Tuesday, September 30, 2014

APABILA DOKTOR TERLALU TERBUKA BERKONGSI PENGALAMAN PERIBADI MERAWAT PATIENTS



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.



Sila baca link ini:





Dari Bilik Mayat 001 : Bila Pesakit AIDS Kerasukan
September 30, 2014


“Dr. Syamirul….datang cepaatt!!”

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Jeritan dari jururawat mengejutkan Dr. Syamirul yang ketika itu sedang memeriksa seorang pesakit yang baru masuk.

“Sekejap ya tuan, ada kecemasan.” ujarnya pantas, sebelum meluru ke hujung wad lelaki tersebut.

Terkejut beliau melihat keadaan pesakit berusia 20-an itu. Meronta-ronta dengan matanya kemerahan. Hampir 5-6 orang jururawat sedang memegangnya. Dr. Syamirul cuba membantu.

“Doktor! Jangan lupa ini!” tegur seorang jururawat pantas, seraya menghulurkan dua pasang sarung tangan getah dan penutup muka.

“Double layer, doktor!” Pesakit tersebut HIV positif, dalam keadaan Viral Load nya tinggi. Bermaksud highly contagious.

Beliau meronta-ronta lagi. Jelas terpapar wajah ketakutan pada staf-staf yang memegangnya. Bukan hanya takut pada keadaan yang saspen tersebut. Juga bukan hanya takut kepada keadaan pesakit yang ngeri, dipenuhi Kaposi Sarcoma dan ulser berdarah di mulutnya. Tetapi juga pada kerisauan dijangkiti penyakit berbahaya tersebut. Dan kerisauan tersebut menjadi kenyataan, apabila tiba-tiba sahaja pesakit tersebut menyemburkan darah dari mulutnya. Butir-butir darah termasuk darah beku yang kehitaman melekat pada baju dua tiga orang jururawat dihadapannya.

“Tekan dia, tekan pada bahagian sendi!” arah Dr. Syamirul, melihat keadaan yang semakin tidak terkawal tersebut. “Restrain cepat!” Beberapa orang jururawat datang membawa kain pengikat, menambat pesakit tersebut pada tiang katil.

“Apa yang jadi sebenarnya ini, makcik?” tanya beliau kepada ibu pesakit tersebut yang menangis ketakutan.

“Tadi dia tidur elok sahaja, makcik pun tidur disisinya. Tiba-tiba sahaja dia bangun terduduk, mengoyakkan bajunya dan mencabut jarum (branula) di tangannya. Kemudian dia terus menjerit dan mahu bangun.”, cerita makcik tersebut, terketar-ketar.

“Ini luarbiasa ni. Kalau dalam perubatan, dipanggil Psychotic Break. Perlu ke aku bagi ubat tertentu?” minda Dr. Syamirul bercelaru.

“Staffnurse, prepare IM Haloperidol satu. Ready untuk jab anytime keadaan jadi teruk.” arahnya. Haloperidol adalah sejenis ubat anti-psikotik yang cukup kuat.

“Syeikh, datang tolong!”, seorang jururawat memanggil salah seorang pesakit didalam wad tersebut. Syeikh, gelarannya (bukan nama sebenar), seorang yang pernah belajar di sebuah sekolah pondok di selatan Thai.

“Engkau mesti tahu kan tolong baca doa apa-apa kat dia!”

Syeikh datang dan menghampiri pesakit tersebut. Setelah mengenakan sarung tangan dan penutup muka, beliau memegang ubun-ubun sambil membacakan doa dan ayat suci AlQuran. Pesakit itu menjegilkan matanya. Mula ke arah Syeikh, kemudian ke arah Dr. Syamirul. Seterusnya seperti mengekori sesuatu.

“Ada benda masuk dalam badan dia ni, doktor!”, ujar Syeikh.

