Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
Isu ini mungkin remeh bagi sesetengah orang,
tetapi sangat besar kesan psikologinya kepada infected dan affected people.
Termasuk untuk memperbetulkan mind
setting masyarakat terhadap HIV.
Kisah benar ini berlaku di sebuah hospital
ketika salah seorang ahli PPWM menziarahi ahli keluarga beliau.
PLHIV tersebut ternampak 2 ambu bags dalam 2 containers berasingan di satu sudut RUANG PEJALAN KAKI AWAM dalam
wad hospital tersebut dan tertanya-tanya rasional ianya perlu dilakukan:
1. For HIV only (Bold dan BESAR
tulisannya)
2. For normal patients
Apakah kaitannya ambu bag dengan cara jangkitan HIV? Tolong berikan rasional kenapa
tindakan tersebut perlu diambil.
Disebabkan ianya boleh dilihat oleh orang
awam, sepintas lalu, sesiapa pun akan terfikir bahawa, "Wah, ada
langkah-langkah khas kepada patients HIV.
Baguslah kerana 'penyakit' ini bahaya dan mudah berjangkit!"
Adakah PLHIV
patients tidak normal dan membahayakan patients
lain?
Atau adakah alasannya kerana PLHIV yang memerlukan ambu bag ini disebabkan mereka biasanya
telah dijangkiti dengan pelbagai jangkitan penyakit lain berkaitan pernafasan
yang mudah tersebar melalui udara? Atas alasan tersebutkah langkah tersebut
dilakukan?
Jika begitu, adakah non-PLHIV patients yang dijangkiti penyakit berkaitan pernafasan
tidak membahayakan patients lain
(yang memerlukan ambu bag) jika ambu bag tersebut "for normal patients" sedangkan cara jangkitannya tetap
sama?
Logiknya, risiko jangkitan melalui pernafasan
(bukan salah satu cara jangkitan HIV) adalah sama sahaja kepada mana-mana patients, bahkan PLHIV berkemungkinan lebih mudah terdedah kepada risiko jangkitan jika
imuniti tubuh mereka lemah.
Yang lemah sepatutnya kita lebih lindungi.
Kenapa seolah-olah kita biarkan yang lemah dalam bahaya?
Adakah ambu
bag "for HIV only" ini lebih istimewa sehingga jangkitan melalui
udara sukar tersebar kepada PLHIV?
Bagusnya!
Adakah kerana dibimbangi berlaku pendarahan
kawasan pernafasan PLHIV semasa
menggunakan ambu bag (sehingga
menyebabkan berlakunya risiko jangkitan HIV –kononnya!) dan memerlukan
pengasingan?
Jika begitu, PPWM cadangkan agar diwujudkan
hospital-hospital dan wad-wad khas untuk PLHIV
supaya seluruh rakyat Malaysia lebih selamat.
Bagaimana dengan hak PLHIV itu sendiri sebagai patients
yang sepatutnya diberi perlindungan yang sama daripada apa juga jenis jangkitan
penyakit terutama jangkitan yang mudah tersebar melalui udara daripada PLHIV yang pernah menggunakan ambu bag "for HIV only"
sebelum ini?
Adakah ini prosedur standard di semua hospital seluruh negara atau di hospital tersebut
sahaja?
Apabila kami tunjukkan gambar ini dan ajukan
soalan kepada beberapa orang doktor, jururawat, dan pembantu jururawat di
hospital masing-masing, mereka mengatakan tidak pernah melihat pengasingan
tersebut dilakukan dan bersetuju ianya tiada kena mengena dengan jangkitan HIV.
Setiap patient adalah sama.
Adakah ini ada kaitannya dengan stigma dan
diskriminasi? Stigma dan diskriminasi berlaku di hospital?
Jika beginilah sikap segelintir (diulangi,
SEGELINTIR) kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tidaklah
menghairankan jika PLHIV kekal
berdepan dengan stigma, diskriminasi, dan judgemental
yang merupakan jangkitan maut yang sebenar.
Tidaklah menghairankan apabila kami sering
menerima aduan pelbagai diskriminasi yang masih dilakukan oleh pihak perawat
seperti labelling dan signage khas di katil-katil PLHIV di wad sehingga sekarang.
PPWM andaikan ini memang (World Health Organization) WHO’s standard precaution in healthcare atau penambahbaikan proaktif
di hospital berkenaan. Wawasan menuju zero
defect.
Jika kerana stigma, mudah difahami apabila
PPWM menerima aduan PLHIV diminta
membawa sendiri peralatan makanan seperti sudu, pinggan, gelas, dan sebagainya
oleh jururawat di sesebuah hospital.
Kita tunggu jika ada mana-mana pihak yang
boleh memberikan rasional kewajaran langkah tersebut supaya masyarakat faham.
Jika PPWM salah, kami akan minta maaf secara terbuka.
Nota:
Apa itu ambu bag?
"A
self-refilling bag-valve-mask unit with a 1–1.5 litre capacity, used for
artificial respiration which, while suboptimal for the non-intubated patient,
is effective for ventilating and oxygenating intubated patients, allowing both
spontaneous and artificial respiration."
Secara mudahnya ambu bag ialah beg bantuan pernafasan bagi membantu patients yang mengalami masalah
pernafasan untuk bernafas secara normal.
Semoga nota ringkas ini dapat difahami
pembaca.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com