Friday, February 13, 2015

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-44




My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Maaf perkongsian pengalaman ini lambat dipaparkan disebabkan aku sekeluarga antara yang diuji dengan banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini. Walau bagaimanapun, faktanya masih relevan.


Date: 9 January 2015
Day: Friday
Time: 3.59 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Weight: 74.8 kg
Blood pressure: 120/76 (normal)
Pulse rate: 66/min (regular)
Glucose: 11.5 (random)
Temperature: 36.5°C
Mouth: No oral candidiasis
No jaundice

Temujanji kali ini turut ditemani Kak Da, Ummie, dan Danial.

Dr. Iskandar mengingatkan aku tentang ujian darah yang perlu aku jalani pada 26 Januari 2015, waktu pagi.

Selesai routine check-up, aku meneruskan consultation dengan bertanyakan beberapa soalan yang diajukan oleh rakan-rakan komuniti. Untuk urusan peribadi, tiada apa yang mahu aku tanyakan.


Soalan 1:

Secara asasnya, tiada risiko jangkitan HIV di pusat rawatan dialisis. Walau bagaimanapun, adakah hanya hospital-hospital tertentu sahaja yang menyediakan rawatan dialisis untuk people living with HIV (PLHIV) atau adakah ianya boleh dilakukan di mana-mana sahaja hospital yang menyediakan kemudahan tersebut?




Jawapan:

Pusat rawatan dialisis terdapat di semua hospital kerajaan. Sama ada seseorang individu itu PLHIV atau tidak, keperluan menjalani rawatan dialisis tetap perlu dipenuhi.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga (precaution) dan untuk mengelakkan sebarang pertikaian, beberapa langkah perlu dipertimbangkan khusus kepada jenis-jenis penyakit yang berjangkit melalui darah seperti Hepatitis B, Hepatitis C, dan HIV.

Prosedur khas tertentu perlu dipatuhi. Contohnya, mungkin pihak hospital menyediakan mesin khas untuk patients yang disebut tadi atau mungkin perlu diberi giliran terakhir menggunakan mesin rawatan dialisis pada hari berkenaan.

Standard of procedure (S.O.P.) yang terlibat ialah setiap mesin yang telah digunakan akan dipastikan selamat untuk digunakan oleh patients seterusnya. Tiada isu besar untuk perkara ini, kecuali pusat rawatan dialisis swasta.

Pusat rawatan dialisis swasta menjalankan perniagaan yang berasaskan keuntungan. Mereka perlu memaksimumkan penggunaan mesin-mesin rawatan dialisis mereka.

Jika ada mesin yang hanya dikhaskan untuk patients Hepatitis atau HIV sahaja, mungkin pendapatan mereka akan berkurangan kerana tidak ramai pesakit dalam kategori tersebut yang memerlukannya.

Patients ginjal tidak boleh pergi begitu sahaja ke mana-mana pusat rawatan dialisis swasta yang mereka mahu. Pusat rawatan dialisis swasta bukanlah klinik kerajaan.

Hanya nephrologist (pakar penjagaan dan rawatan ginjal) dari hospital yang boleh merujuk mereka kepada pusat rawatan dialisis swasta tertentu. Ini kerana terdapat kuota tertentu di pusat rawatan dialisis swasta.

Nephrologist berkenaan juga tahu pusat rawatan dialisis swasta tertentu yang boleh menerima PLHIV.

Pusat rawatan dialisis swasta perlu menerima patients dari hospital kerajaan. Ini kerana pusat rawatan dialisis swasta diberi subsidi oleh pihak kerajaan. Kerajaan sekadar outsource rawatan dialisis kepada pihak swasta.


Soalan 2:

Apakah pendapat doktor tentang pengambilan ubat penahan sakit atau painkillers yang kuat di kalangan PLHIV?

Jawapan:

HAART tidak berinteraksi dengan kebanyakan ubat yang lain. Contohnya, seorang PLHIV yang demam dan menjalani rawatan HAART boleh mengambil antibiotik.

Painkillers seperti Panadol™ dan Celebrex™ mempunyai kesan yang sama.


