Tuesday, March 24, 2015

AKU ADALAH ORANG YANG HIDUP DENGAN HIV





Nama?
Mohamad bin Wahid.

AHP?
Aku HIV Positif.

Pie?
Nama panggilan keluarga.

Umur?
48 tahun.

Bekerja?
Ya, tapi kerja kuli-kuli sahaja.

Awak ni ada pendidikan tertiary tak?
Taklah tinggi, tetapi aku memiliki sijil dan degree dalam bidang tertentu.

Berkahwin?
2 isteri dan 2 anak.
Semua tinggal serumah kecuali anak-anak yang masih belajar.

Sejak bila didiagnos positif?
28 Disember 2010.

Punca?
Anugerah Allah.
Tidak perlu aku jawab.
Aku tidak menggalakkan diskriminasi dan judgemental.

Family bebas HIV?
Ya.

Melakukan hubungan suami isteri seperti pasangan lain?
Sudah tentu.

Perlu pakai protection?
Sebaik-baiknya, tetapi yang lebih penting dapatkan rawatan sehingga tahap virus undetected.

Boleh dapat zuriat bebas HIV?
Boleh sahaja jika mahu.
Sedang cari calon yang sanggup meminang aku.
Hahaha...

Tidak pernah masuk hospital selepas didiagnos HIV positif?
Tidak pernah.
Sebelum didiagnos ada sekali kerana suspek denggi.

Ada kudis, ruam, dan apa-apa penyakit disebabkan HIV tak?
Tidak ada.

Makan minum asingkan tak?
Campur dan kongsi semua.

Selama ini saya tengok orang ada HIV cuma terlantar dan sakit.
Macam mana tu?
Betul, jika tiada rawatan dan amalkan gaya hidup tidak sihat. Sama dengan apa-apa penyakit pun. Itu cuma sebahagian kecil orang-orang yang hidup dengan HIV di Malaysia. Lebih 100 ribu dijangkiti dan kebanyakannya generasi muda dan beragama Islam. Kebanyakannya profesional dan ada di sekeliling awak setiap hari.

Umur pendek tak?
Awak tanya Allah.
Sehingga sekarang rekod di Malaysia yang saya ketahui mampu hidup hampir 30 tahun selepas menjalani rawatan.

Apa yang berbeza selepas hidup sebagai orang yang ada HIV?
Rasa bahagia dengan ujian Allah.

Errr... pelik!
Sila ambil tahu tentang HIV sebelum awak dan keluarga awak menjadi mangsa. HIV tidak mengenal orang berdosa atau tidak. HIV juga mengakibatkan tekanan yang sangat teruk kepada keluarga mereka akibat salah faham. HIV sangat susah berjangkit dan hanya dengan cara-cara tertentu yang sepatutnya awak ketahui.

Haa... puas hati?


Getting to Zero.
Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Sunday, March 22, 2015

HIV: BENARKAH BERLAKU KES MALPRACTICE DAN SIKAP TIDAK PROFESIONAL SEPERTI INI DI HOSPITAL MERSING?





Para doktor dan jururawat serta semua staf sesebuah hospital atau klinik sangat banyak berjasa kepada orang ramai. Mereka yang prihatin dan berhati mulia sentiasa disanjung dan berada di tempat yang istimewa di hati patients mereka.

Cuma dalam isu HIV, berdasarkan pengalaman memberi kaunseling kepada people living with HIV (PLHIV) dan golongan yang berisiko, aku tetap menerima pelbagai aduan tentang sikap tidak profesional dan tidak beretika SEGELINTIR golongan perawat. Sikap tersebut telah menimbulkan kesan besar terhadap mangsa.

Akibatnya, aku pula yang terpaksa menuetralkan banyak kekeliruan, melayan berpuluh-puluh mesej dan e-mel yang sepatutnya telah diselesaikan. Sedangkan aku bukanlah doktor atau jururawat. 

