yang mahu menambah kenalan senasib, mahu berkongsi masalah, membuat sumbangan amal jariah kepada keluarga yang daif dan sebagainya dijemput hadir.

Sila hubungi: 03 26970655 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, August 22, 2011

UBAH SALAH ANGGAP TENTANG HIV/ AIDS


Di negara kita, walaupun sudah banyak pendedahan mengenai HIV/AIDS sejak 1986, masih ramai yang mempunyai tanggapan salah dan pandangan serong terhadap individu dijangkiti virus HIV. Ramai menyangka HIV dan AIDS adalah masalah orang lain - penagih dadah, pelacur, golongan homoseksual atau individu yang kerap bertukar pasangan dan tidak akan berlaku pada kita.

Tanggapan ini perlu diubah kerana kini semakin ramai, terutama golongan remaja yang mengadakan hubungan seks di luar ikatan perkahwinan, dan tidak mustahil salah seorang daripada mereka menjadi pasangan hidup anda, anak atau ahli keluarga anda kelak. Inilah antara sebab bakal pengantin diwajibkan menjalani ujian HIV bagi mengelakkan jangkitan terus berleluasa.


HIV dan AIDS bukan masalah orang dewasa saja kerana pada 2006, dianggarkan 2.3 juta remaja berusia bawah 15 tahun di seluruh dunia dijangkiti HIV. Di negara kita, 36.4 peratus kes (27,837 kes) menimpa golongan muda berumur 13 hingga 29 tahun dan 0.9 peratus kes pula membabitkan kanak- kanak bawah umur 13 tahun (statistik 2006).

Statistik Kementerian Kesihatan mencatatkan, sehingga Jun 2007, 78,784 kes jangkitan HIV dilaporkan sejak 1986 dan kes paling banyak dilaporkan di Johor (14,600) diikuti Selangor (11,859); Kelantan (9,891); Pahang (9,036); Terengganu (8,269); Kuala Lumpur (6,604); Negeri Sembilan (6,455); Perak (5,789); Kedah (5,784); Pulau Pinang (3,514); Melaka (2,690); Perlis (1,175); Sarawak (1,066) dan Sabah (971).

Daripada jumlah itu, 10,909 penghidap meninggal dunia akibat AIDS. Dalam tempoh enam bulan pertama 2007, 2,395 kes baru dilaporkan. Apa yang membimbangkan ialah semakin ramai wanita dijangkiti HIV (satu dalam tujuh kes baru pada 2006) berbanding satu dalam 86 kes pada 1990.

Lebih menyedihkan, lebih ramai suri rumah dikesan positif HIV (empat hingga lima kali lebih tinggi) berbanding pelacur.

Virus HIV merosakkan sistem pertahanan badan. Apabila daya ketahanan badan menjadi sangat lemah, badan individu HIV hilang keupayaan melawan semua penyakit sehinggakan penyakit yang ‘biasa’ seperti selesema boleh mengancam nyawa mereka dan ketika inilah mereka dikategorikan sebagai pesakit AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit).

Ramai tersilap kerana menganggap HIV sebagai penyakit. HIV bukan penyakit tetapi virus.

AIDS pula adalah masalah kesihatan yang dialami individu HIV apabila daya ketahanan badan mereka berada pada tahap yang sangat rendah.

Sehingga kini belum ada ubat yang boleh menghapuskan virus HIV dan oleh kerana AIDS disebabkan jangkitan virus itu, maka masih tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Namun kini ada ubat yang mampu mengawal jumlah virus dalam badan individu HIV.

Berapakah lama masa yang diambil virus HIV untuk menyebabkan seseorang mendapat AIDS? Tempohnya berbeza antara individu dan bergantung kepada banyak faktor. Kebanyakan orang tidak sedar mereka dijangkiti HIV kerana ia tidak menunjukkan gejala sehinggalah jangkitan sampai ke peringkat teruk (apabila daya ketahanan badan menjadi sangat lemah) dan virus ini boleh mengambil masa sehingga 10 tahun untuk menunjukkan ‘taringnya’.

