Friday, September 26, 2014

HIV & AIDS TIDAK PERNAH MENJADI PENYEBAB KEMATIAN PLHIV



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Salinan asal punca kematian PLHIV yang dicatatkan pada tahun 2014!



"HIV dan AIDS tidak pernah menjadi penyebab kematian PLHIV. HIV melemahkan sistem pertahanan badan PLHIV sekiranya TANPA rawatan. Apabila ianya berlaku, banyak penyakit akan mudah terjadi atau berjangkit. Contoh, TB, pneumonia, toxoplasmosis, dan sebagainya. Itulah penyakit-penyakit yang akan menyebabkan kematian."
- MGDA (Exco PPWM)


Penyakit-penyakit tersebut dapat dirawat dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun terhadap non-PLHIV. PATUH kepada rawatan dapat mengelakkannya daripada berlaku.

Dengan rawatan, PLHIV akan meninggal dunia atas sebab-sebab biasa seperti akibat penyakit jantung, darah tinggi, dan diabetes.

Sehingga sekarang, masih terdapat kes bahawa punca kematian PLHIV dicatatkan disebabkan oleh AIDS.




Perlu difahami bahawa HIV adalah virus yang sangat lemah dan hanya berjangkit dengan beberapa cara sahaja. AIDS pula sekadar indicator terhadap tahap kesihatan PLHIV semasa menerima rawatan. Bukan nama khusus sesuatu penyakit.

Jika PLHIV tersebut meninggal dunia akibat TB, nyatakan sahaja akibat TB. Tidak ada sesiapa pun akan mencabar kenyataan tersebut dan jika dinyatakan, untuk apa?

Analogi:
PLHIV yang sihat walafiat dan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, tidak berkenaan langsung apabila punca kematiannya ditulis disebabkan oleh AIDS.

Jika AIDS dinyatakan sebagai punca kematian, ianya akan memberi kesan stigma dan judgemental yang besar terhadap affected people.




Terutama jika mereka ada anak-anak yang masih meneruskan persekolahan, melanjutkan pelajaran, memohon bantuan biasiswa, urusan pembahagian pusaka dan sebagainya yang memerlukan salinan sijil kematian ibu atau bapa mereka disertakan.

Bayangkan apabila AIDS dinyatakan sebagai punca kematian. Kita telah mendedahkan aib mereka dan menyebabkan mereka terpaksa berdepan isu stigma, diskriminasi, dan judgemental yang tidak sepatutnya berlaku.

Semoga lebih ramai pihak yang peka TERUTAMANYA pihak yang akan menyatakan atau mengesahkan punca kematian PLHIV.





Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com