Wednesday, August 13, 2014

ENTRY WAJIB: BUKTI HIV TIDAK MUDAH BERJANGKIT





BACA BETUL-BETUL FAKTA INI DAN ANDA AKAN FAHAM BETAPA SUKARNYA HIV BERJANGKIT DAN BETAPA SILAPNYA ANGGAPAN BAHAWA PLHIV (PEOPLE LIVING WITH HIV) MEMBAHAYAKAN ANDA

"HIV tidak boleh hidup apabila BERADA DI LUAR BADAN PLHIV. HIV tidak boleh berjangkit di dalam sampel darah yang telah kering.

"Fakta bahawa DNA / RNA HIV masih boleh didapati di dalam sampel darah yang telah kering dan DNA / RNA HIV daripada sampel tersebut boleh dicambah di dalam makmal, TIDAK BERMAKSUD BAHAWA SESEORANG BOLEH DIJANGKITI DARIPADA SAMPEL DARAH YANG TELAH KERING TERSEBUT.

"Untuk memastikan supaya HIV yang dijumpai di dalam sampel darah yang telah kering tadi kekal hidup, saintis / penyelidik perlu menyediakan suatu persekitaran terkawal di dalam makmal. Persekitaran terkawal di dalam makmal ini TIDAK WUJUD atau TIDAK TERDAPAT SECARA SEMULAJADI di luar daripada persekitaran makmal.

"Tambahan lagi, sampel darah yang telah kering tadi perlu mengandungi KEPEKATAN / BILANGAN / JUMLAH VIRUS YANG TERSANGAT TINGGI /BANYAK serta luka atau saluran darah yang terdedah kepada kontaminasi daripada darah yang telah kering tadi mestilah luka yang SANGAT LEBAR / LUAS bagi membolehkan HIV menjangkiti mangsa.

"Untuk itu, kemungkinan untuk mendapat jangkitan HIV daripada kontaminasi darah PLHIV yang telah kering adalah menghampiri sifar.

(Nota PPWM: Jika ianya di luar tubuh, sedikit, dan kering, sudah tentu jangkitannya SIFAR! Sila baca penjelasan seterusnya.)

"Berikut adalah komen daripada para saintis:

"WALAUPUN HIV HANYA BOLEH HIDUP SEKETIKA JIKA BERADA DI LUAR BADAN PLHIV, JANGKITAN HIV TIDAK PERNAH DILAPORKAN AKIBAT DARIPADA KONTEK / KONTAMINASI DENGAN TUMPAHAN DARAH, AIR MANI, ATAU TUMPAHAN CECAIR BADAN PLHIV. INI ADALAH KERANA VIRUS AKAN CEPAT MATI / MUSNAH SEBAIK SAHAJA TERDEDAH KE UDARA.

"Untuk seseorang itu dijangkiti oleh HIV, DARAH ATAU CECAIR TUBUH PLHIV MESTI MENGANDUNGI VIRUS YANG TERSANGAT BANYAK / TINGGI / PEKAT SERTA DARAH ATAU CECAIR TUBUH TERSEBUT PERLU TERUS MASUK KE DALAM SALURAN DARAH SESEORANG NON-PLHIV UNTUK MEMUNGKINKAN NON-PLHIV ITU DIJANGKITI OLEH HIV.

"Para saintis bersetuju bahawa HIV tidak dapat hidup di dalam persekitaran luar daripada tubuh PLHIV, menjadikan kemungkinan untuk seseorang mendapat jangkitan HIV jika terdedah kepada darah atau cecair tubuh PLHIV di persekitaran adalah SANGAT-SANGAT TERPENCIL.

"Bagi mendapatkan data tentang survival HIV, kajian di makmal biasanya menggunakan bilangan HIV yang tinggi / banyak / pekat untuk mengekalkan keaktifan virus di dalam makmal.

"Walaupun kepekatan sebegini boleh dikekalkan untuk HIV di dalam makmal hidup selama beberapa hari atau minggu di bawah keadaan makmal yang terkawal, kajian menunjukkan bahawa sebaik sahaja sampel darah atau cecair badan yang mengandungi HIV tadi kering, bilangan / kepekatan HIV akan berkurang sehingga 90 – 99 % dalam tempoh beberapa jam sahaja.

"Memandangkan KEPEKATAN HIV yang digunakan di dalam kajian-kajian makmal adalah LEBIH TINGGI daripada yang ditemui di dalam darah atau spesimen yang lain kerana HIV tersebut telah dicambah di dalam makmal di dalam persekitaran makmal yang terkawal, risiko sebenar jangkitan HIV daripada sampel darah atau cecair tubuh PLHIV telah kering di luar persekitaran makmal adalah SIFAR."

BAGAIMANA JIKA LUKA NON-PLHIV TERDEDAH KEPADA DARAH SEGAR PLHIV?

Fungsi PLATELET di dalam darah individu berperanan untuk MENUTUP RONGGA luka bagi mengelakkan apa juga virus daripada mudah memasuki tubuh. Sifat semulajadi LUKA SEGAR (baru) pula ialah darah akan MENGALIR KE LUAR, bukan KE DALAM TUBUH.

Jika HIV di luar tubuh dan sekadar terkena kulit non-PLHIV, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Jadi jelaslah betapa salahnya andaian bahawa HIV akan berjangkit melalui tuala wanita, makanan dalam tin, buah-buahan, melalui masakan atau minuman yang disediakan atau dikongsi dengan PLHIV.

Begitu juga semasa menguruskan jenazah berisiko termasuk jenazah PLHIV. Prosedur mengambil Personal Protective Equipment (PPE) yang dilakukan adalah atas dasar untuk mengelakkan jangkitan penyakit lain terutama akibat patogen, bukan kerana HIV.

Tidaklah menghairankan PLHIV yang telah menjalani rawatan layak berkahwin, pasangan dan zuriat mereka mampu bebas HIV. Yang penting, virus perlu kurang daripada 1000 copies (atau sebaik-baiknya telah mencapai tahap not detected).

Apa hujah kita sehingga sanggup mendiskriminasikan, menjatuhkan air muka sahabat-handai, anak menantu, dan jiran tetangga sendiri yang berjasa kepada kita semata-mata kerana mereka dijangkiti HIV?

Bukalah hati dan minda.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada AVERT.org:

Sumber:

Wallahu a'lam.

Kredit kepada:
Dr. Iskandar Firzada bin Osman,
Doktor Pakar Perubatan Keluarga,
KK Jaya Gading, Kuantan.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL & MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:
  
Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com