Dr. Syamirul cuma membisu. Sukar untuk dia menentukan di mana dia berada ketika dalam situasi ini. On one hand, fenomena mistik dan paranormal yang tidak dijelaskan melalui sains. Tetapi wajib untuknya mempercayai kewujudan perkara ghaib seperti ini. On the other hand, beliau mempunyai asas untuk menjelaskan fenomena ini dari sudut sains, dan merawatnya dengan ubat-ubatan sains.

Gangguan jin makhluk halus kah? Atau psychotic break kah?

“Yang mana satu perlu dan patut aku pilih?”

Pesakit tersebut meronta dengan lebih kuat. Diterajangnya jururawat di hadapan, ditariknya kain pengikat sehingga terlucut, lantas cuba melompat keluar dari katil. Segera beberapa orang staf yang lain menangkapnya dan menekannya ke katil semula. Sehelai kain diletakkan di hadapan mulut pesakit tersebut, menghalang dia menyemburkan darah sekali lagi.

“Akak, bagi IM Halo kat dia stat, 1 ampule!” Dr. Syamirul memberikan arahan. “Tak apa Syeikh, Syeikh sambung baca doa, saya cuma pastikan keadaan dia tidak bertambah buruk sahaja.” ujar Dr. Syamirul kepada Syeikh, dibalas dengan anggukan. Mengapa perlu memilih antara dua! Dr. Syamirul memutuskan untuk “cover” kedua-duanya. Biarkan Syeikh berusaha dengan caranya tersebut, sedangkan dia, cover untuk aspek sains perubatan.

Doa terus dibaca, sesekali dilaungkan azan ke telinga pesakit tersebut. Tatkala itu seisi wad telah terjaga, masing-masing curiga ingin mengetahui apa yang terjadi. IM Haloperidol diberi. Namun pesakit tersebut tetap masih meronta-meronta. Haloperidol seolah tiada kesannya. Syeikh juga, merecik habis peluh di dahinya.

“Hoi makhlukk..keluaar kau dari badan ini!” jerkahnya. Sebijik macam movie Melayu seram. Setengah jam berlalu, pesakit masih dalam keadaan “kerasukan”.

Dr. Syamirul berlalu seketika, mendapatkan telefon dan menelefon doktor MO malam yang oncall. Kes dan situasi dimaklumkan, dan arahan diterima – jika pesakit masih lagi tidak bertenang, set branula dan bagi IV Midazolam kepadanya, mulakan dengan dos rendah 2 – 3mg. Midazolam adalah ubat sedatif, selalunya diberi kepada pesakit yang menjalani pembedahan (agar tidak sedar).

“Akak, prepare Midazolam, bagi 2.5 mg dulu.” Dr. Syamirul menuju ke pesakit tersebut, sambil membawa set branula.

“Pegang dia kuat-kuat!” ujar beliau, sambil jarum branula itu ditusuk masuk ke kaki kiri. Mujurlah, sekali cuba, terus masuk. Tak lama kemudian, pesakit meronta kembali. Terus-terusan menjerit. Cumanya, kali ini, menjerit dalam Bahasa Siam. Menurut ibunya, pesakit tidak pernah mengetahui Bahasa Siam. Pesakit terus-terusan meronta.

“Syeikh, macam mana ni?” tanya Dr. Syamirul. Syeikh sedang menekan/memicit ibu jari kaki pesakit dengan biji habbatussauda. Katanya habbatussauda itu telah dibacakan 720 juzuk AlQuran di pondoknya. Salah satu ikhtiar beliau.

“Saya tak dapat la doktor. Kuat sangat, saya pula bukannya arif sangat berhadapan perkara-perkara sebegini.”

“Tak apalah macam itu. Saya bagi ubat sedatif satu lagi kat dia, yang ini lebih kuat.” Syeikh cuma mengangguk, akur.

“Akak, bagi IV Midazolam kat dia.”

Jururawat menyuntik ubat tersebut melalui branula yang dipasang. Pesakit menyeringai, merenung Dr. Syamirul sambil tersengih. Memperolok-olok, mungkin. Sekejap sahaja, tak sampai 10 minit, pesakit tersebut mula lalok. Alhamdulillah.

