Saya adalah orang baru sebagai affected people, iaitu sejak saya
berkahwin dengan people living with HIV (PLHIV)
lebih setahun yang lalu. Kini, saya masih berada dalam satu ruang transisi.
Sebelum berkahwin, saya hanya melihat
segalanya dari luaran iaitu bagaimana PLHIV
dan pelbagai pihak yang empati menentang stigma, diskriminasi, dan judgemental serta cuba mendidik
masyarakat dalam menangani isu HIV dengan tepat, tetapi kini keadaan telah berbeza.
Kini, saya lebih memahami selepas
melihat dan hidup dengan PLHIV yang
mengambil antiretroviral (ARV), yang
pergi ke klinik infectious diseases (ID),
dan menjalani kehidupan harian. Barulah saya faham bahawa stigma dan salah
faham terhadap PLHIV lebih pedih dan
susah 'dirawat' berbanding HIV.
Tambahan lagi kami tinggal di tempat
asal saya. Apabila berada di bandar kecil tempat kita dilahirkan dan
dibesarkan, potensi untuk saling mengenali sangat tinggi. Risiko tersebarnya
kerahsiaan status kesihatan suami saya dan prejudis terhadap kami semasa suami
hadir menjalani rawatan adalah sangat tinggi.
Didikan
Allah
Empat tahun lepas, saya sangat asing
dengan dunia HIV. Malah pada waktu itu, saya pernah menolak untuk berkahwin
dengan seorang PLHIV walaupun sudah
lama mengenalinya.
Setelah mengenali Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia (PPWM), hidup dan pandangan saya tentang PLHIV dan HIV telah jauh berubah. Namun, saya belum ada kekuatan
untuk berdiri di depan keluarga dan masyarakat untuk menyatakan, saya adalah
seorang isteri kepada seorang PLHIV.
Jujur saya katakan, kadangkala dalam
fikiran saya ada persoalan, bagaimana jikalau orang lain tahu?
Suatu ketika, saya agak pening dengan
seorang rakan yang terang-terangan mengamalkan ajaran Syiah. Puas dinasihat,
malah pernah rumahnya digeledah Jabatan Agama Negeri, dia tetap tegar, tetap
juga menyampaikan ajaran yang diyakininya.
Lalu, suami saya berkata,
"Tengok, ada orang sangat yakin dengan kesesatan dia, sehingga tidak
mempedulikan apa yang orang lain katakan. Sayangnya kita belum ada kekuatan
untuk menegakkan kebenaran."
Ayat-ayat suami saya tu umpama
kata-kata ajaib pada saya.
Kebenarannya, saya sangat bahagia
hidup dengan suami saya seorang PLHIV.
Kebenarannya, hidup kami sama sahaja
dengan orang biasa, seperti suami isteri biasa. Hanya perlukan stok kondom
sebagai langkah berhati-hati (tidak semestinya HIV akan berjangkit apabila viral load mereka not detected walaupun tanpa kondom) ada di dalam bilik dan beg.
Sentiasa peka dengan timing ubat ARV /
HAART. Bahkan untuk mendapatkan zuriat bebas HIV bukanlah suatu masalah. PLHIV tidak membahayakan sesiapa.
Lain? Tiada apa!
Kebenarannya, HIV is nothing, our happiness is everything. Hidup ini sekadar
pinjaman. Dia (suami saya) juga hanya sebagai pinjaman daripada yang Maha Esa
kepada saya.
Hidup ini sangat singkat untuk saya memikirkan
pandangan orang lain. Tugas saya juga adalah untuk memberi kefahaman kepada
orang lain. Lalu, itulah medan saya yang sebenarnya sekarang.
Rupa-rupanya, being affected people juga tidak mudah, apatah
lagi sebagai infected people. Semuanya
kerana stigma ini.
So, I
will not fear them, but I will fight them.
Kesimpulannya, selagi hidup, selagi
itu berjuang dan hujung hayat sahaja konklusi dan penamatnya.
Wallahu a'lam.
Nukilan: MGDA
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan
Positive Warriors Malaysia
"Pertubuhan Positive Warriors
Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI,
JUDGEMENTAL & MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."
Info Berkaitan:
Laman Web Rasmi PPWM:
Facebook
Fanpage PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan
Positive Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi
pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda
juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM).
Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus:
shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman:
carphatz_04@yahoo.com