Tuesday, September 16, 2014

SIAPA KITA BERBANDING MEREKA?



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Orang-orang yang beriman dan berjiwa besar sangat sedih apabila berlaku kematian terhadap individu yang dikenali disebabkan oleh keburukan akhlaknya kerana bagi mereka, seorang lagi hamba-Nya mungkin mati dalam keadaan maksiat atau kesesatan.

Tidak kiralah sama ada gangster, pemabuk, mat rempit, penyalah guna dadah, perompak, peragut, pekerja seks, dan sebagainya.

Mereka terasa gagal kerana belum sempat betul-betul berdakwah dan cuba membimbing individu tersebut untuk berhijrah. Mereka tahu si iblis laknatullah sedang bergembira dan tertawa dengan kesesatan manusia.




Sedangkan kita, baru sahaja si polan tersebut ditimpa musibah, terus sahaja mencemuh, mentertawakan, dan bergembira. Bahkan mendoakannya segera mati dalam kejahilan dan penderitaan.

Kita kata,
“Belasah je...”
“Elok mampus!”
“Nanti kita campak sahaja bangkainya ke Sungai Pahang.”
“Hidup pun menyusahkan orang.”

Sedikit pun tiada usaha untuk bantu atau sekurang-kurangnya untuk cuba memahami secara makro dan rasional. Tuding jari sana, tuding jari sini. Semua salah orang dan langsung tidak peduli perasaan ahli keluarganya.




Kita mewarisi sikap siapa sebenarnya?
Sikap orang-orang yang beriman atau sikap...?


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com