Meskipun di negara kita sudah ada kemudahan untuk ujian HIV, tidak ramai golongan yang berisiko menjalani ujian ini kerana pelbagai alasan. Malu, yakin diri terlepas jangkitan, bimbangkan pandangan negatif masyarakat dan takut untuk menghadapi kenyataan sekiranya disahkan positif adalah antara sebab mereka tidak mahu menjalani ujian.

Malah di kalangan yang tahu dijangkiti HIV, masih ada yang enggan mendapatkan rawatan atau memaklumkan perkara itu kepada bekas pasangan seks mereka. Memang bukan mudah untuk menerima hakikat dijangkiti HIV, malah kalau boleh, perkara ini mahu dirahsiakan hingga ke mati kerana ramai masih memandang serong terhadap golongan ini, malah ada yang berfikiran ‘itulah balasan terhadap tingkah-laku mereka’.

Jika anda juga berfikiran begini, pertimbangkan semula. Siapakah kita untuk menghukum mereka? Bukan semua orang yang dijangkiti HIV berkelakuan ‘buruk’ kerana ramai pesakit, terutama wanita (suri rumah) mendapat jangkitan daripada pasangan yang tidak setia dan kemudian mewariskan virus HIV kepada anak menerusi kehamilan.

Jangkitan HIV dan AIDS kini bukan lagi penyakit pembunuh, sebaliknya kini ia dikategorikan sebagai penyakit kronik sebagaimana kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung atau selesema; seperti dihidapi ratusan ribu orang di negara kita. Jadi, tiada sebab untuk kita terus memandang negatif pesakit AIDS. Tanggapan sebegitu membunuh pesakit akibat malu mendapatkan rawatan.

Namun, apa yang lebih penting ialah melawan selesema pada diri sendiri, terutama selepas disahkan dijangkiti virus HIV.

Isu ini paling sukar kerana masih ramai beranggapan HIV/AIDS bererti mati. Tidak sedikit pesakit cuba membunuh diri kerana tidak dapat menerima hakikat yang membuatkan mereka berasa kecewa, tertekan dan hilang keinginan untuk hidup.

Malah ada yang beranggapan, jika sudah disahkan mereka akan mati dalam tempoh tertentu, mengapa harus tunggu lama? Bukankah lebih baik perkara itu (menamatkan riwayat) dilakukan secepat mungkin supaya mereka tidak terus dibelenggu masalah.

Stigma (sama ada daripada masyarakat atau diri sendiri) dan diskriminasi menghalang pesakit tampil mendapatkan rawatan serta sokongan. Tanpa rawatan, pesakit akan terasing, takut, tidak berpengetahuan dan tidak mendapat galakan untuk menguruskan penyakit dengan baik.

Di negara kita, rawatan AIDS peringkat pertama diberikan secara percuma di semua hospital kerajaan. Ia terbukti berkesan untuk membantu pesakit melawan penyakit, memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

KISAH BENAR: DARAH HIV MAMPU MENGHALAU DRACULA DI MAKMAL HOSPITAL


Abaikan tajuknya entry tu. Aku sengaja buat gimik murahan untuk buktikan bukan setakat pihak akhbar arus perdana sahaja mampu buat tajuk sensasi untuk lariskan berita. (Jangan marah orang-orang media, usik mengusik tanda mesra…)

Selain doktor dan jururawat, masyarakat umumnya tidak begitu menyedari bahawa ramai lagi kakitangan KKM yang turut menyumbang dan memainkan peranan besar dan membantu para pesakit.

Antaranya ialah para pekerja makmal, jabatan x-ray, farmasi, atendan dan sebagainya. Mereka adalah golongan yang sering kita abaikan kerana peranan mereka di belakang tabir.

