Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
(2) Tiada rawatan untuk merawat HIV dan mereka
hanya menunggu saat-saat kematian.
(3) Jika suami atau isteri didiagnos sebagai PLHIV, pasangan mereka pasti akan turut
dijangkiti HIV.
(4) PLHIV
tidak boleh berkahwin kerana akan menyebabkan zuriat turut dijangkiti HIV.
(5) PLHIV
tidak mampu menjalani kehidupan sama seperti non-PLHIV.
(6) PLHIV
tidak boleh berpuasa.
(7) HIV semestinya akan berakhir dengan AIDS.
(8) HIV hanya melibatkan golongan pendosa, lesbian, gay, bisexual, transgender @
transsexual (LGBT), pekerja seks, penyalahguna dadah, dan gelandangan yang
tidak berpelajaran.
(9) Tidak boleh berkongsi makanan dan minuman
dengan non-PLHIV.
(10) PLHIV
tidak boleh berniaga dalam apa juga bidang penyediaan makanan atau minuman
kepada non-PLHIV kerana seandainya
darah mereka termasuk atau dimasukkan dengan sengaja ke dalam makanan atau
minuman boleh menyebabkan jangkitan HIV.
(11) HIV berjangkit melalui sentuhan, ciuman,
pelukan, berkongsi bekas makanan, bersalaman, berkongsi bilik mandi atau
tandas, spa ikan, berenang di kolam renang yang sama, menyentuh kanak-kanak, melalui
gigitan nyamuk, haiwan, merawat PLHIV,
atau melalui apa jua aktiviti harian.
(12) Tidak boleh berkongsi gelas, sudu, garpu, perabut, katil, tilam, dan sebagainya dengan PLHIV.
(13) Tidak boleh menggunakan perkhidmatan di
kedai gunting rambut yang sama dengan PLHIV.
(14) Membantu PLHIV yang kemalangan, semasa pengurusan jenazah, dan pengkebumian
boleh menyebabkan jangkitan HIV.
(15) Batuk atau bersin PLHIV boleh menyebarkan HIV.
(16) Membenci PLHIV dapat mengurangkan penularan virus kerana orang ramai takut
melakukan maksiat.
(17) Ibu bapa dan ahli keluarga PLHIV juga turut bersalah kerana gagal
mendidik atau menasihati tingkah laku berisiko yang PLHIV lakukan.
(18) Tiada golongan agama yang dijangkiti HIV.
(19) Jumlah PLHIV (tidak termasuk affected
people) di Malaysia hanyalah dalam lingkungan 100,000 orang.
(20) Menganggap diri sendiri, ahli keluarga,
dan saudara-mara pasti bebas dan tidak akan dijangkiti HIV kerana tidak
mengamalkan aktiviti berisiko.
(21) PLHIV
mudah dijangkiti pelbagai penyakit lain.
(22) Sebaik sahaja terdedah kepada jangkitan
HIV, simptom dapat dilihat dengan pantas.
(23) Berkongsi info berkaitan HIV, menjadi
sahabat Facebook dengan PLHIV, bermakna individu tersebut adalah
PLHIV atau saudara-mara mereka positif
HIV!
Sharing pertanyaan di fanpage PPWM berkaitan status di atas:
(1) jangka
hayat..kalau utk yg x jg ubat cm na
- Sebarang pnyakit sekalipun jika tanpa rawatan
memang bahaya.
(2) rawatan..ubt bg slow virus..kalau sumenye
x bekesan..maksudnya sistem tubuh menolak@langsung x da effect n memudaratkn si
penghidap..cm na?
- Rawatan sepatutnya berkesan dan rawatan awal
adalah lebih baik. Sama seperti penyakit lain, akan menjadi bahaya jika lewat
dirawat.
(3) jangkitan...bukankh virus ni sm mcm
kanser lmbt dikesan..ada x bekemungkinan virus akn kembali aktif wlpon slps
rawatan 'art' or slps disahkn 'undetectable viral load'...ataupon dgn kadar 1%
mesti bole jangkit during ' sex penetration' or pregnant mom to bb knnn or even
easily spread dlm sperm (liquid),saliva or watever nmnyer yg seangkatan
Is it mean that plhiv no longer have
Hiv...atau cuma kemodenan/kecanggihan mesin/alatan dsbg tdk dpt mengesan
kehalusan virus n still ada n aktif..sejauh mn 'relevant fakta ni'...
Bole abg explain pasal 'spike factor'
- Agak panjang untuk dihuraikan. Ringkasnya begini.
KEPATUHAN kepada rawatan terbukti dapat mencegah jangkitan. Jumlah virus yang sedikit
tidak mampu menyebabkan jangkitan. Dengan prevention
jadi double protection.
Dengan rawatan dan KEPATUHAN kepada rawatan, isu ini tidak timbul. Info tambahan: perempuan lebih mudah dijangkiti berbanding lelaki kerana mereka adalah penerima atau banyak rongga.
Dengan rawatan dan KEPATUHAN kepada rawatan, isu ini tidak timbul. Info tambahan: perempuan lebih mudah dijangkiti berbanding lelaki kerana mereka adalah penerima atau banyak rongga.
