Sunday, February 01, 2015

ENTRY WAJIB: APA ITU HIV & AIDS?



Perkongsian yang dipetik daripada laman web rasmi Pertubuhan Positive Warriors Malaysia dengan sedikit editing.
Sila share.




1. 
Apa itu HIV? 


Singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus, HIV menyerang sistem pertahanan badan manusia dan mendedahkan seseorang kepada AIDS.

Nota:

1.
2.
3.
4.
HIV hanya menyerang manusia
Tidak ada orang yang mati kerana dijangkiti HIV
Boleh diuji dengan Ujian Antibodi HIV
Virus yang boleh menyebabkan AIDS


2.
Apa itu AIDS?


Singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome, AIDS merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV.

Acquired 
:
Tidak diwarisi
Immune
:
Sistem pertahanan badan manusia
Deficiency
:
Menjadi lemah
Syndrome
:
Kumpulan penyakit

3.
Apa beza HIV dan AIDS?


HIV merupakan virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan AIDS merupakan kumpulan penyakit hasil daripada jangkitan HIV.

Dengan rawatan, people living with HIV (PLHIV) tidak semestinya mengidap AIDS. AIDS cuma sebagai satu indicator terhadap situasi kesihatan individu yang lemah imuniti tubuh dan terdedah kepada jangkitan.





4.
Cara Jangkitan HIV


Terdapat tiga cara utama iaitu:

(a) Seks tanpa menggunakan kondom dengan orang yang dijangkiti.

Nota:
Dalam kes ini, seks rambang bukanlah istilah yang tepat, kerana kita tidak mungkin mengetahui status seseorang sehingga ianya diuji. Jika seseorang itu mengadakan hubungan seks rambang dengan pasangan yang tidak ada HIV, walau seramai mana sekalipun, dia tidak akan dijangkiti.

(b) Perkongsian alat suntikan yang melibatkan darah yang tercemar dengan HIV.

Nota:
Penggunaan dadah secara oral tidak ada kena mengena dengan jangkitan HIV. Untuk HIV berjangkit hanya penggunaan dadah secara suntikan yang boleh memindahkan virus dari seorang ke seorang yang lain. Walau bagaimanapun, kehilangan kewarasan akibat apa juga jenis dadah dan minuman beralkohol boleh meningkatkan risiko jangkitan kerana kurangnya pertimbangan.

(c) Daripada ibu positif HIV (tanpa rawatan) yang mengandung kepada anak yang dikandung sewaktu kandungan, sewaktu melahirkan dan sewaktu menyusukan. Dengan rawatan yang berkesan, statistik menunjukkan tiada berlaku risiko jangkitan.

Nota:
Ibu yang positif tanpa rawatan mempunyai 12% - 35% kemungkinan untuk menjangkitkan virus kepada anak yang dikandung. Setelah menjalani rawatan ARV, risiko jangkitan dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, berdasarkan situasi kesihatan si ibu, ada kemudian harus menjalani pembedahan C-Section semasa proses melahirkan bayi.

(d) Pemindahan darah dan pemindahan organ yang tercemar dengan HIV.





5.
Kita tidak boleh dijangkiti HIV melalui:


(a)   Gigitan nyamuk (atau pun kera atau binatang-binatang lain)
(b)   Berkongsi kemudahan awam seperti kolam renang, telefon awam atau pun tandas awam
(c)    Tidur, makan, minum dan melakukan aktiviti-aktiviti seharian mahu pun sukan dengan mereka yang positif.



6.
Cecair badan yang mempunyai konsentrasi HIV yang tinggi ialah:


(a) Darah
(b) Air Mani
(c) Air Mazi
(d) Cecair Faraj
(e) Susu Ibu

Konsentrasi yang tinggi ini boleh menyebabkan risiko jangkitan. Tetapi,
dengan rawatan yang berkesan, ianya dapat diturunkan sehingga ‘HIV not detected’. Ketika ini, risiko jangkitan kepada pasangan dapat dielakkan. Bahkan, PLHIV mampu mendapat zuriat bebas HIV.

7.
Bolehkah seseorang yang mempunyai HIV dibezakan daripada bentuk fizikal?


Tidak.
Hanya dengan menjalani Ujian Saringan HIV status seseorang itu boleh diketahui.

8.
Bolehkah HIV hidup di luar tubuh manusia?


HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah apabila terkena oksigen atau matahari.

9.
Bolehkah HIV dijangkiti melalui ciuman mulut (French kiss)?


Tidak. Sehingga kini tiada kes jangkitan dilaporkan.

10.
Bolehkah saya mengetahui status HIV saya dengan cara menderma darah?


Boleh. Tetapi, anda sebenarnya telah melanggar undang-undang negara kerana setiap pengamal aktiviti berisiko dilarang menderma darah.

Jangan menderma darah sekiranya anda atau pasangan disyaki ada HIV atau telah melakukan hubungan seks tanpa kondom. Setiap darah yang didermakan akan diuji dengan kemungkinan jangkitan HIV, Hepatitis, dan Sifilis.

11.
Perlukah saya dan pasangan saya menjalani ujian sebelum berkahwin?


Ujian HIV pra perkahwinan adalah dimestikan kepada setiap pasangan Muslim.

Mengetahui status pasangan sebelum berkahwin adalah lebih baik daripada mengetahuinya selepas berkahwin. Walau bagaimanapun, ini tidak menjamin yang anda atau pasangan bebas daripada HIV selepas berkahwin. Adalah disarankan untuk anda dan pasangan sentiasa berbincang hal ini untuk menentukan masa depan anda.






Sumber:


Wallahu a'lam.


Disediakan oleh: Hashimawati Hashim
Kredit: Shux


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL & MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:
http://www.positivewarriors.org/

Facebook Fanpage PPWM:
https://www.facebook.com/ppwmfanpage

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com