Kali ini aku kongsikan pula pandangan dan maklumat penting daripada salah seorang petugas KKM mengenai prosedur yang perlu dilakukan semasa ‘mendiagnos’ pesakit melalui ujian darah. (maaf, aku sendiri akui tidak pasti nama jawatan dan jabatan yang tepat untuk tugas-tugas seperti beliau)

Perkongsian ini ambil melalui ruangan komen dalam entry bertajuk “PENDAPAT BAKAL DOKTOR CEMERLANG, INSYA-ALLAH...”


Memandangkan perkongsian tersebut sangat berguna, aku kongsikan kembali pandangan beliau di sini supaya lebih ramai yang dapat membacanya.


Mohon maaf kepada beliau kerana aku terpaksa melakukan sedikit suntingan (yang sangat minima) untuk disesuaikan menjadi sebuah entry. Komen asal beliau masih dapat dirujuk di ruangan komen dalam entry yang aku maksudkan.


Semoga Allah melimpahkan mereka yang ikhlas membantu ini dengan limpahan rahmat dan redhaNya yang berlipat kali ganda. Mari baca:

Kami ada peraturan dalam mendiagnosis pesakit. Contohnya setiap pagi sebelum memulakan tugas kami akan menjalan prosedur untuk memeriksa mesin-mesin yang kami gunakan.

Setiap ujian makmal kami ada QA dan QC iaitu Quality Assurance dan juga Quality Management yang mana kami akan memastikan ujian yang betul dilakukan bagi mendapatkan keputusan yang betul dan juga menggunakan sampel yang betul.

Saya sangat suka bekerja di blood bank, Alhamdulilah banyak ilmu yang saya timba daripada pekerja-pekerja senior yang bekerja di blood bank.

Untuk pengetahuan semua, segala hal di blood bank memang dikendalikan oleh kami. Adakah doktor memantau? Mungkin Doktor Pakar Hematologi tetapi selalunya kamilah yang bekerja di blood bank.

Tentang isu mendapat HIV dari pemindahan darah, memang kadangkala kami kesan ramai yang menderma darah untuk mengetahui status HIV mereka. Kalau mereka dikesan positif senang kira tetapi kalau dalam window period tentulah tidak.

Mula-mula penderma datang untuk menderma darah. Pada peringkat ini, yang mengendalikan kes adalah doktor dan juga nurse yang bertugas.

Bagaimana pengendalian kes derma darah dilakukan?

Sewaktu hendak menderma darah, penderma akan mengisi borang khas. Dalam borang tersebut banyak kriteria yang menyatakan kita tidak membenarkan individu yang berisiko menderma darah seperti mereka yang melakukan hubungan seks luar nikah,  mereka yang melancong ke negara berisiko dan sebagainya.

Selepas mereka memenuhi kriteria untuk menderma darah, barulah
mereka dibenarkan menderma darah dan seterusnya darah mereka akan di hantar ke Pusat Derma Darah.

Di Pusat Derma Darah lah, darah penderma akan disaring. Satu tiub untuk ujian antibodi (HIV, hepatitis dan sebagainya berkaitan penyakit berjangkit). Satu tiub lagi adalah untuk ujian ABO grouping dan rhesus (jenis darah).

Apabila selesai, darah mereka akan disimpan. Jika semua ujian saringan lulus, barulah darah akan dihantar ke hospital. Ini bemakna darah yang dihantar ke hospital memang telah disaring dan bebas dari penyakit berjangkit (Insya-Allah).

Di hospital juga blood bank mereka sendiri. Di sini kami akan menerima request dari doktor dan kami akan menjalankan beberapa ujian seperti ujian-ujian ABO/Rh, penyaringan antibodi dan termasuklah ujian keserasian darah antara penderma dan penerima.

Ujian-ujian ini sangat penting bagi memastikan darah penderma sesuai untuk penerima.

Antara banyak-banyak kerja makmal, saya paling berminat di blood bank. Berani saya katakan blood bank merupakan makmal yang memang sangat menjaga kualiti dan juga betul-betul berdedikasi kerana kami bermain dengan nyawa pesakit berbanding makmal mikrobiologi ataupun biokimia.