Analgesic Ladder


Paracetamol atau PCM (contohnya Panadol™), NSAID, dan COX2 inhibitors adalah peringkat pertama painkillers yang mempunyai keberkesanan yang sama.

Bezanya adalah jangka masa painkillers tersebut berada di dalam tubuh. PCM bertahan selama 6 jam di dalam tubuh; NSAID 12 jam atau 24 jam; dan COX2 inhibitors 24 jam.

Beza yang lain adalah kesan painkillers tersebut terhadap organ dalaman tubuh jika diambil tanpa kawalan. NSAID mungkin memberi kesan sampingan terhadap perut dan ginjal. COX2 inhibitors pula mungkin memberi kesan sampingan terhadap jantung.

Painkillers pada peringkat ini boleh dibeli dengan mudah di farmasi tempatan.

Adalah sangat digalakkan untuk yang memerlukan hanya mengambil Panadol™ Actifast sahaja untuk mengurangkan kesakitan. Selepas 6 jam, jika masih sakit, kita boleh mengambilnya lagi. Selepas 6 jam, jika sudah tidak sakit, ianya memadai.


Soalan 3:

Puan X telah menjalani pemeriksaan dengan doktor tentang kesuburan. Persoalannya, doktor telah melarang Puan X dan suami melakukan hubungan intim dalam tempoh sebulan sebelum ujian dijalankan. Betulkah begitu?

Jawapan:

Doktor pakar obstetrics and gynaecology (O&G) atau sakit puan perlu memeriksa tahap kesuburan Puan X.

Antara prosedur yang perlu dijalankan adalah hysterosalpingogram (HSG).

hysterosalpingogram (HSG) is an X-ray test that looks at the inside of the uterus and fallopian tubes and the area around them. It often is done for women who are having a hard time becoming pregnant (infertile).

Sumber: sini




HSG ini tidak membolehkan Puan X untuk membuat hubungan kelamin selama seminggu untuk memastikan ujian tersebut lebih tepat.

Selain itu, ujian tahap kesuburan turut melibatkan ujian darah dan pemantauan kitaran haid. Jika kitaran haid adalah tetap (regular), maka tahap kesuburan adalah baik dan membuktikan hormon adalah bagus.

Ujian darah perlu dilakukan sebanyak 3 kali:

Kali pertama: Hari pertama haid
Kali kedua: Hari ke-14 selepas hari pertama haid
Kali ketiga: Hari ke-21 selepas hari pertama haid

Pemeriksaan terhadap suami juga boleh dijalankan. Sampel air mani (semen) akan diuji. Tiada larangan kepada Puan X dan suami untuk melakukan hubungan kelamin. Bahkan ujian ini boleh dijalankan di mana-mana klinik kesihatan sahaja.


Soalan 4:

Adakah merbahaya jika seseorang individu itu dijangkiti denggi untuk kali ketiga?




Jawapan:

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus serotype yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3, dan DEN 4.

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja. Bermakna, kita tidak akan dijangkiti denggi jenis yang sama pada kali kedua.

Secara umumnya, akibat tindak balas (cross reactivity) di antara keempat-empat jenis virus tersebut, demam denggi untuk virus yang seterusnya akan menjadi lebih teruk.

Jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih daripada sekali seumur hidupnya.


Soalan 5:

Bolehkah herpes disembuhkan?




Jawapan:

Setakat ini, tidak ada penawar untuk herpes. Apabila seseorang itu mempunyai virus herpes, ianya akan kekal di dalam tubuh. Virus tersebut akan hidup pasif (dormant) dalam sel-sel saraf sehingga sesuatu menyebabkannya aktif kembali.

Walau bagaimanapun, rawatan Aciclovir boleh digunakan untuk merawat herpes. Aciclovir akan menekan (suppress) virus herpes daripada terus merebak.

Menurut Akta Penyakit Berjangkit, mereka yang mempunyai herpes mesti memaklumkan perkara tersebut kepada pasangan masing-masing. Jika tidak, pihak hospital akan memaklumkannya kepada pasangan tersebut.


Wallahu’alam.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.




Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat professional dan cemerlang.


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com