Tuesday, March 24, 2015

AKU ADALAH ORANG YANG HIDUP DENGAN HIV





Nama?
Mohamad bin Wahid.

AHP?
Aku HIV Positif.

Pie?
Nama panggilan keluarga.

Umur?
48 tahun.

Bekerja?
Ya, tapi kerja kuli-kuli sahaja.

Awak ni ada pendidikan tertiary tak?
Taklah tinggi, tetapi aku memiliki sijil dan degree dalam bidang tertentu.

Berkahwin?
2 isteri dan 2 anak.
Semua tinggal serumah kecuali anak-anak yang masih belajar.

Sejak bila didiagnos positif?
28 Disember 2010.

Punca?
Anugerah Allah.
Tidak perlu aku jawab.
Aku tidak menggalakkan diskriminasi dan judgemental.

Family bebas HIV?
Ya.

Melakukan hubungan suami isteri seperti pasangan lain?
Sudah tentu.

Perlu pakai protection?
Sebaik-baiknya, tetapi yang lebih penting dapatkan rawatan sehingga tahap virus undetected.

Boleh dapat zuriat bebas HIV?
Boleh sahaja jika mahu.
Sedang cari calon yang sanggup meminang aku.
Hahaha...

Tidak pernah masuk hospital selepas didiagnos HIV positif?
Tidak pernah.
Sebelum didiagnos ada sekali kerana suspek denggi.

Ada kudis, ruam, dan apa-apa penyakit disebabkan HIV tak?
Tidak ada.

Makan minum asingkan tak?
Campur dan kongsi semua.

Selama ini saya tengok orang ada HIV cuma terlantar dan sakit.
Macam mana tu?
Betul, jika tiada rawatan dan amalkan gaya hidup tidak sihat. Sama dengan apa-apa penyakit pun. Itu cuma sebahagian kecil orang-orang yang hidup dengan HIV di Malaysia. Lebih 100 ribu dijangkiti dan kebanyakannya generasi muda dan beragama Islam. Kebanyakannya profesional dan ada di sekeliling awak setiap hari.

Umur pendek tak?
Awak tanya Allah.
Sehingga sekarang rekod di Malaysia yang saya ketahui mampu hidup hampir 30 tahun selepas menjalani rawatan.

Apa yang berbeza selepas hidup sebagai orang yang ada HIV?
Rasa bahagia dengan ujian Allah.

Errr... pelik!
Sila ambil tahu tentang HIV sebelum awak dan keluarga awak menjadi mangsa. HIV tidak mengenal orang berdosa atau tidak. HIV juga mengakibatkan tekanan yang sangat teruk kepada keluarga mereka akibat salah faham. HIV sangat susah berjangkit dan hanya dengan cara-cara tertentu yang sepatutnya awak ketahui.

Haa... puas hati?


Getting to Zero.
Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com