Dengan sedikit kesilapan sahaja, kami boleh menyebabkan ibu yang tumpah darah terdedah kepada pelbagai risiko termasuk meninggal dunia. Pengendalian dan prosedur kawalan darah memang sangat rumit kerana kita ada hampir 4000 jenis darah.

Jika tersalah bagi darah, pesakit boleh hemolisis kerana darah sangat sensitif bertindak balas.

Untuk setiap sampel yang akan didagnosis kami selalunya akan simpan untuk rujukan. Setiap sampel yang rosak akan ditolak dan dipulangkan kembali. Sampel yang salah akan diisi ke dalam cointainer khas. Salah tiub juga akan ditolak. Hanya sampel yang lulus sahaja akan dijalankan ujian diagnosis.

Bagaimanapun saya ingin tegaskan di sini setiap benda akan berlaku kesilapan terutamanya di bahagian makmal walaupun kami telah sedaya upaya melakukan prosedur-prosedur untuk meminimunkan kesilapan.

Kelemahan berpunca daripada faktor manusia, faktor mesin dan faktor sampel kadang-kadang kita tidak boleh dielakkan.  

Bagaimana pengendalian kes ujian air kencing dilakukan?

Untuk kes ujian air kencing, selalunya bukan digunakan untuk mengesan kesan ubat atau allergic. Ujian air kencing selalunya dilakukan dalam makmal mikrobiologi dan juga makmal biokimia.

Merujuk kepada ujian mikrobiologi di mana pesakit menambah air paip supaya air kencing nampak banyak, ingin saya ingatkan jangan sesekali pesakit berbuat begitu kerana tindakan tersebut menyebabkan sesuatu penyakit sukar untuk di diagnosis.

Apabila pesakit menambahkan air paip, pesakit mungkin telah mencampurkan bakteria dalam air paip dan bakteria di dalam air kencing mereka. Ini  menjadikannya sukar didagnosis secara tepat kerana pertumbuhan bakteria yang terlalu banyak menyebabkan kami tidak dapat mengesan bakteria mana yang penyebabkan seseorang itu sakit.

Untuk ujian air kencing bagi tujuan mengenalpasti bakteria di bahagian kelamin.

Begini caranya. Terutamanya wanita, mula-mula basuh bahagian kemaluan, kemudian lapkan dengan tuala bersih. Kemudian kencing dan tadahkan air kencing yang ‘tengah’  sebelum dialihkan dan seterusnya buang air kencing yang akhir ke dalam mangkuk tandas.

Perhatian: Jangan kencing semua sekali ke dalam urine container.

Bagi ujian penyakit kelamin selalunya kami jarang menggunakan ujian air kencing. Penyakit Sexually Transmitted Diseases (STD) biasanya didiagnosis melalui ujian menggunakan sampel darah.

Wallahu a’lam segalanya kelemahan dari saya.


AHP: Terima kasih dan syabas kepada beliau atas kesudian berkongsi maklumat yang sangat telus dan penting ini. Perkongsian begini menjadikan blog AHP lebih ‘mahal’ nilai maklumatnya.

Thursday, August 18, 2011

PENDAPAT BAKAL DOKTOR CEMERLANG, INSYA-ALLAH...


~THOUGH~

Bukan ingin menyebelahi mana2 pihak..Sekadar berkongsi pandangan dan cerita..^_^

Kerap kita dengar orang bercerita komplikasi yg dialami oleh pesakit ketika menerima rawatan atau selepas menerima rawatan dari mana2 hospital..dan kesalahan tersebut dilabel 100% adalah kesalahan dan kecuaian doktor..

Bagi kes-kes seperti tersalah diagnos, pesakit mengalami bengkak seluruh badan selepas makan ubat yg diberi oleh doktor..kes2 sebegini memang berlaku, tidak dapat dinafikan..tp mengapa keadaan ini berlaku?

