Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
Tiada jangkitan HIV melalui penyediaan
makanan, tetapi terdapat pelbagai jenis jangkitan lain yang boleh tersebar
semasa mengendali, menyedia, dan memasak.
Bagi pengendali, penyedia, atau tukang masak,
imunisasi atau vaksin typhoid adalah
WAJIB untuk mengekang merebaknya penularan bakteria Salmonella Typhi (S. Typhi) yang menyebabkan penyakit typhoid (kepialu).
Terdapat 2 jenis vaksin untuk typhoid:
1. Vivotif
Oral - merupakan vaksin hidup (live
vaccines), diambil secara titisan ke dalam mulut.
2. Sama ada Typherix atau Typhim Vi
(bukan vaksin hidup). Diambil melalui suntikan.
Vivotif Oral TIDAK BOLEH diberikan kepada
mereka (PLHIV & non-PLHIV) yang
mengalami masalah immunocompromised
iaitu seperti sedang menjalani kemoterapi disebabkan kanser, dan sebagainya.
Tetapi Typherix
dan (atau) Typhim Vi BOLEH diberikan
kepada PLHIV sama ada sedang atau
tidak mengambil HAART.
Nota:
Non-PLHIV yang lemah imuniti tubuh akibat
sebab-sebab penyakit kronik tertentu dianggap berada seperti PLHIV di stage AIDS (CD4 <200).
Tetapi stage
AIDS bagi PLHIV adalah agak subjektif
kerana turut bergantung kepada beberapa faktor lain seperti sama ada mendapat rawatan, telah dijangkiti
penyakit-penyakit opportunistic atau
tidak, dan sebagainya.
Jadi, PLHIV
yang terlibat dalam bidang perniagaan berasaskan penyediaan makanan mesti faham
jenis vaksin dan jika bacaan CD4 mereka mereka melebihi 200, tidak menjadi
masalah untuk mendapatkan mana-mana jenis vaksin typhoid.
Nota:
Diulangi. Bukan kerana risaukan jangkitan HIV
kepada non-PLHIV, tetapi suntikan
tersebut mungkin membahayakan PLHIV.
Mitos:
Makanan yang disediakan dan kendalikan oleh PLHIV kononnya bahaya kepada non-PLHIV adalah karut.
Bahkan dikatakan jika tidak dijangkiti HIV
sekalipun, makanan tetap bahaya kerana PLHIV
mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan penyakit-penyakit lain yang mungkin
menjangkiti orang lain.
Ini disebabkan dalam mind setting mereka terbayangkan PLHIV semestinya adalah individu yang menjijikkan dan mesti
dijauhi.
Sedangkan dengan rawatan, PLHIV mampu hidup sihat seperti orang
lain dan setiap penyakit ada cara jangkitan tertentu. Yang penting ialah
menjaga kebersihan.
Ramai PLHIV
yang terlibat dalam bidang penyediaan makanan, bahkan mungkin waiter atau waitress dan chef terkenal yang menyediakan makanan di restoran
kegemaran anda setiap hari adalah seorang PLHIV.
Adakah anda dapat memastikan status kesihatan
mereka dan berapa peratuskah jangkitan HIV dengan cara tersebut dalam statistik
yang anda ketahui?
Info tambahan daripada KKM:
Typhoid lebih dikenali sebagai demam
kepialu.
Demam kepialu adalah satu jangkitan bawaan
makanan yang disebabkan oleh bakteria Salmonella
Typhi (S. Typhi).
Bagi mereka yang dijangkiti demam kepialu,
bakteria ini akan masuk ke dalam darah dan usus mereka.
Mereka boleh mencemari makanan dan minuman
melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.
Apakah jenis-jenis makanan yang biasa
dikaitkan?
- Makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna
- Makanan bercengkerang seperti etok, kerang, kepah, kupang, lala, dan tiram.
- Sayuran mentah (ulam dan salad).
- Cendol.
- Susu mentah. `
Apakah gejala jangkitan?
Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1-2
minggu selepas terdedah kepada jangkitan, tetapi ia juga boleh berlaku dari 3
hari hingga 3 bulan selepas itu.
Antaranya:
- Demam berterusan dan berpanjangan dan suhu melebihi 40˚C
- Cirit-birit.
- Sembelit.
- Sakit perut.
- Sakit kepala.
- Sakit badan / lemah / letih lesu.
- Kurang selera makan.
- Batuk tanpa kahak.
- Denyutan jantung perlahan (bradycardia).
- Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan).
- Bengkak limpa dan hati.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
1. Melalui makanan dan minuman yang tercemar
oleh tinja (najis) manusia yang mengandungi bakteria Salmonella Typhi.
2. Melalui makanan dan minuman yang
disediakan oleh pembawa bakteria (typhoid
carrier).
Komplikasi Penyakit
1. Menyebabkan kematian jika tidak mendapat
rawatan awal dan secukupnya.
2. Seorang yang tiada tanda / simptom atau
sembuh daripada demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (pembawa typhoid).
Rawatan
Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan
rawatan awal.
Rawatan dengan antibiotik seperti Chloramphenicol, Ampicilin, dan Ciprofloxacin
biasanya diberikan.
Bagaimanakah untuk mencegah demam kepialu?
- Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan.
- Hanya makan makanan yang telah dimasak sepenuhnya.
- Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti ais, sayuran mentah atau ulam, buah-buahan dan makanan yang dibeli daripada penjaja semasa berlakunya wabak.
- Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
- Elakkan ais kecuali ais yang dibuat daripada air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
- Mendapatkan pelalian vaksin demam kepialu.
- Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja (najis) yang sesuai terutama selepas banjir atau bencana alam.
- Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan.
Apakah tindakan jika saya disyaki mendapat
penyakit demam kepialu?
Jumpa doktor anda segera.
Semoga nota ringkas ini dapat difahami
pembaca.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
https://www.facebook.com/ahp.positif
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com