Aku selalu dalam dilema apabila berdepan dengan kes sebegini. Apabila ditegur, macam-macam pula tuduhan yang aku terima selama ini. Kononnya aku tidak memahami, tidak menghormati bidang tugas pihak lain, sengaja mencipta kontroversi untuk meraih populari dan cuba menjadi keyboard warrior. Tidak ditegur, terasa gagal menyampaikan kebenaran. Untuk apa aku berjuang jika sekadar mahu dipuji dan selesa? 

Walaupun sikap tidak profesional dan malpractice ini cuma dilakukan oleh segelintir individu, tetapi untuk kebaikan profesion yang sangat mulia dan dihormati masyarakat, seelok mungkin marilah kita tukar pendekatan untuk menentang penularan HIV. Bukan dengan cara yang tidak tepat.

Mohon ampun dan maaf kepada staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas paparan luahan e-mel salah seorang yang menghubungiku minggu ini. Aku tidak bermaksud mahu mencipta kontroversi bahkan aku tidak larat dengan kontroversi.

Aku sekadar menjalankan tanggungjawab kerana banyak juga kes-kes lain yang lebih penting untuk aku fokus. Namun aduan-aduan begini sentiasa juga aku terima. Masalah begini sangat senang diatasi jika kita terbuka dengan kritikan dan belajar daripada kesilapan. Kalau sudah betul semua, abaikan.




Mari baca:


Pagi tadi lebih kurang pukul 8 pagi, saya ke Hospital Mersing untuk mengetahui result darah bagi kanser berkaitan mulut dan kulit. Selepas nama dipanggil, saya bergegas masuk, mengucapkan salam, dan selamat pagi.

Saya disuruh duduk.

Soalan pertama, "Awak ni sakit apa sebenarnya?"
Baru saya nak jawab, soalan-soalan lain bertalu-talu ditanya.
"Awak main pelacur?"
"Berapa ramai awak main?"

Saya bagi semua detail because dengan doktor kita tak boleh nak menipu.

"Saya ingat awak pergi jumpa doktor gigilah,"
sambil disambut helai tawa jururawat dan seorang lagi doktor yang kebetulan baru masuk.

Saya tak kisah, nak kutuk ke, apa ke. Asalkan saya faham tentang masalah sebenar saya dan penyakit saya dirawat. Beliau menerangkan bahawa semua result ujian darah saya clear.

Soalan cepu emas daripada saya, "Doktor, saya nak tahu window period bagi HIV."

Beliau lantas menjawab,
"1 bulan hingga 10 tahun."

Saya balas,
"Maksud saya window bagi ujian darah untuk mengetahui status HIV."

Sekali lagi beliau menjawab,
"Yelah! 1 bulan - 10 tahun."

Saya terkedu, jururawat sebelah dah tersengih-sengih macam kerang busuk.

Beliau sambung lagi,
"Risau?"
"Lain kali mainlah pelacur lagi."

Saya diam. Saya just nak tunggu jawapan adakah hingga 10 tahun untuk ujian darah untuk detect HIV. Langsung tiada jawapan.

Beliau cuma cakap,
"Kau buatlah ujian setiap tahun."

Saya bertanya,
"Sampai bila?"

Beliau menjawab,
"Sampai bila-bila!!"
Lagilah mengilainya jururawat-jururawat di sisi beliau.

Saya dah blur, still duduk lagi semata-mata nak tunggu jika ada kaunseling atau jawapan yang lain. Tiada.

Saya disuruh keluar dan ambil ubat krim sapu. Selepas keluar itulah saya terus Whatsapp abang.




Berdasarkan situasi di atas, (jika benar seperti yang dilaporkan), aku memahami mungkin doktor tersebut bermaksud untuk meninggalkan "rasa serik" terhadap aktiviti berisiko yang pernah dilakukan oleh patient tersebut.

Mungkin juga patient tidak bercakap 100% jujur tentang penyakitnya dan aktiviti berisiko semasa hadir untuk rawatan sebelum menjalani ujian darah. 

Tetapi, menghukum bukan tugas kita. Lumrah manusia pelbagai ragam terutama apabila panik dan diburu rasa bersalah. Cara tersebut bukanlah cara yang tepat dan akibatnya boleh mendatangkan banyak salah faham pada kemudian hari. 