1)Bagi kes tersalah diagnose..secara umumnya..dlm membuat diagnosis banyak aspect yg perlu diambil kira oleh seseorg doktor itu..pertama-tama sekali doktor akan membuat diagnosis berdasarkan history/info yg diberikan oleh pesakit..kedua berdasarkan pemeriksaan fizikal dan yg ketiga berdasarkan hasil keputusan makmal yg dilakukan..selepas ketiga-tiga aspect ini diambil kira..barulah diagnosis yg tepat dapat dilakukan..oleh itu, pesakit akan mendengar bermacam2 diagnosis sepanjang mereka dirawat..

dari kes yg jarang berlaku atau sukar didiagnose sehingalah ke kes-kes yang biasa..history/info dari pesakit sangat-sangatlah penting dalam membantu doktor membuat diagnosis..percaya atau tidak..kebanyakan pesakit akan memberi maklumat palsu tntg masalah mereka atau menipu apabila ditnya apakah yg mereka makan, pakai dan aktiviti harian sehinggalah kpd soalan2 seperti merokok, minum arak, drug abuser, seks bebas atau luar tabi'e dan hubungan kelamin suami isteri..

Sy beri contoh mudah..pesakit A, 35thn..dtg ke hospital mengadu kerap demam, sakit perut dan seluruh badan..apabila ditanya adakah mempunyai masalah dlm hubungan kelamin suami isteri..pesakit mengatakan tidak..selepas diagnosis dan doktor memberikan ubatan yg bersesuaian..pesakit tetap mengalami masalah yg sama malah makin teruk..pesakit A mencari doktor lain dan mendapat maklumat dari isterinya tntg masalah hubungan kelamin..disbbkan info ini masalah pesakit A dapat dirawat..ttp apa yg akan diceritakan oleh pesakit A kpd org lain adalah doktor yg sebelum ini cuai dan memberikan diagnosis yg salah.

Point sy disini adalah...sy tidak menyalahkan pesakit ataupun doktor dalam hal ini..krn kedua-dua pihak memainkan peranan penting untuk membuat diagnosis yg betul..cumanya ingin membetulkan stigma masyarakat tntg doktor yg melabel mereka itu dan ini apabila memberikan diagnosis yg salah..mungkin sy boleh umpakan seperti kita mula2 belajar menaiki basikal..suma org pasti akan jatuh berkali2 sebelum mengetahui cara yg tepat untuk mengimbangi badan supaya tidak jatuh dan akhirnya berjaya menaiki basikal..pada sy ini hukum alam..apapun yg kita lakukan didunia ini..aturanya sama..fitrah manusia biasa..doktor bukanlah bomoh..juga tidak mempunyai kuasa ajaib yg mampu terus memberikan diagnosis yg tepat sebelum melakukan kesilapan..krn dari kesilapan tersebutlah mereka berjaya membuat diagnosis yg tepat pd akhirnya..

2) Apabila kita dengar sesorang pesakit mengalami bengkak seluruh badan selepas makan ubat yg diberikan oleh doktor..pasti kita akan menyalahkan doktor 100% dan melabelkan mereka sbg cuai..

Prosedur amnya sebelum sesorang doktor itu memberikan pesakit ubat yg pesakit tidak pernah ambil sebelum ini..sample darah akan diambil untuk menguji samaada pesakit akan mengalami alahan atau tidak..sample darah tersebut akan dihantar ke makmal dan dilakukan ujian tersebut oleh pekerja makmal..bukan doktor..hasil dari keputusan darah dari makmal..barulah doktor dapat membuat keputusan samada pesakit tersebut boleh menerima ubat tersebut atau tidak..

Tapi pernahkah kita terpikir tentang kesalahan ujian dari makmal sebagai punca perkara ini berlaku? sbnrnye banyak faktor yg menyumbang kpd kesalahan dlm hasil ujian makmal...antaranya adalah kecuaian pekerja makmal, nurse atau sample yg telah rosak digunakan untuk ujian..ada juga pesakit sdri yg merosakkan sample yg diminta...contoh seperti sample air kencing yg ditambah air paip dan sbgnya..perkara2 ini menyumbang kepada hasil keputusan yg salah..