Seluruh katilnya basah dek peluh. Para jururawat dan staf juga sudah mula melepaskan pegangan mereka, ada yang terduduk kepenatan. Ada yang meluru ke bilik air, membersihkan kesan darah yang ada pada pakaian.

Dr. Syamirul, kembali ke kaunter hadapan. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Malam masih muda. Pesakitnya yang sebelum itu masih belum habis diperiksanya. Lagi setengah jam, dia sudah perlu mula mengambil darah-darah para pesakit. Fail pesakit “kerasukan” itu dibuka, lantas dicoretnya laporan mengenai kejadian malam ini.. apa yang pasti, there’s going to be a long explanation to his boss, coming morning.

One hell of a night!




Isu ini mungkin picisan bagi masyarakat awam, tetapi tidak bagi PPWM.

Apabila aku terbaca sharing pengalaman doktor ini, aku segera terbayangkan cara penulisan wartawan majalah misteri dan sensasi.

Aku percaya beliau seorang doktor yang masih muda, sangat komited dengan kerjayanya sebagai doktor, dan sangat berbakat dalam bidang penulisan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak sepatutnya terlalu terbuka berkongsi pengalaman beliau merawat patients kerana ianya adalah sulit (walaupun tidak dinyatakan identiti patients secara detail dan pusat rawatan).

Ianya boleh menimbulkan salah faham. Tersilap langkah boleh melanggar etika.

Walaupun niat asalnya murni, tetapi objektif tidak akan menghalalkan cara kerana daripada perkongsian tersebut jugalah masyarakat awam dapat menilai dan mengesan ketepatan sesuatu standard of procedure (SOP) yang diambil semasa rawatan.

Penulisan beliau juga sangat mempengaruhi masyarakat kerana ditulis oleh seorang medical practitioner.

Persoalannya sekarang ialah:

1. Adakah wajar doktor tersebut berkongsi kisah aib patients (PLHIV) ini dengan public? Sama seperti segelintir guru yang mendedahkan video atau aib murid di media eletronik. Wajarkah?

2. Tepatkan segala SOP yang diambil semasa berdepan situasi cemas tersebut? Aku yakin, jika ianya dibaca oleh golongan profesional lain dalam bidang rawatan dan perundangan, terdapat error di sana sini.

3. Bukankah risiko patients meracau boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jenis penyakit terutama jika jangkitan kuman telah tersebar ke otak (cerebral toxo) atau mungkin (sekadar MUNGKIN) disebabkan oleh faktor-faktor amalan mistik (syaitan)?

4. Tepatkah seorang doktor melabelkan patients PLHIV mereka sebagai "Pesakit AIDS"?

5. Adakah pernah berlaku jangkitan HIV melalui percikan darah PLHIV yang terdedah di udara di luar tubuh dan jika benar, berapa peratuskah statistik jangkitan HIV melalui cara tersebut?

6. Kenapa hanya pakai double layer gloves jika berisiko dijangkiti? Lebih elok sepuluh layers supaya lebih selamat.

7. Adakah boleh melibatkan patients lain di wad yang sama dalam situasi cemas tersebut? Bagaimana jika patient tersebut ('pak syeikh') turut terkena percikan darah dan bagaimana jika tidak memakai double layer gloves?

8. Adakah ibu PLHIV tersebut telah dinasihatkan supaya sentiasa memakai gloves dan rain coat sebagai double protection jika langkah tersebut adalah mengikut standard universal precaution semasa menjaga anak beliau?

9. Adakah perkongsian begini dapat mengurangkan stigma, diskriminasi, judgemental, dan malpractice dalam masyarakat? Sedangkan jauh lebih ramai PLHIV yang hidup normal dengan pelbagai bidang profesional dan berbakti kepada masyarakat di luar hospital. Jangka hayat mereka panjang, sihat walafiat, dan meninggal dunia atas sebab-sebab biasa.

10. Adakah perkongsian begini dapat membantu matlamat Getting To Zero, sifar jangkitan baru, zero AIDS, dan sifar diskriminasi?




Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com