Bagaimana jika saranan yang diberikan betul-betul diikuti? Sudah tentu ianya satu pembaziran dan deraan emosi. Tidak mustahil ianya turut menyebabkan meningkatnya penularan virus, stigma, diskriminasi, dan judgemental terhadap PLHIV serta melebarkan jurang dan mengurangkan rasa hormat antara pihak yang merawat dan dirawat. Tidak pasal-pasal orang lain pula yang menanggung kesan akibat sikap tidak profesional dan mematuhi etika tersebut.

Sebagai seorang yang berilmu, gunakanlah cara yang berhemah untuk mencegah penularan HIV dan memelihara aib patient. Termasuk perkara-perkara sulit dan kerahsiaan yang tidak sepatutnya menjadi bahan lawak semasa merawat atau kaunseling.

Kita kini di dalam era yang berbeza berbanding tahun 1980an. Memang memenatkan jika kita hanya bekerja umpama mesin kerana kita manusia biasa.

Mahu terima teguran ini, terimalah. Tidak mahu, terpulang. Kita ada tanggungjawab masing-masing dan setiap perbuatan akan dihisab Allah. 

Mohon maaf ya para doktor dan jururawat. Kawan-kawan aku pun ramai doktor dan jururawat, tetapi mereka semua hebat-hebat. Bahkan bukanlah 1 perkara yang pelik bahawa terdapat doktor, jururawat, dan staf KKM sendiri adalah PLHIV

Adakah kita antara yang menjadi punca penularan dan pelbagai masalah tanpa kita sedari akibat salah pendekatan untuk memberi maklumat yang tepat? 

Dapatkah kita agak apakah punca sebenar golongan berisiko sangat dingin untuk menjalani ujian darah secara sukarela? 

Bagaimanakah kesannya jika keengganan tersebut meningkatkan penularan dan lebih sukar untuk merawat mereka? 

Sama-sama kita fikirkan. Cool!


Getting to Zero.
Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Sunday, March 15, 2015

GUBAL ENAKMEN BELA HAK KHUNSA



Oleh: Wan Noor Hayati Wan Alias
Khamis, 5 Mac 2015 @ 12:02 AM


KUALA LUMPUR: Satu enakmen khusus perlu digubal bagi tujuan pengesahan jantina golongan khunsa, bagi memastikan hak mereka terbela.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abd Rahman Osman, berkata setakat ini belum ada satu enakmen khusus bagi tujuan pengesahan gender dan ia satu perkara yang wajar diberi perhatian.

Dalam menangani isu khunsa, katanya, pihak berkuasa agama menyerahkan isu itu kepada pihak perubatan kerana ia kompleks untuk mendapatkan pengesahan pakar.

"Menukar status jantina bagi tuan punya badan dan kebenaran menjalani pembedahan jantina diharuskan oleh syarak selepas mendapat pengesahan daripada pakar yang memenuhi syarak.

"Peruntukan enakmen bagi pengesahan jantina juga perlu untuk tujuan perkahwinan, harta pusaka, kematian dan lain-lain isu berkaitan. 


Mufti Pahang, Datuk Seri Abd Rahman Osman


"Dalam isu berkaitan biologi, khususnya khunsa ghair musykil, kita menyerahkan pengesahannya kepada pakar. Dalam Islam, ia disebut ijtihad iaitu hal-hal tertentu dirujuk kepada pakar yang beragama Islam, waras akal, mempunyai ilmu, dan mahir dalam bidangnya.

"Sebaliknya, bagi individu yang dengan sengaja mengubah fitrah kejadian Allah dan tanpa pengesahan pakar adalah dilarang dan hukumnya haram," katanya kepada BH.

Beliau mengulas isu kecelaruan jantina dari perspektif agama dan hukum berkaitannya.

Abd Rahman berkata, terdapat beberapa kes khunsa sudah dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk tujuan pengesahan jantina selepas ia melalui ujian gender yang ditetapkan pakar.

