Thursday, September 11, 2014

AKU DAN HIV



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.





Mereka kata HIV bermulanya sebuah derita,
Mereka kata HIV gelap masa depan,
Mereka kata HIV berakhirnya sebuah perjalanan,

Aku pula kata HIV adalah kelahiran semula ke dunia.

Sebenarnya,
HIV menyedarkan aku betapa indahnya segala nikmat yang dipinjamkan,
Indahnya rasa memberi berbanding menerima,
Indahnya berkesempatan melihat terbit dan terbenamnya matahari,
Indahnya menatap sinar purnama ketika insan lain diulit lena,
Mengajak sujud menyerah diri kepada Pencipta.

Allah,
Dengan HIV,
Engkau menjadikan aku berganda-ganda lebih bahagia mendengar anak-anakku ketawa,
Bahagia melihat insan-insan tersayang tersenyum,
Bahagia melihat wajah-wajah yang dulunya redup, kembali keriangan.

HIV mengajar aku untuk lebih mengerti sebuah kehidupan,
Diajar tentang erti sabar, redha dan berjiwa besar.

HIV menjadikan aku insan yang lebih baik dari semalam,
Tahu beza antara sahabat dan dedalu.
Tahu dan lebih menghargai erti kasih-Mu.

Syukur Allah,
Segalanya menjadi indah melalui makhluk-Mu yang bernama HIV.

Maka, nikmat apa lagi yang mahu aku dustakan?
Hakikat perjalanan yang sememangnya hanya sementara.


12 Zulkaedah 1345
6 September 2014.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com