Friday, September 12, 2014

ENTRY WAJIB: TIPS KEPADA PLHIV SEMASA MENJALANI RAWATAN


Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Sebenarnya sikap begini bukanlah khusus kepada people living with HIV (PLHIV) sahaja, tetapi kepada semua patients atau clients, terutama pesakit-pesakit kronik yang perlu menjalani rawatan berterusan.

Kita cuma perlu amalkan 3 sikap positif yang sangat penting ini semasa menghadiri temujanji atau menjalani rawatan.




1. Empowerment

Memperkasakan diri dengan meningkatkan ilmu serta kefahaman tentang apa juga maklumat berkaitan dengan HIV.

Jangan hanya bergantung 100% kepada doktor dalam semua perkara. Knowledge is power!

Bagaimana hendak menguatkan diri?

Knowledge, Skill, Support (KSS)

Cuba kuasai segala maklumat tentang HIV dan rawatan sebanyak mungkin.

Jangan sampai sudah berbelas tahun hidup sebagai PLHIV tetapi maklumat paling asas tentang HIV masih keliru.

Bersikap pro aktif. Libatkan diri dengan sokongan komuniti. Sehebat mana pun kita, kita tetap memerlukan support.




2. Bertanggungjawab terhadap diri sendiri

Mesti alert tentang tarikh temujanji, rawatan, dan stok ubat-ubatan.

Jika tarikh temujanji selalu lupa, makan ubat selalu mengelat, sentiasa memberi alasan dan tidak mengikut peraturan, sudah tentulah rawatan kurang berkesan.

"KEPATUHAN KEPADA RAWATAN" sangat penting. Maksudnya menjalani rawatan mengikut saranan pihak perawat.




3. Berfikiran dan bersikap positif

Hentikanlah stigma dalaman. Sukar untuk bersikap positif selagi kita sendiri terlalu stigma terhadap diri sendiri.

Tekadkan diri untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Prove yourself worthy. Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.

Hakikatnya bukan PLHIV sahaja yang diuji dengan pelbagai ujian hidup. Non-PLHIV pun diuji dan banyak ujian lain yang lebih berat.

Tangani stress dengan bijak. Abaikan pemikiran, sikap, dan perkara-perkara negatif di dalam kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ringkas tetapi penting ini dapat kita amalkan untuk kebaikan diri sendiri.


Nota:
Be positive and positive forever because being positive is the only choice you have.




Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com