Katanya, ada kes seorang fizikal lelaki tetapi memiliki sistem peranakan wanita dan dibenarkan melahirkan anak selepas pengesahan doktor menunjukkan dia lebih banyak mempunyai ciri kewanitaannya dan pembedahan dibuat supaya dia kelihatan wanita normal.

"Hukumnya sama seperti seorang yang memiliki kecacatan kaki dibenarkan membuat pembedahan supaya dia kelihatan normal dalam masyarakat," katanya.

Pakar Perundangan Islam, Datuk Zuhdi Ab Majid, berkata pengesahan jantina dalam Islam amat penting bagi membantu golongan yang dilahirkan dengan kecacatan gender tidak disisih oleh masyarakat.

"Kebanyakan pandangan ulama seperti yang terdapat dalam kitab fiqh lama lebih menumpukan kehadiran dua alat kelamin sebagai kriteria khunsa. Keadaan zahir adalah dasar utama dalam penentuan jantina bagi kebanyakan ulama.

"Tetapi pada zaman sekarang, perubatan sudah membongkar kecelaruan gender ini juga berlaku disebabkan pelbagai punca dan ada yang mengalami kecacatan organ dalaman seperti tiada rahim," katanya.

Sehubungan itu, katanya, dunia fiqh Islam perlu dikembangkan lagi mengikut tiga asas penentuan jantina iaitu fizikal, fisiologi dan psikologi.


Sumber: sini


Getting to Zero.
Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com




Thursday, February 26, 2015

DISKRIMINASI TERHADAP PLHIV ADA DI MANA-MANA






Berita bertarikh 24 Februari yang disiarkan dalam akhbar Metro Edisi Utara ini menarik perhatianku.

Tajuknya cukup sensasi; "Buru penghidap AIDS" dan berlaku pula di Arab Saudi, sebuah negara Islam yang yang mempunyai 2 buah kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah. Ironinya Islam adalah cara hidup yang indah, selamat, kasih sayang, serba sempurna untuk seisi alam tanpa sempadan masa dan status kesihatan. Sedikit pun tiada diskriminasi.

Seperti yang aku selalu perjuangkan bahawa people living with HIV (PLHIV) yang menjalani rawatan mampu sahaja meneruskan kehidupan seperti biasa. Bahkan PLHIV tersebut mungkin lebih sihat berbanding non-PLHIV dan tidak membahayakan sesiapa.

Begitu juga tahap AIDS. Ianya hanya merujuk kepada situasi kesihatan PLHIV tersebut untuk tujuan rawatan. AIDS dan HIV hanya membahayakan PLHIV tersebut sendiri, bukan membahayakan individu lain. AIDS tetap boleh dirawat dan dipulihkan. Yang penting ialah rawatan dan KEPATUHAN kepada rawatan.

Cara jangkitan pula sangat terhad. Tidak pernah terjadi jangkitan akibat makanan disediakan oleh tukang masak yang positif HIV. Bukanlah dengan sekadar berkongsi makanan, bersentuhan, dan terkena darah PLHIV di LUAR TUBUH boleh menyebabkan HIV akan berjangkit.

Tidak masuk akal HIV boleh berjangkit melalui gigitan nyamuk, makanan dalam tin, berkongsi kolam renang, memakai tuala wanita yang dicemari dengan HIV, dan melalui hubungan kasual. Jika berlaku, tolong berikan statistik dan sumbernya.

Ramai sahaja chef dan tukang masak di restoran terkenal yang sebenarnya berstatus PLHIV. Kita sahaja yang tidak menyedarinya kerana mereka sihat seperti orang lain.

Ingatlah, tanpa disedari, setiap hari, masyarakat sentiasa bergaul, berurusan dan dibantu oleh PLHIV daripada pelbagai latar golongan profesional. Cuma ramai yang tidak perasan kerana dalam mind setting mereka, PLHIV adalah individu yang berkudis, tidak berupaya, terlantar, dan sebagainya.




Apakah punca terjadinya sikap tersebut?

-
Terlalu bergantung kepada sumber yang lapuk dan sarcasm yang mengakibatkan stigma, judgemental, dan salah faham.

