Sunday, September 07, 2014

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-40




My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Date: 22 August 2014
Day: Friday
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan
Time: 3.28 pm

Kali ini, aku ditemani Kak Da, Ummie, dan Danial.

Routine check-up:

Weight: 72.3 kg (naik 1 kg)
Blood pressure: 122/74 (normal)
Pulse rate: 64/min
Glucose: 9.8 (randomtaken by a training nurse)
Mouth: No oral candidiasis
Tonsil: Not enlarged

Selesai routine check-up, aku meneruskan consultation dengan bertanyakan beberapa soalan yang diajukan oleh rakan-rakan komuniti.


Soalan 1:

Kadang-kadang nama ubat antiretroviral (ARV) seperti Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART) agak mengelirukan. Lain hospital atau klinik, lain istilah yang digunakan. Apakah nasihat doktor untuk mengatasi kekeliruan tersebut?

Jawapan:

Dr. Iskandar menasihatkan kami agar mengingati sesuatu ubat itu berdasarkan nama kimianya (chemical name) berbanding nama dagangannya (trade name). Contoh: Efavirenz adalah nama kimia; Stocrin adalah nama dagangannya. Klinik Kesihatan atau hospital di negara kita menerima bekalan ubat daripada pembekal yang berbeza. Oleh itu, adalah lebih mudah jika kita dapat menyatakan nama kimia sesuatu ubat kerana ianya standard.




Soalan 2:

Mengapakah suntikan Bacillus Calmette–GuĂ©rin (BCG) tidak boleh diberikan kepada bayi yang berkemungkinan mempunyai HIV sejurus selepas dilahirkan?

Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, terdapat dua pendapat daripada dua golongan bagi persoalan ini. Mereka adalah pakar kesihatan kanak-kanak World Health Organization (WHO) dan pakar HIV WHO.

Pakar kesihatan kanak-kanak WHO berpendapat bahawa adalah menjadi suatu keutamaan untuk melindungi kesemua bayi yang baru lahir, tidak kira apa pun keadaannya. Setiap bayi mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang jangkitan kuman yang boleh dicegah melalui imunisasi. Sekiranya terdapat sebarang masalah kesihatan pada bayi tersebut, kita tidak mahu ianya kekal.

Bayi yang baru lahir juga mestilah dipantau tumbesarannya, dipantau perkembangannya, dan dilindungi daripada jangkitan penyakit. Walau bagaimana sihat pun seseorang bayi itu, tumbesaran dan perkembangannya tetap perlu dipantau. Sekiranya bayi mengalami sebarang masalah kesihatan, intervensi akan dijalankan seberapa segera.

Pakar kesihatan kanak-kanak WHO juga menyatakan bahawa suntikan imunisasi tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami immunocompromised. Apa itu immunocompromised?

Immunocompromised is a state in which a person's immune system is weakened or absent.

Individuals who are immunocompromised are less capable of battling infections because of an immune response that is not properly functioning. Examples of immunocompromised people are those that have HIV or AIDS, are pregnant, or are undergoing chemotherapy or radiation therapy for cancer. Other conditions, such as certain cancers and genetic disorders, can also cause a person to become immunocompromised. Immunocompromised individuals can sometimes be prone to more serious infections and/or complications than healthy people. They are also more prone to getting opportunistic infections, which are infections that do not normally afflict healthy individuals.

Immunocompromised is also known as immunodeficient.

Causes for Immunodeficiency:
  • Genetic - inherited genetic defects
  • Acquired - infections, such as HIV, and certain cancers, including leukemia, lymphoma, or multiple myeloma
  • Chronic diseases - such as end stage renal disease and dialysis, diabetes, cirrhosis
  • Medications - such as steroids, chemotherapy, radiation, immunosuppressive post-transplant medications
  • Physical State - such as pregnancy
It is important to note that not all immunodeficiencies result in the same risk for infection.

Sumber: sini

Sekiranya seseorang bayi itu mengalami immunocompromised, maka bayi tersebut tidak boleh diberi suntikan imunisasi yang mengandungi live vaccine atau vaksin hidup.

BCG adalah salah satu suntikan imunisasi yang mengandungi live vaccines selain daripada Measles, Mumps, Rubella (MMR).