Doktor memberikan ubat berdasarkan hasil keputusan ini...jika hasil ujian makmal menunjukkan pesakit tidak mengalami alahan jika mengambil ubat tertentu..ttp selepas diberikan ubat, pesakit mengalami bengkak seluruh badan..dlm hal sebegini siapa yg akan dipersalahkan?

Tiada siapa dlm dunia ini ingin dipersalahkan atas kesalahan org lain...pada sy doktor melakukan pengorbanan yg besar untuk menerima kesalahan org lain atas bahu mereka...adakah perkerja makmal ataupun nurse yg akan dtg minta maaf pada pesakit jika keadaan ini berlaku? tentunya doktor yg terpaksa memikul bebanan ini..

3) Untuk kes berat sprt terkena jangkitan HIV melalui pemindahan darah..kes ini tidak dinafikan ada berlaku..ttp jumlahnya adalah kecil...macam sy katakan diatas...ujian darah dilakukan oleh pekerja makmal sebelum disimpan di blood bank..mmg ada doktor yg memantau..ttp doktor tersebut adalah doktor yg dikhaskan diblood bank dan bukanlah doktor yg merawat pesakit...doktor yg merawat ataupun meminta darah untuk dipindahkan kedalam badan pesakit tidak akan tahu jika darah tersebut bermasalah...krn darah-darah yg diminta dari blood bank adalah darah yg telah disaring dan diyakini tidak mempunyai masalah..ttp apabila terjadi kes pesakit mendapat HIV akibat pemindahan darah..sekali lagi doktor yg dipersalahkan..

Kesimpulanya...pada pendapat sy..komunikasi yg berkesan antara doktor dan pesakit perlu ada untuk menggelakkan keadaan seperti ini berlaku yg mengakibatkan masyarakat menunding jari menyalahkan banyak pihak..selain itu, menerima qada' dan qadar dgn hati terbuka juga penting..krn manusia hanya mampu berusaha..Allah yg tentukannya..Wauallahua'lam


AHP:
Pandangan ini adalah pandangan salah seorang bakal doctor yang merupakan antara yang terawal menunjukkan keprihatinan dan sokongan terhadapku. Insya-Allah kita doakan beliau bakal menjadi salah seorang doctor yang cemerlang di negara kita suatu hari nanti.

Pandangan yang beliau kongsikan ini sangat bagus sebagai renungan bersama. Mendengar dari kedua-dua belah pihak adalah sebaik-baiknya supaya kita saling memahami, mempelajari dan hormat menghormati.

Bagi aku, memang betul apa yang beliau luahkan cuma berapa ramai yang bersikap seperti beliau? Rungutan terhadap sikap tidak professional, malpractice dan kelemahan segelintir doctor serta kakitangan KKM adalah melebihi daripada apa yang kita perbincangkan di sini.

Karier sebagai doctor, kakitangan perubatan dan guru memang antara karier yang sangat tinggi tekanannya dan masyarakat sentiasa menuntut kesempurnaan  100%. Hanya yang betul-betul berusaha dan ikhlas sahaja akan berada dalam senarai teristimewa di hati masyarakat.

Bila berada di bidang ini, suka atau tidak kita terpaksa redha dan menerima segala tekanan, cemuhan dan kritikan. Komplen akan wujud sampai bila-bila. Jika dilayan, pelemik berterusan selagi dinamakan manusia.  Bak kata Dr. Iskandar, “Prove yourself worthly.”

Seperkara yang aku tertarik untuk respon ialah tentang isu jangkitan HIV melalui pemindahan darah. Respon ini bukanlah aku tujukan kepada beliau tetapi sebagai renungan kita bersama.

