Wednesday, September 17, 2014

HIV DAN GOLONGAN YANG PALING TERDEDAH KEPADA RISIKO JANGKITAN



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Soalan:

Betulkah majoriti people living with HIV (PLHIV) terdiri daripada para penganggur, pekerja seks, golongan yang tidak berpelajaran, dan penyalahguna dadah?


Jawapan:

Tidak.

Golongan yang disebutkan telah menunjukkan penurunan kadar jangkitan yang ketara. Antara faktor penurunan tersebut ialah pelaksanaan Needle and Syringe Exchange Programme (NSEP) yang pernah menjadi kontroversi hebat suatu ketika dahulu.




HIV boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Tidak kira sama ada mereka yang dianggap sebagai golongan pengamal dosa atau tidak. Demografi terkini menunjukkan generasi muda termasuk para pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) / institut pengajian tinggi swasta (IPTS), isteri-isteri yang tidak mengetahui aktiviti berisiko suami mereka di luar rumah, dan golongan profesional lebih ramai yang dijangkiti HIV.




HIV tidak mengira pendidikan, usia, taraf kehidupan, dan jawatan. Semua bidang pekerjaan terdedah kepada HIV dengan pelbagai cara sama ada ustaz, ustazah, imam, doktor, peguam, wartawan, chief executive officer (CEO), jurutera, pemimpin masyarakat, Datuk, Datin, atlet, artis, dan sebagainya.




Memahami HIV dapat menyekat penularan, memanfaatkan rawatan dan meningkatkan kualiti hidup infected people dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com