Sunday, March 15, 2015

GUBAL ENAKMEN BELA HAK KHUNSA



Oleh: Wan Noor Hayati Wan Alias
Khamis, 5 Mac 2015 @ 12:02 AM


KUALA LUMPUR: Satu enakmen khusus perlu digubal bagi tujuan pengesahan jantina golongan khunsa, bagi memastikan hak mereka terbela.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abd Rahman Osman, berkata setakat ini belum ada satu enakmen khusus bagi tujuan pengesahan gender dan ia satu perkara yang wajar diberi perhatian.

Dalam menangani isu khunsa, katanya, pihak berkuasa agama menyerahkan isu itu kepada pihak perubatan kerana ia kompleks untuk mendapatkan pengesahan pakar.

"Menukar status jantina bagi tuan punya badan dan kebenaran menjalani pembedahan jantina diharuskan oleh syarak selepas mendapat pengesahan daripada pakar yang memenuhi syarak.

"Peruntukan enakmen bagi pengesahan jantina juga perlu untuk tujuan perkahwinan, harta pusaka, kematian dan lain-lain isu berkaitan. 


Mufti Pahang, Datuk Seri Abd Rahman Osman


"Dalam isu berkaitan biologi, khususnya khunsa ghair musykil, kita menyerahkan pengesahannya kepada pakar. Dalam Islam, ia disebut ijtihad iaitu hal-hal tertentu dirujuk kepada pakar yang beragama Islam, waras akal, mempunyai ilmu, dan mahir dalam bidangnya.

"Sebaliknya, bagi individu yang dengan sengaja mengubah fitrah kejadian Allah dan tanpa pengesahan pakar adalah dilarang dan hukumnya haram," katanya kepada BH.

Beliau mengulas isu kecelaruan jantina dari perspektif agama dan hukum berkaitannya.

Abd Rahman berkata, terdapat beberapa kes khunsa sudah dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk tujuan pengesahan jantina selepas ia melalui ujian gender yang ditetapkan pakar.

Katanya, ada kes seorang fizikal lelaki tetapi memiliki sistem peranakan wanita dan dibenarkan melahirkan anak selepas pengesahan doktor menunjukkan dia lebih banyak mempunyai ciri kewanitaannya dan pembedahan dibuat supaya dia kelihatan wanita normal.

"Hukumnya sama seperti seorang yang memiliki kecacatan kaki dibenarkan membuat pembedahan supaya dia kelihatan normal dalam masyarakat," katanya.

Pakar Perundangan Islam, Datuk Zuhdi Ab Majid, berkata pengesahan jantina dalam Islam amat penting bagi membantu golongan yang dilahirkan dengan kecacatan gender tidak disisih oleh masyarakat.

"Kebanyakan pandangan ulama seperti yang terdapat dalam kitab fiqh lama lebih menumpukan kehadiran dua alat kelamin sebagai kriteria khunsa. Keadaan zahir adalah dasar utama dalam penentuan jantina bagi kebanyakan ulama.

"Tetapi pada zaman sekarang, perubatan sudah membongkar kecelaruan gender ini juga berlaku disebabkan pelbagai punca dan ada yang mengalami kecacatan organ dalaman seperti tiada rahim," katanya.

Sehubungan itu, katanya, dunia fiqh Islam perlu dikembangkan lagi mengikut tiga asas penentuan jantina iaitu fizikal, fisiologi dan psikologi.


Sumber: sini


Getting to Zero.
Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com