Sunday, February 01, 2015

SUMBANGAN PUSAT AKTIVITI KOMUNITI



Assalamualaikum.




Sebenarnya telah hampir setahun, aku sekeluarga cuba membina sebuah pusat aktiviti komuniti khususnya untuk Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) di sebelah rumah kami. Semuanya adalah atas perbelanjaan dan pinjaman peribadi. Semata-mata untuk membantu komuniti dan melihat sebuah pusat aktiviti PPWM menjadi realiti.

Bukan kami tidak mahu berusaha untuk mendapatkan dana dan tanah wakaf daripada mana-mana pihak untuk membina pusat aktiviti komuniti atas nama NGO, tetapi menunaikan amanah dan menguruskannya sepenuh masa bukanlah mudah buat masa sekarang. Di masa depan, InsyaAllah bakal diperjuangkan oleh pemimpin pelapis.

PPWM bukanlah sebuah NGO sepenuh masa seperti kebanyakan NGO lain. PPWM sekadar non-profit NGO. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai latar profesional dan karier sama ada infected, affected, volunteers, dan supporters. Khimat kami lebih kepada pendidikan untuk menentang stigma, diskriminasi,  judgemental dan  membantu zero jangkitan baru serta kaunseling secara online secara berterusan.

Dalam masa yang sama, kami tidak boleh menunggu terlalu lama kerana harapan dan permintaan untuk melakukan pelbagai aktiviti sokongan sangat mendesak. Harapan komuniti terlalu tinggi. Suka atau tidak, kami perlu berdikari seberapa segera. Malu apabila seperti sentiasa meminta-minta dan berharap sepenuhnya kepada pihak lain.

Lantas, aku sekeluarga mengambil inisiatif membina sendiri pusat aktiviti komuniti ini. Ujiannya tidak perlulah cerita tetapi setiap kesulitan, pasti ada kesenangan.

Ianya juga sebagai persediaan awal jika aku terpaksa bersara awal atas sebab-sebab tertentu kerana apabila aku bersikap terbuka dengan status kesihatanku sebagai people living with HIV (PLHIV) dengan masyarakat, risiko terhadap kerjayaku sangat tinggi. 

Tekanan secara halus sentiasa ada. Terasa bila-bila masa sahaja boleh menjadi mangsa stigma, diskriminasi dan judgemental. Karier boleh melayang atau aku terpaksa meletakkan jawatan.

Umpama serampang dua mata, jika tiada aktiviti khas PPWM, bahagian bawahnya aku boleh sewakannya sebagai budget homestay untuk menampung sedikit bayaran hutang bank. 

Itupun jika ada permintaan. Maklumlah tinggal di kawasan kampung, dan bandar Temerloh pun kecil; ikut logik akal memang susah hendak cari penyewa kecuali atas inayah Allah. Tetapi, itu tidak menjadi persoalan. Susah sendiri, usaha sendiri. Yang penting untuk komuniti. Rezeki, Allah yang tentukan.




Walaupun belum siap sepenuhnya, tetapi kelas bimbingan asas fardhu ain dan asas bacaan al Qur’an sebenarnya telah dijalankan secara kecil-kecilan dan berterusan sejak setahun yang lalu. Kami menggunakan rumah sendiri untuk menjalankan aktiviti tersebut termasuk solat berjamaah dan solat tarawih pada bulan Ramadhan. 

Dalam beberapa situasi, ada golongan yang memerlukan ‘special treatment’ sebelum mampu berdikari. Alhamdulillah, sekarang mereka sudah mampu berdikari. Sudah boleh membaca al-Qu’ran dengan lancar dan mendirikan solat dengan sempurna.




Nota:

Komuniti bukan sahaja bermaksud infected, affected, volunteers, dan supporters sahaja, tetapi termasuk pesakit-pesakit kronik yang memerlukan sokongan psikologi, individu yang memerlukan perlindungan sementara atas sebab-sebab tertentu, individu atau warga emas yang mahu belajar asas al-Qu’ran, amali fardhu ain, dan urusan kaunseling umum termasuk rumahtangga.


