Berita bertarikh 24 Februari yang disiarkan
dalam akhbar Metro Edisi Utara ini menarik perhatianku.
Tajuknya cukup sensasi; "Buru penghidap
AIDS" dan berlaku pula di Arab Saudi, sebuah negara Islam yang yang
mempunyai 2 buah kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah. Ironinya Islam
adalah cara hidup yang indah, selamat, kasih sayang, serba sempurna untuk seisi alam tanpa
sempadan masa dan status kesihatan. Sedikit pun tiada diskriminasi.
Seperti yang aku selalu perjuangkan bahawa people living with HIV (PLHIV) yang
menjalani rawatan mampu sahaja meneruskan kehidupan seperti biasa. Bahkan PLHIV tersebut mungkin lebih sihat
berbanding non-PLHIV dan tidak
membahayakan sesiapa.
Begitu juga tahap AIDS. Ianya hanya merujuk kepada situasi kesihatan PLHIV tersebut untuk tujuan rawatan. AIDS dan HIV hanya membahayakan PLHIV tersebut sendiri, bukan
membahayakan individu lain. AIDS
tetap boleh dirawat dan dipulihkan. Yang penting ialah rawatan dan KEPATUHAN
kepada rawatan.
Cara jangkitan pula sangat terhad. Tidak
pernah terjadi jangkitan akibat makanan disediakan oleh tukang masak yang
positif HIV. Bukanlah dengan sekadar berkongsi makanan, bersentuhan, dan terkena
darah PLHIV di LUAR TUBUH boleh
menyebabkan HIV akan berjangkit.
Tidak masuk akal HIV boleh berjangkit melalui
gigitan nyamuk, makanan dalam tin, berkongsi kolam renang, memakai tuala wanita
yang dicemari dengan HIV, dan melalui hubungan kasual. Jika berlaku, tolong
berikan statistik dan sumbernya.
Ramai sahaja chef dan tukang masak di restoran
terkenal yang sebenarnya berstatus PLHIV.
Kita sahaja yang tidak menyedarinya kerana mereka sihat seperti orang lain.
Ingatlah, tanpa disedari, setiap hari,
masyarakat sentiasa bergaul, berurusan dan dibantu oleh PLHIV daripada pelbagai latar golongan profesional. Cuma ramai
yang tidak perasan kerana dalam mind
setting mereka, PLHIV adalah
individu yang berkudis, tidak berupaya, terlantar, dan sebagainya.
Apakah punca terjadinya sikap tersebut?
-
|
Terlalu bergantung kepada
sumber yang lapuk dan sarcasm yang
mengakibatkan stigma, judgemental,
dan salah faham.
|
|
-
|
Kononnya PLHIV hanyalah golongan pendosa dan layak menerima balasan akibat
perbuatan jahat mereka.
|
|
-
|
Tidak faham bahawa salah faham
tersebut meninggalkan kesan sangat negatif terhadap:
|
|
1.
|
infected people (individu yang dijangkiti)
|
|
2.
|
affected people (keluarga rapat mereka)
|
|
3.
|
mangsa jangkitan akibat perbuatan
pasangan suami atau isteri
|
|
4.
|
anak-anak yang turut dijangkiti
kerana ibu bapa mereka PLHIV yang enggan menjalani rawatan
|
|
5.
|
mangsa jangkitan akibat
pemindahan darah atau transplant organ
|
Apabila pembaca membaca berita begini, maka
makin suburlah segala stigma, diskriminasi, dan judgemental yang cuba dihalang. Kita mahukan info yang positif untuk membimbing masyarakat supaya faham tentang HIV dan untuk memberi peluang yang adil
kepada PLHIV serta affected people meneruskan kehidupan seperti biasa. Penggunaan istilah PENGHIDAP AIDS tidak tepat dalam penyiaran berita tersebut.
Hak sesebuah negara untuk menetapkan
peraturan mengikut acuan pemikiran mereka, tetapi info yang negatif begini
tidaklah perlu disebarkan. Untuk apa? Sedangkan kita tahu faktanya mengelirukan
dan menimbulkan salah faham.
Mungkin PLHIV tersebut mengambil tindakan berkenaan akibat terkejut apabila didiagnos sebagai PLHIV atau tahu beliau mungkin didiskriminasikan kerana berstatus positif HIV.
Bahkan terdapat juga kemungkinan bahawa PLHIV tersebut nekad bertindak demikian demi survival hidup untuk mencari rezeki halal dan kerana beliau tahu beliau tidak membahayakan individu lain melalui penyediaan makanan.
Jika PLHIV
tersebut salah di sisi undang-undang negara berkenaan atas sebab-sebab lain,
undang-undang perlu dilaksanakan. Tetapi, jika hanya semata-mata disebabkan status kesihatannya, ianya tidak adil. Tidak pernah pula aku jumpa dalil
naqli dalam al-Qur'an yang mendiskriminasikan PLHIV dan terdapat hukum yang menunjukkan individu berstatus positif HIV merupakan satu dosa dan
kesalahan jenayah. Inilah realitinya nilai keadilan di sisi mata manusia.
Apa-apa pun, kita perlu menghormati pendirian negara-negara tertentu yang enggan menerima PLHIV bekerja di negara mereka. Malaysia sebenarnya mempunyai dasar yang agak terbuka dalam soal ini. Terpulang kepada PLHIV sendiri membuktikan diri mereka lebih baik sekalipun hidup dengan HIV positif. Merungut tidak akan menyelesaikan masalah dan diharapkan suatu hari nanti usaha-usaha murni untuk meningkatkan kefahaman masyarakat membuahkan hasil.
Jangan nafikan bahawa dalam sesetengah keadaan, kita mungkin turut
memiliki "saham" jika terdapat PLHIV
yang mengambil jalan mudah untuk menukar agama, meneruskan aktiviti berisiko yang bertentangan
dengan nilai moral dan agama demi kelangsungan hidup. Menghukum memang mudah
berbanding menyantuni mereka.
Mudah sahaja menyelesaikan masalah HIV ini
sebenarnya.
Hentikan stigma, diskriminasi, dan judgemental. PLHIV akan selesa meneruskan kehidupan seperti biasa, mendapatkan rawatan dan mengelakkan mereka
membahayakan pasangan dan bakal zuriat. Affected
people pun tidak menerima tekanan. Simple!
Apabila faham HIV, faham pula cara
mengelakkan jangkitan. Semoga keprihatinan kita mengukuhkan nilai Degree, Master, dan PhD yang kita
miliki. Sikap negatif yang menyulitkan keadaan.
Links di bawah boleh dirujuk sebagai
panduan kepada PLHIV yang berhasrat
untuk bekerja atau menetap di luar negara. Berfikir panjang sebelum mebuat sebarang keputusan:
Getting to
Zero.
Wallahu a'lam.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com