Monday, February 23, 2015

HIV: TAKUTKAN RAWATAN HAART?





Trooottt... trooottt!!!


-
Hello, awak ni siapa? Saya nak tanya tentang HIV.
(sambil menangis teresak-esak)

-
Assalamualaikum. Siapa yang bercakap? Nak bercakap dengan siapa? Kalau nak bercakap dengan saya, tolong perkenalkan diri dan tempat tinggal.

-
Waalaikumussalam. Saya Tom Harlem dari Pahang. Saya dapat nombor awak dari blog. Awak doktor?

-
Saya bukan doktor. Saya PLHIV, penulis blog tu.

-
PLHIV tu apa?

-
People Living With HIV (PLHIV).

-
Awak ni ada HIV lah?

-
Ya.
(Aku masih cuba bersabar)

-
Saya takut nak mulakan rawatan HAART. Saya risaukan kesan sampingannya.

-
Contoh?

-
Saya Google dan banyak baca bahawa rawatan tersebut mengakibatkan kesan sampingan yang teruk. Steven Johnson, kulit kehitaman, kurus kering, muntah, kulit pecah-pecah, dan macam-macam lagi.

-
Google mesti berdasarkan sumber yang valid dan terkini. Jangan bergantung kepada sumber atau pendapat lebih daripada 5 tahun yang lalu kerana rawatan bersifat sangat dinamik.

Kesan sampingan awal tidak semestinya berlaku dan ianya subjektif. Biasanya, kesan sampingan awal berlaku ketika tubuh baru cuba menyesuaikan diri dengan ubat yang baru diambil.

Ada yang mempunyai sedikit kesan sampingan peringkat awal dan ada yang langsung tidak mempunyai sebarang masalah.

Umpama orang baru mula cuba makan durian. Pada peringkat permulaan, mereka mungkin mengalami pening kepala. Tetapi, setelah tempoh tertentu, ianya tidak berlaku lagi. Sama sahaja dengan mana-mana pesakit kronik yang baru memulakan rawatan.

Atau mungkin disebabkan alahan dengan kandungan tertentu dalam ubat tersebut seperti kandungan sulfur dan sebagainya. Bergantung kepada tubuh masing-masing.

Ubat HAART telah dikaji dan diuji serta diberikan mengikut dos yang mampu ditanggung oleh tubuh manusia.

Doktor akan sentiasa pantau dari semasa ke semasa. Tidak perlu takut dan jangan bergantung kepada maklumat yang tidak tepat.

Peluang hidup sihat dan rawatan awal lebih baik berbanding lewat. Jika berlaku sedikit cabaran pada peringkat awal, jangan dijadikan halangan. Mudah cakap, betulkan mind setting. Jangan fikir terlalu jauh.

Saya sendiri lalui rawatan HAART. Biasa-biasa sahaja. Anggap seperti makan jamu awet muda, sudahlah. Manfaatnya jauh melebihi sedikit cabaran peringkat awal.

Yang penting ialah fikiran dan sikap kita. Ada masalah, ada penyelesaiannya. Allah tidak pernah menyusahkan kita. Terpulang kepada kita untuk berfikir.

-
Ada tips tak untuk menghadapinya? Saya takutlah. Saya tidak yakin. Macam mana dengan karier saya, anak isteri saya, dan jika keluarga saya tahu?

-
Cuba bertenang. One by one. Ikut steps. Bukan semua masalah dapat diselesaikan dalam satu hari. Tips lain saya akan kongsi selepas memulakan rawatan. Maaf bertanya, sudah berapa lama diagnosed?

-
Saya belum jalani rapid test... sebab saya takut walaupun saya sentiasa melakukan aktiviti berisiko!


(Adeihhh!!! Panjang lebar aku terangkan. Rupa-rupanya rapid test pun belum buat. Kenapalah setiap hari ada saja aku jumpa kes sebegini? Sob... sob... sob!!!)




Test dulu, dapatkan result, dan barulah fikir langkah seterusnya. Tolonglah faham dan sayangi diri dan keluarga sendiri. Hentikanlah aktiviti berisiko. Sampai bila mahu begitu dan bertuhankan nafsu? Hidup kita bukan menongkat langit. 

Ketahui status kesihatan dan dapatkan rawatan awal adalah lebih baik untuk diri sendiri, untuk mengelakkan jangkitan kepada pasangan dan zuriat. Cukup-cukuplah menzalami diri dan keluarga sendiri.





Getting to Zero.
Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:


Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com