-
Kononnya PLHIV hanyalah golongan pendosa dan layak menerima balasan akibat perbuatan jahat mereka.

-
Tidak faham bahawa salah faham tersebut meninggalkan kesan sangat negatif terhadap:


1.
infected people (individu yang dijangkiti)

2.
affected people (keluarga rapat mereka)

3.
mangsa jangkitan akibat perbuatan pasangan suami atau isteri

4.
anak-anak yang turut dijangkiti kerana ibu bapa mereka PLHIV yang enggan menjalani rawatan

5.
mangsa jangkitan akibat pemindahan darah atau transplant organ

Apabila pembaca membaca berita begini, maka makin suburlah segala stigma, diskriminasi, dan judgemental yang cuba dihalang. Kita mahukan info yang positif untuk membimbing masyarakat supaya faham tentang HIV dan untuk memberi peluang yang adil kepada PLHIV serta affected people meneruskan kehidupan seperti biasa. Penggunaan istilah PENGHIDAP AIDS tidak tepat dalam penyiaran berita tersebut. 

Hak sesebuah negara untuk menetapkan peraturan mengikut acuan pemikiran mereka, tetapi info yang negatif begini tidaklah perlu disebarkan. Untuk apa? Sedangkan kita tahu faktanya mengelirukan dan menimbulkan salah faham. 

Mungkin PLHIV tersebut mengambil tindakan berkenaan akibat terkejut apabila didiagnos sebagai PLHIV atau tahu beliau mungkin didiskriminasikan kerana berstatus positif HIV.

Bahkan terdapat juga kemungkinan bahawa PLHIV tersebut nekad bertindak demikian demi survival hidup untuk mencari rezeki halal dan kerana beliau tahu beliau tidak membahayakan individu lain melalui penyediaan makanan.

Jika PLHIV tersebut salah di sisi undang-undang negara berkenaan atas sebab-sebab lain, undang-undang perlu dilaksanakan. Tetapi, jika hanya semata-mata disebabkan status kesihatannya, ianya tidak adil. Tidak pernah pula aku jumpa dalil naqli dalam al-Qur'an yang mendiskriminasikan PLHIV dan terdapat hukum yang menunjukkan individu berstatus positif HIV merupakan satu dosa dan kesalahan jenayah. Inilah realitinya nilai keadilan di sisi mata manusia. 

Apa-apa pun, kita perlu menghormati pendirian negara-negara tertentu yang enggan menerima PLHIV bekerja di negara mereka. Malaysia sebenarnya mempunyai dasar yang agak terbuka dalam soal ini. Terpulang kepada PLHIV sendiri membuktikan diri mereka lebih baik sekalipun hidup dengan HIV positif. Merungut tidak akan menyelesaikan masalah dan diharapkan suatu hari nanti usaha-usaha murni untuk meningkatkan kefahaman masyarakat membuahkan hasil.

Jangan nafikan bahawa dalam sesetengah keadaan, kita mungkin turut memiliki "saham" jika terdapat PLHIV yang mengambil jalan mudah untuk menukar agama, meneruskan aktiviti berisiko yang bertentangan dengan nilai moral dan agama demi kelangsungan hidup. Menghukum memang mudah berbanding menyantuni mereka.

Mudah sahaja menyelesaikan masalah HIV ini sebenarnya.

Hentikan stigma, diskriminasi, dan judgemental. PLHIV akan selesa meneruskan kehidupan seperti biasa, mendapatkan rawatan dan mengelakkan mereka membahayakan pasangan dan bakal zuriat. Affected people pun tidak menerima tekanan. Simple!

Apabila faham HIV, faham pula cara mengelakkan jangkitan. Semoga keprihatinan kita mengukuhkan nilai Degree, Master, dan PhD yang kita miliki. Sikap negatif yang menyulitkan keadaan.

Links di bawah boleh dirujuk sebagai panduan kepada PLHIV yang berhasrat untuk bekerja atau menetap di luar negara. Berfikir panjang sebelum mebuat sebarang keputusan:



Getting to Zero.
Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com