Mengikut pendapat pakar HIV WHO pula, bayi yang dikhuatiri positif HIV tidak boleh diberikan suntikan imunisasi BCG kerana dikhuatiri bayi tersebut akan lebih mudah mendapat jangkitan tuberculosis (TB), sama ada jangkitan primary TB atau secondary TB. Primary TB menyerang otak dan tulang belakang, manakala secondary TB menyerang paru-paru.

Oleh kerana itulah, para doktor berbeza pendapat sama ada bayi yang belum disahkan status HIVnya boleh atau  tidak boleh diberikan vaksin BCG kerana jadual suntikan imunisasi vaksin tersebut adalah sejurus selepas bayi dilahirkan.

Vaksin MMR masih boleh dipertimbangkan untuk diberikan kerana suntikan tersebut telah dijadualkan pada ketika usia bayi mencecah 12 bulan. Pada waktu itu, status HIV bayi tersebut sudah boleh diketahui.

Secara peribadi, Doktor Iskandar sependapat bahawa suntikan BCG boleh diberikan kepada bayi yang dilahirkan oleh ibu (PLHIV). Walau bagaimanapun, jika doktor lain tidak mencadangkan suntikan BCG, ianya bukanlah menjadi isu yang terlalu besar. Jangkitan TB dapat dielakkan dengan pelbagai langkah pencegahan lain.  


Nota AHP:
Untuk lebih jelas dan tepat, sila dapatkan pandangan Medical Practitioner dalam soal ini. Aku menulis berdasarkan pemahaman sendiri terhadap penerangan doktor.

                                   
Soalan 3:

Wujudkah perbezaan kesan sampingan pengambilan HAART dari segi biologi di antara kaum-kaum yang berbeza? Contoh, mungkin Nevirapine akan menyebabkan kemungkinan skin rashes yang teruk terhadap bangsa tertentu.

Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, tiada beza kesan sampingan pengambilan HAART yang diambil oleh mana-mana kaum sekalipun. Ianya bergantung kepada tubuh individu.  HAART tidak mengamalkan racism (aku yang tambah!).


Soalan 4:

Ada seorang sahabat komuniti turut menghidap psoriasis. Psoriasis dialami  semakin teruk, walaupun bacaan CD4 masih 500 ke atas dan CD8 2500 ke atas. Adakah boleh jika disebabkan psoriasis yang teruk ini, beliau hendak mohon makan HAART lebih awal?




Jawapan:

Psoriasis is a common skin condition that changes the life cycle of skin cells. Psoriasis causes cells to build up rapidly on the surface of the skin. The extra skin cells form thick, silvery scales and itchy, dry, red patches that are sometimes painful.

Sumber: sini

Dr. Iskandar mencadangkan supaya berbincang dengan doktor jika sudah bersedia untuk memulakan rawatan HAART. Psoriasis tiada kaitan dengan HIV. Psoriasis berkaitan dengan immune di mana ianya bersifat auto-immune atau alahan.

Psoriasis tidak boleh dipulihkan, tetapi masih boleh dikawal. Ianya juga bersifat tidak menentu, iaitu kadangkala ianya OK, tetapi ada masanya tidak. Contohnya, ada pesakit yang hanya mengalami psoriasis semasa hamil. Tetapi selepas proses kelahiran, psoriasis tersebut hilang. Ada juga pesakit psoriasis yang mengalami psoriasis yang teruk jika dia berada dalam keadaan depressed atau tertekan.


Soalan 5:

Pertanyaan daripada seorang pembaca blog. Beliau telah menjalani HIV rapid test pada hari yang ke-167 selepas terdedah kepada aktiviti berisiko. Result negatif, tetapi positif herpes.

Beliau enggan menerima penerangan yang telah berkali-kali aku jelaskan kerana kononnya ada “doktor” klinik yang dikunjunginya berpendapat bahawa jangkitan herpes biasanya turut membawa kemungkinan jangkitan HIV. Adakah beliau perlu membuat HIV rapid test sekali lagi? Adakah HIV rapid test yang pertama tadi sudah dikira konkrit dan muktamad?

Jawapan:

Herpes dan HIV adalah dua perkara yang berbeza dengan dua ujian yang berbeza. Cuma, cara jangkitannya ada persamaan iaitu boleh berjangkit melalui hubungan seks (walaupun bukan hubungan seks sahaja punca jangkitan HIV).

Walau bagaimanapun, Dr. Iskandar menasihatkan agar sesiapa sahaja yang mengalami sexually transmitted diseases (STD) atau penyakit-penyakit kelamin membuat kesemua ujian yang berkaitan seperti ujian Hepatitis-B, HIV, dan syphilis.


