Kali ini aku kongsikan pula ilmu yang sungguh bermanafaat daripada blog mentor aku ni. Rugi sangat sekiranya maklumat penting sebegini tidak kita kongsi-kongsikan. Kepada yang belum pernah baca, sila-silakan membacanya ya...
بسم الله الرحمن الرحيم
Ramadhan kembali bersama kita lagi. Sudah pasti setiap muslim ingin sekali memenuhi seharian mereka dengan amal ibadah sehinggalah Ramadhan pergi meninggalkan kita semua. Dan di bulan puasa ini, sering kita mendengar kalimat ‘Berbuka puasalah dengan makanan atau minuman yang manis'. Kononnya itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Benarkah demikian?
Dari Anas bin Malik ia berkata : “Adalah Rasulullah berbuka dengan Rutab (kurma segar) sebelum sholat, jika tidak terdapat Rutab, maka beliau berbuka dengan Tamar (kurma kering), maka jika tidak ada tamar kering beliau meneguk air. (Hadits riwayat Ahmad dan Abu Dawud)
Nah. Rasulullah berbuka dengan kurma. Kalau tidak mendapat kurma, beliau berbuka puasa dengan air. Samakah kurma dengan ‘yang manis-manis’? Tidak. Kurma, adalah karbohidrat kompleks (complex carbohydrate). Sebaliknya, gula yang terdapat dalam makanan atau minuman yang manis-manis yang biasa kita makan sebagai makanan berbuka puasa, adalah karbohidrat sederhana (simple carbohydrate).
Dari mana asalnya sebuah kebiasaan berbuka dengan yang manis? Tidak jelas. Malah berkembang jadi keyakinan umum di kalangan masyarakat, seakan-akan berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis adalah 'sunnah Nabi'. Sebenarnya tidak demikian. Bahkan sebenarnya berbuka puasa dengan makanan yang manis (karbohidrat sederhana) boleh menjejaskan kesihatan.
Buah tamar, dalam keadaan asli, sebenarnya tidak terlalu manis. Tamar segar merupakan buah yang bernutrisi sangat tinggi tapi berkalori rendah, sehingga tidak menggemukkan. Jadi, kalau mahu mengikuti sunnah Rasulullah, sebaiknya carilah tamar segar yang tanpa ditambahkan kandungan gulanya. Kini, saya merasakan buah tamar yang terdapat di pasaran adalah dalam keadaan asli.
Kenapa berbuka puasa dengan yang manis sehingga boleh menjejaskan kesehatan?
Ketika berpuasa, kadar gula darah kita menurun. Kurma, sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah, adalah karbohidrat kompleks, bukan gula (karbohidrat sederhana). Karbohidrat kompleks, untuk menjadi glikogen, perlu diproses sehingga memakan waktu. Sebaliknya, kalau makan yang manis-manis, kadar gula dalam darah akan melonjak naik. Sangat tidak sehat. Kalau karbohidrat kompleks seperti buah tamar asli, keadaan pergerakannya perlahan.
Mari kita bicara tentang ‘indeks glikemik’ (glycemic index/GI). Karbohidrat sederhana dengan GI (Glycemic Index) tinggi yang memiliki sifat merangsang penimbunan lemak kerana respon insulin yang tinggi. Contohnya makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Sementara, Karbohidrat sederhana dengan GI (Glycemic Index) rendah yang memiliki sifat menyediakan tenaga besar yang cepat habis, namun tidak merangsang penimbunan lemak kerana respon insulinnya rendah. Contohnya buah-buahan. Karbohidrat Kompleks pula adalah karbohidrat yang memiliki struktur untaian gula yang panjang dan juga merupakan sumber tenaga besar, namun memiliki sifat yang membuat tenaga yang dihasilkan menjadi lebih tahan lama dan tidak menghasilkan lemak. Dalam tubuh kita karbohidrat kompleks akan diproses secara perlahan, itulah sebabnya tenaga yang dihasilkan menjadi tahan lama.
Nah, kalau perut sudah kosong seharian, lalu langsung dibanjiri dengan gula (makanan yang sangat-sangat tinggi indeks glikemiknya), sehingga respon insulin dalam tubuh langsung melonjak. Dengan demikian, tubuh akan sangat cepat bertindakbalas untuk menimbunkan lemak.
Seorang sufi yang diberi Allah ilmu tentang urusan kesihatan jasad manusia. Kata Beliau, bila berbuka puasa, jangan makan apa-apa dulu. Minum air putih segelas, lalu sholat maghrib. Setelah shalat, makan nasi seperti biasa. Jangan pernah makan yang manis-manis, kerana ia boleh merosakkan badan dan mengundang penyakit. Kenapa nasi? Sebabnya, nasi adalah karbohidrat kompleks. Perlu waktu untuk diproses dalam tubuh, sehingga tindakbalas insulin dalam tubuh juga tidak melonjak. Kerana tindakbalas insulin tidak tinggi, maka kecenderungan tubuh untuk menabung lemak juga rendah.
Inilah sebabnya, ramai sekali orang di bulan puasa lemaknya bertambah di bahagian-bahagian penimbunan lemak: perut, pinggang, pinggul, paha, belakang lengan, pipi, dan sebagainya. Ini kerana tubuh dibanjiri dengan insulin, melalui makan yang manis-manis, sehingga tubuh menimbunkan lemak, padahal otot sedang mengecil kerana puasa.
Rasulullah mengajarkan kita untuk makan dengan tidak berlebihan. Jangan sampai makanan menjadi cubaan yang menghalangi ibadah kita di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Ramai orang di bulan puasa ini menjadi lemas, mengantuk, atau bertambah gemuk kerana pengambilan makanan yang mengandungi gula yang berlebihan. Kerana salah memahami hadits di atas, maka natijahnya ‘rajin puasa = rajin berbuka dengan gula.’
Jika ingin sihat, ikuti saja kata Rasulullah: "Makanlah ketika lapar dan berhentilah makan sebelum merasa kekenyangan.“ DAN Sabdanya lagi, "Tidak ada satu wadah pun yang diisi oleh Bani Adam, lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah baginya beberapa suap untuk memperkukuhkan tulang belakangnya agar dapat tegak. Apabila tidak dapat dihindari, cukuplah sepertiga untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Semoga ada manfaatnya...
Dikutip dari kebanyakkan sumber