Antara punca jangkitan utama jangkitan HIV
adalah sikap ambil mudah dan merasakan pasti diri atau keluarga kita tidak
berkaitan. "Itu hanya isu golongan tertentu."
Apabila terdedah atau melakukan aktiviti
berisiko, hanya melalui rapid test
sahaja caranya untuk tahu status kesihatan. Jangan bergantung kepada simptom
kerana simptom sangat subjektif. Bahkan ada yang tidak mengalami sebarang
simptom dan tanpa sedar telah menjangkitkannya kepada pasangan.
Tahu awal dan rawatan awal adalah yang
terbaik. Past is past!
Kes 1:
Troott... trottt...!
-
|
Assalamualaikum, abang. Saya
nak tanya sikit boleh?
|
-
|
Waalaikumussalam. Tolong
perkenalkan diri dan tempat tinggal sekarang.
|
(Tujuan untuk senang berkomunikasi dan
memudahkan urusan bantuan / sokongan jika diperlukan di kawasan berdekatan)
-
|
Saya Pie, tinggal di Temerloh.
Saya nak bertanya kepada abang tentang HIV. Saya gatal pada kulit sehinnga saya tidak tahan untuk menggaru dan meninggalkan kesan merah pada kulit. Dan ada nodus limfa di bahagian leher. Tapi saya belum
membuat HIV test lagi. Saya rasa
takut dan hilang keyakinan diri sekiranya keputusan saya positif.
|
-
|
Test dulu, dapat result baru saya boleh berikan
pandangan dan fikirkan bantuan yang perlu JIKA positif. Wallahu A'lam.
|
-
|
Okay abang. Terima kasih. Tapi
saya tidak ada flu seperti demam dan sebagainya.
|
-
|
Jawapan saya tetap sama. Test
dulu. Wallahu A'lam.
|
-
|
OK.
|
Kes 2:
Troott... trottt...!
Bla, bla, bla... yada, yada, yada...
(Seperti di atas)
-
|
Boleh bagitahu saya apa
aktiviti berisiko yang telah Pie lakukan?
|
(Tujuan untuk menilai kefahaman dan setakat
mana kebenaran tentang aktiviti berisiko yang dikatakannya. Maklumlah simptom
yang digambarkannya terlalu banyak).
-
|
Saya telah meraba kemaluan
pasangan saya dan sering berkongsi makanan serta minuman dengannya. Sejak itu
saya cukup risau jika dia ada HIV dan menjangkitkannya kepada saya.
|
(Walaupun ketika itu aku boleh tahu tahap
pendedahannya terhadap risiko tetapi masih ada 2 kemungkinan:
1. Berbohong tentang aktiviti berisiko
sebenar yang telah dilakukan.
2. Anxiety disorder.
-
|
Saya cadangkan Pie jalani rapid test dulu. Sila jalani juga
ujian STI (sexually transmitted
infections). Jika HIV positif, baru boleh saya bantu. Selain itu, sila baca entries WAJIB blog saya.
|
(Tujuannya untuk kepastian dan untuk
memberikannya rasa "serik." Belajar daripada pengalaman).
-
|
Tapi saya takut bang!
|
-
|
Saya tidak tahu cara untuk
membuat Pie berani. Hanya ujian HIV sahaja cara untuk tahu. Wallahu A'lam.
|
-
|
Bang, tolonglah. Bagaimana
untuk jadikan saya kuat dan tabah?!
|
-
|
Taubat nasuha, jaga solat 5
waktu, solat dhuha, baca Qur'an dan lagi bagus kalau tambah solat tahajjud.
|
-
|
Saya tak mampu buat semua tu, bang!
|
-
|
Saya pun tak mampu nak tolong.
Assalamualaikum.
|
Maaf ya. Aku memang tidak mampu melayan
soal emosi dan perlu fokus terhadap ramai lagi yang betul-betul memerlukan
pertolongan. Bersikap negatif tidak akan membawa kita ke mana-mana.
Getting to Zero.
Wallahu a'lam.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com