Selain itu, individu yang kurang kemampuan tetapi memerlukan penginapan sementara kerana sedang menjaga ahli keluarga yang terlantar dan dirawat di Hospital Temerloh juga boleh dipertimbangkan. Semua yang tergolong dalam komuniti ini akan dibantu secara PERCUMA.

Belajar daripada beberapa halangan untuk menjalankan aktiviti sokongan dan keperluan melaksanakan aktiviti atas rintihan komuniti tersebutlah kami bina pusat aktiviti ini. Sekurang-kurangnya untuk aktiviti tetap. Aktiviti di tempat-tempat lain, bergantung kepada dana dan sumbangan penaja. At least, program di sini tetap dapat dijalankan secara berterusan.


Objektif:


1.
Membina sebuah pusat aktiviti komuniti berskala kecil yang selesa, praktikal, dan mampu menyediakan penginapan dan keperluan program berkapasiti 30 – 40 orang peserta.

2.
Menyediakan dewan mini merangkap “surau” dengan keperluan asas berhawa dingin untuk keperluan berkaitan. Ruang solat atau “surau” adalah sangat perlu untuk solat fardhu berjamaah semasa program. Kelas bimbingan asas fardhu ain, dan asas bacaan al-Qur’an juga akan diteruskan dan dijalankan di sini. (Setiap hari)

3.
Menyediakan pusat aktiviti yang kondusif, mudah access, selamat, kebolehpercayan, terpelihara hak dan kerahsiaan sepanjang masa. (Berterusan selagi ada hayat aku, Kak Da dan Ummie (isteri-isteriku). Selepas menjadi hak anak-anak, wallahu a’lam walaupun harapanku semoga ianya berterusan menjadi amal jariah)

4.
Melahirkan seramai mungkin komuniti yang empowered. Sekurang-kurangnya untuk diri mereka sendiri dan dapat membantu sesama komuniti. (Berterusan)


Kelebihan:

Jimat kos dan aktiviti masih mampu diteruskan sekali pun tiada dana atau tajaan daripada mana-mana pihak. Hanya kos asas diperlukan seperti kos makan minum dan bayaran saguhati kepada penceramah jemputan. Ianya boleh ditampung melalui kutipan derma sesama sendiri sahaja. (Aktiviti boleh dijalankan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan atau bergantung atas permintaan komuniti)


Prasarana:

1.      Pejabat, bilik kaunseling, dan ruang menunggu berhawa dingin.

2.      Bilik VIP yang lengkap berperabut asas dan berhawa dingin untuk tetamu khas seperti perasmi, doktor, kaunselor, penceramah, dan sebagainya yang memerlukan penginapan.
(Turut boleh menampung sehingga 4 orang peserta jika tidak digunakan oleh VIP)

3.      4 bilik yang lengkap berperabut asas dan berhawa dingin yang boleh menampung sehingga 3 orang perserta setiap bilik. 3 4 = 12 orang peserta

4.      3 bilik boleh ubah suai yang lengkap berperabut asas dan berhawa dingin yang boleh menampung sehingga 3 3 = 9 orang peserta.

5.      1 buah homestay dan 3 bilik sedia ada yang berdekatan. Lengkap berperabut asas dan berhawa dingin yang mampu menampung 6 – 8 orang peserta.

6.      1 ruang garaj yang boleh diubai suai menjadi dewan aktiviti atau dewan makan.

7.      Dewan dan ruang solat yang turut boleh dijadikan dorm untuk para peserta, khususnya peserta lelaki. Kapasiti dewan antara 20 – 30 orang peserta dengan selesa.


Atas: Dewan mini dan ruang solat. 
Bawah: Penginapan.


Koridor di tingkat atas


Ruang berturap yang diperlukan untuk aktiviti riadah dan aktiviti berkumpulan


Dewan mini dan ruang solat (masih dalam pembinaan)


Aku le tu yang perasan hensem


Garaj serbaguna dan bilik VIP


Bakal bilik VIP


Garaj serbaguna yang masih belum dikemaskan


Tangga


Pejabat dan bilik kaunseling

Salah satu bilik penginapan peserta


Kos yang telah dikeluarkan melebihi RM 200,000.00 (Dua Ratus Ribu Ringgit Malaysia).