Jangkitan dikatakan dapat dikurangkan hingga
1% kerana human error atau machine error boleh berlaku di mana-mana
sahaja dan bukan disebabkan oleh rawatan. Statistik menunjukkan memang tidak
berjangkit.
Kita bukan Tuhan untuk kata 100% bebas. Jadi kita semua sepatutnya bersetuju bahawa jika dirawat, PLHIV jauh lebih berpeluang berbanding pesakit-pesakit lain seperti sexually transmitted infection (STI), thalassemia, hepatitis, dan sebagainya.
Kita bukan Tuhan untuk kata 100% bebas. Jadi kita semua sepatutnya bersetuju bahawa jika dirawat, PLHIV jauh lebih berpeluang berbanding pesakit-pesakit lain seperti sexually transmitted infection (STI), thalassemia, hepatitis, dan sebagainya.
Jika sudah dirawat dan sihat, mengapa pula
tidak boleh hidup seperti biasa? Ada PLHIV
yang athlete, aktif bersukan, pemimpin
masyarakat, dan sebagainya.
(4)-(7) blk persoalan diats
(8) Saya rasa ya..wlpon kurang tp mereka lebih
berisiko mendedahkn penyakit ni kpd masyarakat...
- Contoh? Melalui atau cara?
Elok difahami cara jangkitan dan cecair badan
(bukan semua cecair badan menyebabkan jangkitan dan mesti daripada dalam tubuh
ke dalam tubuh seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini).
Perlu difahami bahawa golongan profesional, suri rumah, dan terpelajar lebih ramai dijangkiti sekarang berbanding golongan yang disebutkan. PLHIV mungkin doktor, peguam, chief executive officer (CEO), ustaz, ustazah, imam, wartawan, chef terkenal, datuk, datin, dan sebagainya.
Perlu difahami bahawa golongan profesional, suri rumah, dan terpelajar lebih ramai dijangkiti sekarang berbanding golongan yang disebutkan. PLHIV mungkin doktor, peguam, chief executive officer (CEO), ustaz, ustazah, imam, wartawan, chef terkenal, datuk, datin, dan sebagainya.
(9)-(12) blk pd persoalan 3.
(13) sop kkm...mesti guna
glove,mask,suits....apa maknanya tu...
- Personal
Protection Equipment (PPE). Ianya adalah standard of procedure (SOP) untuk sebarang prosedur tertentu dan mengelakkan
jangkitan (daripada perawat atau barber) terhadap patient atau client dan daripada patient atau client terhadap perawat atau barber berkaitan jangkitan-jangkitan penyakit lain yang lebih mudah tersebar seperti melalui
sentuhan, udara, pathogen, dan sebagainya. Yang lebih kita bimbangkan ialah hepatitis, tuberculosis (TB), dan lain-lain penyakit yang mudah tersebar melalui cara sentuhan dan udara.
(14)-(15) blk pd persoalan ke 13
- Perlu difahami betul-betul cara jangkitan.
Luka berdarah bersifat mengalir keluar bukan masuk ke dalam. Luka mesti besar dan darah mesti banyak. Virus perlu tinggi. Tubuh manusia mempunyai platelet untuk menutup luka daripada
virus. Apabila virus berada di luar tubuh, terdedah di udara atau cahaya, ianya
tidak berjangkit.
(16) sedikit sebyk membantu kalau dilihat dari sudut positif
(17) mmg kebanyakkan cm tu..pernah jumpa
parent/families cm ni..ditegur n beri nasihat siap dimaki kita g.."hg jaga
menda **** dlm kain hg sudah"....low mentality n attitude...or "nk
buat mcm mn dia da nk jd lagu tu"...
(18) setuju,p,s,d,j
(19) x pasti...for sure akn wat research
- Memang anggaran 100,000. Cuba darabkan kebarangkaliannya
sekurang-kurangnya kepada 2 yang belum didiagnos iaitu yang menjangkitkan dan
dijangkiti daripada 100,000 itu. Jikalau dicampur pula dengan bilangan affected people yang turut terjejas seperti
anak, isteri, atau keluarga? Setiap hari, purata 10 hingga 14 orang didiagnos
positif HIV. Majoriti adalah terdiri daripada golongan muda bakal pmimpin
negara. Lebih kurang 70% adalah terdiri daripada umat Islam. How?
(20) btol juga..less than 1%..kalu nk jd pon
disebabkn kesilapan teknikal or akibat dr pebuatan no 16...
(21) btol kn yg ni?
- Dengan rawatan. CD4 normal dan viral load undetected.
Jadi, bagaimana mudah dijangkiti penyakit-penyakit lain? Ingat, non-PLHIV pun sama sahaja.
(22) tpulang pd sistem bdn individu kot.
- Simptom tidak akan muncul dengan serta-merta.
Ada yang langsung tidak ada simptom dan hanya diketahui melalui ujian pra-perkahwinan.
Ada yang berbelas tahun nampak dan rasa sihat. Keadaan fizikal tidak dapat hendak
dibezakan.
(23) sm mcm 18...
Semoga nota ringkas ini dapat difahami
pembaca.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com