Sunday, February 08, 2015

PIHAK INSURANS MENAFIKAN HAK ASASI PLHIV





Umum masih membayangkan people living with HIV (PLHIV) adalah individu yang membahayakan orang lain, sakit dan berkudis, tiada masa depan, tidak mampu berkahwin, pasti akan menjangkitkan virus kepada pasangan dan bakal zuriat, bersikap negatif, hayat tidak panjang, gelandangan, dan seumpamanya. Mudah cakap, kebanyakannya hanya membayangkan perkara-perkara negatif sahaja.

Sikap negatif individu bergantung kepada diri sendiri. Bukan kerana mereka PLHIV atau tidak. Sama seperti dalam isu lain.

Hakikatnya ramai PLHIV yang budiman, membantu masyarakat, berjawatan tinggi, berdarjat, dan kaya-raya. Setakat memiliki 7 – 8 buah rumah di Kuala Lumpur dan melabur dalam pelbagai bidang pelaburan adalah biasa.

Sebelum ini, PLHIV tiada masalah untuk membeli atau memiliki rumah sendiri. Terkini nampaknya telah timbul 1 isu baru bahawa jika pinjaman perumahan (kakitangan swasta) melalui bank tertentu, dengan nilai pinjaman perumahan melebihi RM150K, pihak insurans mula melaksanakan peraturan sendiri.




Mereka mewajibkan peminjam menjalani medical check-up terutama ujian HIV yang langsung tidak relevan dengan kelayakan kemampuan PLHIV tersebut membayar pinjaman kepada pihak bank.

Atas dasar apa peraturan tersebut diambil?

1. Adakah ianya memang menjadi dasar Bank Negara atau pihak bank dan pemberi pinjaman membuat peraturan sendiri semata-mata kerana mahukan pelaburan mereka terjamin dan demi commission?

2. Adakah kerana kononnya jangka hayat PLHIV pendek dan tidak mampu membayar semula pinjaman atas sebab-sebab kesihatan?

Dunia perubatan bersifat sangat dinamik. HIV bukanlah sejenis jangkitan yang tidak boleh dirawat. PLHIV mampu sahaja meneruskan kehidupan seperti biasa. Ramai sahaja yang hidup dengan HIV melebihi 30 tahun sekarang. Yang penting mereka menjalani rawatan dan rawatan tersebut adalah percuma. Jadi sepatutnya isu remeh begini tidak timbul.

Setiap PLHIV yang membeli rumah dengan nilai yang melebihi RM150K adalah individu yang berkemampuan dan berkerjaya. 

Rumah apa yang selesa di bawah RM150K, terutama di bandar-bandar besar sekarang?

Adakah jika hari ini individu tersebut tiada HIV sewaktu ujian darah dijalankan, maka pasti 3 bulan kemudian mereka tiada HIV?

Jika kita mahu menafikan hak PLHIV kerana mereka pesakit kronik (kronik perlu dibaca sebagai individu yang perlu menjalani rawatan seumur hidup atas sebab-sebab kesihatan), – nafikanlah juga hak setiap pesakit kronik lain jika kita rasa diri kita dan ahli keluarga kita pasti bebas daripada apa juga penyakit kronik seumur hidup. 

Banyak lagi penyakit-penyakit kronik yang lebih merbahaya berbanding HIV. Diabetes yang sangat biasa di kalangan penduduk Malaysia tanpa rawatan adalah lebih bahaya.




Pihak insurans sepatutnya berlaku adil kepada pembeli insurans. Isu ketidakadilan terhadap PLHIV sudah terlalu lama berlaku. Dengan pelbagai penerangan, rundingan, diskusi, dan sebagainya yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak dan badan prihatin, hasil yang ditunjukkan mundur ke belakang.

Semua perniagaan berasaskan keuntungan, tetapi tolonglah berlaku adil terhadap pelanggan anda, termasuk ketika tuntutan. Pihak insurans kebanyakannya hanya manis mulut ketika mahu mendapatkan pelanggan, tetapi sangat perit apabila pelanggan membuat tuntutan.

Jelas bahawa pembunuh sebenar PLHIV adalah stigma, diskriminasi, dan judgemental. Sikap tersebutlah yang menyebabkan PLHIV sukar meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nasihat kepada PLHIV:
Lebih baik check terlebih dulu dengan pihak bank tentang syarat tersebut sebelum menandatangani sales purchase agreement bagi mengelakkan masalah untuk meneruskan hasrat membeli rumah sendiri.  


Getting to Zero.


Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com