Soalan 6:

Soalan daripada individu yang sama. Apakah nucleic acid amplification test (NAT) atau ujian darah selepas menderma darah dapat mengesan jangkitan lebih awal.

Jawapan:

Nucleic acid test biasanya dipanggil "NAAT", atau nucleic acid amplification test (NAAT). Menurut Dr. Iskandar, NAAT ini lebih kepada ujian untuk mengesan jangkitan syphilis.

Umumnya, NAAT juga adalah ujian untuk mengesan virus-virus yang boleh berjangkit melalui darah seperti HIV, Hepatitis-B, Hepatitis-C, dan syphilis. Ujian ini dibuat kepada semua darah yang telah didermakan sebelum digunakan untuk mengelakkan darah yang tercemar menjangkiti individu lain.


Soalan 7:

Bagaimana dengan situasi berikut? HIV rapid test negatif, tetapi lymphocyte (limfosit) pula rendah.

(Lymphocyte adalah salah satu komponen sel darah putih (leukocyte) yang merupakan kepentingan asas di dalam sistem imun kerana ianya adalah sel yang menentukan pengkhususan tindak balas imun terhadap mikroorganisma berjangkit dan bendasing yang lain).

Sumber: sini

Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, low lymphocyte tidak semestinya positif HIV. Para pengamal perubatan tidak melihat kepada keadaan lymphocyte untuk menentukan status HIV seseorang itu. Mereka hanya membuat rapid test pada peringkat terawal. Sekiranya rapid test tersebut positif, maka complementary test dan CD4 akan dibuat selepas itu.


Soalan 8:

Soalan komuniti. Seorang surirumah (PLHIV) yang mahu hamil, seboleh-bolehnya  viral load hendaklah not detected. Walau bagaimanapun, jika viral load kurang daripada 1000, risiko terlalu kurang dan masih boleh hamil. Adakah betul?

Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, fakta tersebut adalah betul.


Soalan 9:

Petikan soalan di blog.

Herpes Simplex Type i lgG: 1.20 Positive (bacaan saya)
Negative = 0.90
Equivocal = 0.91 – 0.99
Positive = 1.00

Herpes Simplex Type ii lgG: 0.91 Equivocal (bacaan saya)
Negative = 0.90
Equivocal = 0.91 – 0.99
Positive = 1.00

Chlamydia lgG: 0.10 Borderline (bacaan saya)
Negative = 0.90
Borderline = 0.90 – 1.1
Positive = 1.1

(a)  Bagaimanakah saya dikesan mempunyai virus di atas?
(b)  Adakah cara lain jangkitan selain daripada hubungan seks?

Jawapan:

(a)  Virus di atas boleh dikesan melalui ujian darah.

(b)  Tiada cara lain jangkitan untuk Herpes Simplex dan Chlamydia kerana kedua-duanya adalah sexually transmitted diseases (STD).


Soalan 10:

Soalan komuniti. “Saya positif HIV. Suami saya negatif HIV, tetapi positif Hepatitis-C.  Di hospital, doktor telah membuat ujian x-ray dan magnetic resonance imaging (MRI), tetapi hasilnya tidak menemui apa-apa. Doktor mencadangkan untuk membuat ujian yang sama sekali lagi.

Suami diminta merujuk doktor pakar hati. Walau bagaimanapun, kos bermula daripada RM800.00 dan perlu ditanggung oleh pesakit. Jika dikesan bengkak pada hati, pesakit perlu menyediakan di antara RM10,000.00 sehingga RM15,000.00 untuk kos rawatan.

Suami juga mengalami ulcer yang teruk di dalam mulut sehingga tidak mampu makan dan minum.

Adakah benar kos sebegitu perlu ditanggung oleh pesakit?”




Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, Hepatitis-C adalah sejenis penyakit berjangkit. Secara umumnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menanggung kesemua kos perubatan penyakit berjangkit. Walau bagaimanapun, bagi Hepatitis-C, kosnya tidak ditanggung oleh pihak KKM.

Penanggungan kos rawatan adalah bergantung kepada latar belakang pesakit. Sekiranya pesakit adalah penjawat awam, maka kos rawatan adalah ditanggung oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jika pesakit adalah kakitangan swasta, maka separuh kos rawatan adalah ditanggung oleh majikan dan separuh lagi ditanggung sendiri oleh pesakit. Kos yang ditanggung oleh pihak majikan pula bergantung kepada budget pihak majikan pesakit.

