Majoriti masyarakat awam tahu bahawa cara jangkitan
hanya melalui 4 cara sahaja:
1.
Berkongsi alat suntikan yang tercemar virus.
2.
Melalui seks tidak selamat.
3.
Bapa kepada ibu dan kepada anak jika tanpa rawatan.
4.
Pemindahan darah atau organ yang tercemar virus.
Mengikut fakta dan statistiknya, itu sahaja
tentang cara jangkitan HIV. Jika berteori, sesiapa sahaja boleh berteori.
Ramai yang menghubungiku bukan hanya kerana
mereka telah dijangkiti, tetapi disebabkan bermacam-macam kerisauan berkaitan
HIV, walaupun kebanyakannya tidak masuk akal.
Puas diterangkan bahawa tidak mungkin mereka
dijangkiti kerana perbuatan-perbuatan yang mereka anggap 'berisiko' tersebut, tetapi
mereka enggan terima.
Sehinggakan ada beberapa orang sejak bujang sehingga beranak-pinak pun masih beranggapan mereka dijangkiti HIV.
Tekanan begini secara tidak langsung turut memberi kesan psikologi kepada pasangan dan anak-anak. Kebanyakan mereka hebat dalam hujah-hujah "googling".
Mereka yakin mereka adalah people living with HIV (PLHIV) dan
mendakwa mereka memang mengalami pelbagai simptom walaupun berkali-kali ujian
darah HIV telah membuktikan tidak.
Jika begitu, apakah kemungkinan yang lain?
Aku bukanlah doktor dan pakar psikologi,
tetapi berdasarkan pengalaman dan pembacaan, ianya berkemungkinan besar
berkaitan dengan Anxiety Disorder.
Jadi, sharing
ini elok untuk direnungi oleh pihak yang mengalaminya.
Anxiety
Setiap individu pasti pernah mengalami rasa
cemas, gelisah, dan panik. Rasa cemas adalah sebahagian daripada emosi normal
manusia.
Ketika kecil, kita sangat cemas pada hari pertama ke
sekolah rendah, cemas kerana bakal menduduki peperiksaan penting dan
sebagainya.
Apabila dewasa, kita cemas ketika menanti
hari pernikahan, cemas ketika perlu membuat sebuah keputusan penting, dan
lain-lain.
Stress begini (eustress) sebenarnya bagus untuk kita bersedia sebelum menjalani
sesuatu perkara besar atau penting.
Ianya hanya memudaratkan apabila keterlaluan (distress).
Jika rasa cemas tersebut menjadi sangat
ketara dan di luar kawalan, ini bukan lagi rasa cemas yang normal.
Dalam istilah psikologinya, gangguan ini
sering disebut sebagai Anxiety Disorders.
Apakah yang dimaksudkan dengan anxiety disorders?
Anxiety
disorders
adalah sejenis gangguan psikiatri yang serius. Ianya boleh dirawat.
Nota: Jangan gunakan istilah pesakit mental atau gila.
Individu yang mengalami gangguan ini biasanya
memiliki rasa cemas yang berlebihan, dan seringkali rasa cemas ini merosakkan
dirinya.
Beberapa jenis anxiety disorders:
Panic Disorders
Individu yang mengalami gangguan kepanikan
ini biasanya diserang rasa panik secara tiba-tiba dan terjadi berulang kali.
Mereka mungkin berpeluh, sakit dada,
palpitasi (detak jantung tidak teratur), dan sukar bernafas seperti diserang
penyakit jantung.
Obsessive-Compulsive Disorders (OCD)
Individu yang mengalami OCD ini biasanya memiliki gangguan fikiran yang konstan dengan ketakutan-ketakutan
tertentu secara berlebihan sehingga mendorongnya untuk melakukan ritual tertentu.
Contohnya, individu yang takut kepada kuman
secara berlebihan sering kali berfikiran bahawa ada banyak kuman atau virus di
sekelilingnya yang akan menjangkiti, sehingga setiap kali ia menyentuh sesuatu, ia harus segera
mencuci tangan atau menggunakan pembersih tangan.
Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD)
Individu dengan gangguan PTSD ini biasanya pernah mengalami trauma atau peristiwa yang
sangat mengerikan seperti pencabulan seksual atau penderaan mental dan fizikal, kematian
tidak terduga orang yang dicintai, atau bencana alam.
Social Anxiety Disorders
Sering disebut juga sebagai fobia sosial, iaitu
kecemasan berlebihan seseorang terhadap lingkungan sosialnya.
Individu dengan gangguan ini biasanya takut
dengan penilaian orang lain, takut diejek, takut tidak diterima oleh
teman-temannya, dan sebagainya.
(AHP Pie – Adakah sebahagian PLHIV turut mengalami social
anxiety disorders? Jika betul, kenapa? He he he... jangan marah! Gurau sahaja).
Specific Phobias
Biasanya, individu yang mengalami gangguan
ini memiliki ketakutan-ketakutan terhadap hal-hal tertentu. Contohnya takut
ketinggian, takut jarum, takut darah, takut ular, takut menaiki kapal terbang, dan
sebagainya.
Generalized Anxiety Disorder
Rasa runsing yang berlebihan, tidak realistik
walaupun tiada kaitan dengan ketakutan tersebut. Orang-orang demikian sering
kali mengalami halusinasi.
Gejala umum anxiety disorders:
Kepanikan/kecemasan yang berlebihan:
Kerisauan yang tidak terkawal, cenderung
obsesif terhadap sesuatu, sering mengalami atau dihantui pengalaman trauma,
mimpi-mimpi buruk, perilaku ritual
yang tidak normal, berpeluh, sesak nafas, palpitasi, tidak mampu bertenang atau
diam, sering mengalami ketegangan otot, mual, pening, susut berat badan, rasa
kebas dan cirit birit.
PENTING:
Individu yang mengalami anxiety disorders, jika mereka fikir mereka berisiko dijangkiti
HIV, mereka akan yakin semua gejala umum anxiety disorder adalah simptom kepada jangkitan HIV. Kaunselor biasa sukar menenangkan mereka.
Apa
penyebabnya?
Disebabkan gangguan kecemasan ini merupakan
salah satu bentuk daripada gejala gangguan psikiatri, penyebabnya mungkin disebabkan oleh apa-apa sahaja seperti longgar pegangan agama, kurang perhatian, terlalu dilindungi, ketidakseimbangan kimia dalam tubuh,
perubahan struktur otak, persekitaran yang sentiasa stress, trauma dan fobia, dan sebagainya.
Hanya doktor dalam bidang berkaitan layak mendiagnos mereka. Orang awam tidak berhak menilai bahawa
individu dengan gejala-gejala seperti yang telah disebutkan di atas telah mengalami anxiety disorders ini. Doktor memerlukan
reset dan observasi (pemantauan) terhadap perilaku patients.
Bagaimana
cara mengatasinya?
Gangguan kecemasan ini boleh dirawat secara kaunseling
dan rawatan farmakologi. Contoh,
pemberian ubat-ubatan anti-depression,
psikoterapi, terapi perilaku, terapi relaksasi, dan diet.
Bagi umat Islam, menjaga hubungan dengan
Allah, istiqamah dengan solat dan al-Qur'an serta solat-solat sunat sangat
penting.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan
keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com