Setakat ini, pembinaan telah melebihi 90%Sekarang kerja-kerja memasang tiles sedang dijalankan. Itu pun usaha-usaha akhir ini atas bantuan dan keprihatinan beberapa individu apabila mereka lihat sendiri usaha-usaha yang telah dijalankan.  

Kerja-kerja finishing sangat mencabar. Sedangkan tahap kemampuan kewangan aku sekeluarga telah sampai ke kemuncaknya. Jadi,  walaupun sangat berat di hati tetapi demi perjuangan, aku terpaksa memberi peluang berkongsi sumbangan ini kepada sesiapa sahaja insan yang berhati mulia di luar sana.

Setiap sumbangan boleh disalurkan ke akaun:


Bank Islam
0602-8020-3688-95
Mohamad bin Wahid


Bank Simpanan Nasional
1312-7298-5457-4009
Mohamad bin Wahid



Maybank
1560-5735-6601

Mariani binti Sulaiman



Jumlah sumbangan: 

Terpulang atas keikhlasan masing-masing. 10 sen pun untuk kebajikan tetap ada nilai di sisi Allah.


Penjelasan:

Setelah berfikir panjang, aku tidak selesa menggunakan akaun PPWM atas urusan ini kerana tidak mahu dituduh menyalahgunakan akaun persatuan suatu hari nanti. Lagipun pusat aktiviti ini bukan dibina atas tanah wakaf. Aku takut menjawab soalan Allah tentang amanah di akhirat kelak. 



Amanah, antara perkara yang paling berat untuk dijaga

Seperti yang telah dijelaskan tadi, jumlah sumbangan terpulang atas keikhlasan dan kepercayaan masing-masing. JIKA RAGU-RAGU, TIDAK PERLU. Tidak ada sumbangan, aku tangguhkan sahaja kerja-kerja pembinaan sehingga Allah izinkan. Tolong doa-doakan semoga dipermudahkan dan dan diberkatipun adalah rahmat.


Antara keperluan mengikut priority ialah:

1.
Kos wiring

2.
Sebahagian lampu dan kipas

3.
Buku Iqra’ Jilid 1-6, al-Qur’an, surah Yaasiin, dan sejadah untuk 30 orang peserta

4.
Kerusi dan meja mudah alih dan mudah simpan untuk 30 – 40 orang peserta

5.
Katil, tilam (termasuk tilam mudah alih atau toto dan selimut semasa aktiviti) untuk anggaran 20 orang peserta

6.
PA system, LCD projector, dan komputer

7.
Menurap kawasan perlu sekitar bangunan untuk aktiviti riadah dan aktiviti berkumpulan (jalan asal telah rosak akibat urusan pembinaan)

8.
Kos untuk majlis perasmian yang akan cuba dilakukan seberapa segera sebaik sahaja ianya siap



Lain-lain keperluan, aku cuba ikhtiarkan sendiri secara beransur-ansur.

Setiap sumbangan sangat bermakna untuk keperluan komuniti dan hanya Allah dapat membalasnya. Tetapi sebagai pemilik premis, setiap penyumbang dan keluarga (tanpa mengira jumlah sumbangan) berhak mendapat penginapan pada bila-bila masa jika ada urusan di Temerloh. Yang penting sediakan bukti sumbangan melalui transaksi akaun.

Para penderma juga secara automatik dijemput hadir semasa perasmiaan untuk melihat sendiri hasil sumbangan mereka dan berhak meminta melihat audit perbelanjaan sumbangan.

Akhir kata, jazakumullah khier kepada individu yang bakal menyumbang dan setiap sumbangan insyaAllah akan dimanafaatkan sepenuhnya hanya untuk kepentingan komuniti sahaja. 

Setakat untuk makan dan minum sendiri, insyaAllah aku sekeluarga mampu menjalani setiap ujian Allah. Mustahil Allah zalim dan bukanlah satu dosa dan melanggar undang-undang civil atau syariah hanya kerana aku PLHIV. HIV menjadikan aku lebih baik dari sebelumnya.

Tolong sebar-sebarkan.



Ruang dalam pejabat untuk tetamu dan kaunseling


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com