Hepatitis-C boleh dirawat (curable) tetapi kos rawatannya tinggi.

Jika pesakit tidak mampu menanggung kos rawatan, pihak hospital atau Klinik Kesihatan tetap akan meneruskan rawatan.

Tetapi untuk melangsaikan bayaran rawatan tersebut, mereka boleh memohon bantuan daripada Tabung Perubatan Pesakit (TPP), Baitulmal, atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mereka boleh merujuk perkara ini kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang ada di semua hospital dan Klinik Kesihatan yang tertentu.


Soalan 11:

Soalan komuniti: “Saya mengambil Lamivudine / Zidovudine dan Nevirapine sebagai rawatan HAART saya. Kuku jari tangan kiri saya telah bertukar warna kepada ungu kehitaman. Adakah ianya normal?

Saya juga rasa down, mudah salah sangka, rasa bersalah, depressed, dan keseorangan.”

Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, perkara itu adalah normal. Salah satu kesan sampingan Lamivudine / Zidovudine adalah kemungkinan bahagian bawah (pangkal) kuku akan bertukar warna menjadi kehitaman. Kuku tersebut elok. Tetapi salur darah di bahagian bawah kuku tersebut menjadi kehitaman.

Ianya adalah salah satu kesan sampingan yang jarang berlaku dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

Perasaan down, mudah salah sangka, rasa bersalah, depressed, dan keseorangan pula adalah disebabkan oleh treatment fatigue dan grief reaction sebagaimana yang biasa dialami oleh mereka yang mengalami penyakit-penyakit kronik yang lain. Ianya tiada kaitan dengan akibat pengambilan ubat.


Soalan 12:

Ramai yang mengadu mereka mempunyai pelbagai simptom setelah melakukan aktiviti berisiko. Walaupun telah berkali-kali menjalani ujian saringan, keputusannya tetap HIV negatif.

Antara simptom yang popular dan sering diadukan kepadaku adalah seperti lesu badan dan keputihan di dalam mulut (seolah-olah candiasis).

Jika telah terbukti negatif, simptom tersebut mungkin disebabkan oleh jangkitan penyakit lain yang lebih mudah berjangkit. Mungkin juga akibat paranoia, stressed, atau tidak cukup tidur sehingga akhirnya mereka merasakan mereka adalah HIV positif.

Aku meminta pandangan doktor, mengapakan simptom yang dinyatakan sangat popular dan adakah jawapan yang aku berikan tepat?

Jawapan:

Dr. Iskandar turut bersetuju dengan jawapan yang biasa kuberikan kepada para pengadu berkenaan. Beliau turut menasihatkan agar mereka pergi membuat pemeriksaan dengan doktor untuk kepastian. Simptom-simptom tersebut tidak semestinya disebabkan oleh HIV, tetapi berkemungkinan ada penyakit-penyakit yang lain. Menurut beliau, mereka itu biasanya akibat terlalu obsessed dengan HIV.


Soalan 13:

Bolehkah seseorang PLHIV memakan makanan separuh masak?




Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, tiada masalah bagi PLHIV untuk memakan makanan separuh masak. Masalah yang biasa dihadapi oleh sesiapa sahaja termasuk non-PLHIV adalah memakan makanan yang tercemar.

Contohnya, walaupun makanan sudah dimasak elok, tetapi ada masalah pada pengendali makanan seperti keadaan diri yang tidak bersih atau menghidap penyakit kepialu (typhoid), maka makanan tersebut dikira sudah tercemar.

Contoh kes yang lain: makanan bersih, pengendali makanan sihat, alatan dibersihkan dengan baik, tetapi pinggan mangkuk mungkin tercemar oleh kencing tikus. Jika makanan yang elok dimasak dan diletakkan pula di atas pinggan mangkuk tersebut, maka pemakan makanan tersebut mempunyai kemungkinan tinggi untuk dijangkiti leptospirosis (kencing tikus).




Soalan 14:

Seorang PLHIV baru sahaja memulakan rawatan HAART. Apabila tubuh manusia baru sahaja menerima suatu bendasing masuk, sistem pertahanan tubuh perlu mengenal pasti bendasing tersebut dan memastikan ianya bukan “musuh.”