Purata kadar jangkitan akibat pemindahan darah adalah sekitar 2.5%. Ya, jumlahnya amat kecil tetapi akui sahaja risikonya tetap berlaku. Bayangkan setiap 200 orang yang menjalani pemindahan darah atau organ, berkemungkinan 5 orang mendapat jangkiti HIV melalui cara ini.

Puncanya memang bukan salah doctor. Bukan juga salah penderma kerana kerana berkemungkinan virus tersebut masih di tahap window period (bawah 50 copies). Semua langkah saringan telah diambil dan virus memang sukar dikesan di tahap  tersebut sedangkan rawatan memerlukan tindakan segera.

Jadi, jika anda pernah melakukan aktiviti berisiko, JANGAN SESEKALI menjadikan derma darah sebagai salah satu cara untuk mengetahui status kesihatan masing-masing.

Jika tidak bernasib baik, penerima akan menjadi sebahagian daripada statistic. Surat persetujuan dan akur tentang risiko jangkitan awal-awal lagi perlu ditandatangani sebelum sesuatu prosedur dijalankan.

Dalam kes aku, aku tidak menyalahkan sesiapa tetapi sehingga sekarang masih tertanya-tanya kenapa tidak ada doctor yang mahu menjawab kecuali berkata, “everything done is done!” tentang beberapa pertanyaanku ini:

1.   Kenapa keputusan awal ujian HIV aku sama ada screening test dan ELISA menunjukkan aku negatif? (dilakukan lebih kurang seminggu selepas pemindahan darah).
       2.   Kenapa Fail Rawatanku yang sepenting itu hilang tiba-tiba?
3.   Kenapa hampir 3 bulan kemudian aku disahkan HIV positif dan dikatakan mempunyai penyakit Hepatitis C sedangkan tidak pernah dimaklumkan bahawa sample darah yang diambil semasa aku di arahkan menjalani rawatan lanjut di Hospital Ampang  tersebut bertujuan untuk mengesan HIV?
4.   Kenapa cara penyampaian berita hanya melalui temujanji biasa sedangkan sepatutnya aku dimaklumkan serta merta untuk mengelakkan jangkitan kepada pasangan?
5.  Kenapa ujian darah di Private Medical Centre kemudiannya mengesahkan aku tiada masalah Hepatitis C? Mudah benar hospital buat diagnos dan analisis?
6.  Kenapa cara penyampaian beritanya disampaikan dengan cara yang sangat kasar dan seperti aku seorang penjenayah?

Cukuplah 6, ada lagi sebenarnya.

Siksanya hidup dalam teka teki hanya tuhan yang tahu. Ikutkan bisikan syaitan, bermacam-macam prasangka bermain di kepala aku. Kenapa biarkan aku yang terkapai-kapai lemas begini? Masing-masing mahu lepas dan cuci tangan?
Tak payahlah risau, aku bukan nak saman pun. Marah apa guna kerana HIV tetap ada dalam badanku walau menangis keluar tahi mata sekalipun. Hehehe...

Jadi, aku berpendapat, isu begini tidak sepatutnya timbul jika pihak yang berkenaan menjalankan tanggungjawab  dengan professional, terbuka dan amanah.

Aku tidak pernah menyalahkan doctor tetapi aku mempertikaikan cara mereka menanganinya dan syukurlah aku dipertemukan pula dengan beberapa orang doctor yang sangat bagus terutama Dr. Iskandar Firzada bin Osman. Merekalah yang banyak membantu aku menerima hakikat ini secara positif.

Jika aku tidak redha dengan qadha qadar dan bersikap negatif, mungkin aku bukan seperti aku yang pembaca kenali sekarang ini.

(Minta maaf Izzah. Pakcik tak maksudkan luahan ini untuk bersikap kontra terhadap pendapat dan isu yang Izzah kongsikan. Ianya bertujuan supaya semua pihak memandang kebajikan dan hak pesakit secara adil di luar sana. Pakcik menghargai nilai integrity)