Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
Menjadi satu kelebihan bagi people living with HIV (PLHIV) apabila
kesihatan mereka sentiasa dipantau oleh pengamal perubatan melalui temujanji
yang perlu dipatuhi. Berbanding dengan non-PLHIV,
yang hanya akan menemui doktor apabila sakit.
Kebiasaannya, setiap PLHIV yang baru didiagnos dikehendaki untuk hadir temujanji setiap
tiga (3) bulan sekali dan bagi mereka yang keadaannya telah mula stabil,
temujanji ditetapkan setiap enam (6) bulan sekali.
Temujanji tersebut untuk meneliti jumlah CD4
dan Viral Load, serta keadaan
kesihatan yang lain. Ini bergantung kepada pusat perubatan masing-masing.
Namun, ada juga yang masih belum berpuas
hati, atau disebabkan atas keperluan tertentu bertanya, sama ada mereka boleh
melakukan pemeriksaan kesihatan sendiri di klinik atau makmal perubatan seluruh
negara.
Sudah tentu boleh dan tiada sebarang halangan
untuk mereka melakukan pemeriksaan kesihatan sendiri selain daripada yang telah
ditetapkan untuk temujanji.
Berikut adalah anggaran harga bagi ujian
darah bagi HIV (ELISA dan Western Blot), jumlah CD4, dan jumlah Viral Load di
Makmal perubatan:
BP Lab:
HIV Test
(ELISA) - RM50.00
HIV
Confirmation (Western Blot) - RM210.00
CD4 Count -
RM574.00
Viral Load
Count - RM400.00
Pathlab:
HIV Test
(ELISA) - RM50.00
HIV
Confirmation (Western Blot) - RM240.00
CD4 Count -
RM300.00
Viral Load
Count - RM360.00
Nota:
- Nilai ini adalah anggaran terkini sahaja. Untuk nilai yang lebih tepat, anda boleh menghubungi BP Lab atau Pathlab yang terdekat.
- Di pusat-pusat rawatan swasta, kosnya dijangka berlipat kali ganda.
BP Lab: http://www.bphealthcare.com/
Pathlab: http://www.pathlab.com.my/
Semoga nota ringkas ini dapat difahami
pembaca.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Disediakan oleh Shux
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com