Semasa proses “suai kenal” berkenaan, maka akan berlakulah sedikit kesan sampingan (sekadar mungkin) seperti rasa pening, mengantuk, dan sebagainya. Apabila telah serasi bersama, keadaan kembali normal.

Adakah konsep tersebut sama dalam keadaan beberapa ubatan atau antigen tertentu yang diambil oleh individu akan menyebabkan kesan sampingan atau demam?

Contohnya, jika tubuh mahu mengenal pasti sesuatu bendasing yang masuk, suhu badan akan meningkat jika ada jangkitan kuman.

Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, kenyataan tersebut sama dengan konsep berkenaan.

Walau bagaimanapun, ianya tiada kaitan dengan pengambilan rawatan HAART, tetapi antigen lebih kepada untuk imunisasi. Jika berlaku kesan sampingan selepas mengambil HAART, ianya adalah kerana tubuh sedang menerima satu bendasing sementara badan membiasakan diri.

Contohnya jika kita baru pertama kali memakan durian. Ada individu yang akan mengalami pening kepala atau panas badan. Jika makan durian sahaja pun sudah berlaku perubahan pada keadaan tubuh, sama sahaja konsepnya dengan pengambilan ubat.

Efavirenz (nama panggilan manja ubat tersebut “Cik Efa”) mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau mamai kepada sebahagian PLHIV yang mengambilnya. Kerana itulah Efavirenz disarankan diambil pada waktu malam sejurus sebelum tidur.

Jika masih rasa sangat mengantuk pada waktu pagi, adalah dinasihatkan supaya mengambil ubat tersebut lebih awal lagi. Contohnya, jika Efavirenz diambil pada pukul 12 malam, masih lagi rasa sangat mengantuk pada waktu pagi, maka bolehlah diambil awal sedikit, iaitu anggaran pukul 10 malam misalnya.

Apabila Efavirenz being metabolised atau dikumuhkan oleh hati, ianya akan berubah menjadi cannabis atau ganja. Jika urine test dilakukan, hasilnya mungkin menjadi  positif cannabis. Walaupun begitu, PLHIV tidak perlu bimbang kerana jika perlu, surat khas perakuan sedang menjalani rawatan yang memungkinkan keadaan sedemikian boleh disediakan oleh pihak KKM.


Soalan 15:

Bagaimana dengan jadual pengambilan HAART bagi PLHIV yang sentiasa perlu berdepan dengan zon perubahan masa kerana sering keluar negara atas sebab-sebab kerjaya dan terpaksa mengendalikan mesin yang melibatkan keselamatan orang ramai? Salah satu kombinasi ubat beliau adalah Efavirenz yang sentiasa menyebabkan beliau mengalami kesan sampingan walaupun telah agak lama mengambilnya. Adakah beliau boleh memohon untuk menukar kombinasi ubat?

Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, boleh memohon untuk bertukar kombinasi ubat dengan cara berbincang dengan doktor yang merawat. Beritahu doktor tersebut bahawa pertukaran ini adalah untuk kepentingan perkhidmatan dan Efavirenz yang diambil sekarang masih memberi kesan sampingan yang kuat walaupun telah lama mengambilnya.

Dr. Iskandar mencadangkan supaya bertukar kepada Lopinavir / Ritonavir kerana ianya tiada kesan sampingan. Walau bagaimanapun, Lopinavir / Ritonavir adalah rawatan HAART daripada second line regime. Ianya perlu diambil dua kali sehari berbanding Efavirenz yang cuma sekali sehari.


Soalan 16:

Benarkah ada ubat yang boleh diperolehi dengan harga yang lebih murah jika terdapat komuniti yang terpaksa membelinya dan adakah kualitinya sama?




Jawapan:

Menurut Dr. Iskandar, perjanjian harga ubat telah dibuat di antara pihak kerajaan sesebuah negara dengan pihak pengeluar ubat mengikut gross domestic product (GDP). Oleh itu, kesemua ubat hendaklah diletakkan harga mengikut GDP yang telah dipersetujui. Setiap negara mungkin menetapkan harga yang berbeza dengan negara-negara yang lain.

Contohnya, harga ubat di India dan Bangladesh adalah lebih murah berbanding di Malaysia. Ini adalah kerana GDP di negara-negara tersebut memang telah ditetapkan sebegitu. Kualitinya tetap sama.


Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.

Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan cemerlang.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com