Wednesday, August 20, 2014

TAHASSUS & TAJASSUS



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




TAHASSUS
Mengendap mencari rahsia dengan mata dan telinga.

TAJASSUS
Mengintip, mencungkil rahsia buruk seseorang.

Kedua-duanya DITEGAH oleh Islam.

Kita telah dididik untuk selalu sensitif dan empati dengan ikhwah (individu yang dikenali). Namun, terdapat etika dalam setiap ukhuwah (persaudaraan / perhubungan) jika melibatkan perkara-perkara peribadi yang tidak mahu diberitahunya kepada orang lain. Kita dilarang bertanya melainkan apa yang mahu dikongsinya sahaja.




“Jangan mencari-cari kesalahan (tajassus), mencuri pendengaran (tahassus), saling bermusuhan, dan saling menjauhi. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

TAJASSUS TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN:

1.      Si pengintip mengintip, tapi orang yang diintip tidak tahu bahawa beliau dintip.

2.      Si pengintip mengintip dengan pengetahuan orang yang diintip, tetapi orang yang diintip tidak tahu apa sebab atau tujuan. Contoh, CCTV yang dipasang di merata-rata tempat.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesiapa mengintip rumah suatu kaum tanpa izin mereka, maka halal buat mereka untuk menusuk mata si pengintip itu."
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)




"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai cacat-cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat-celanya diintai oleh Allah, nescaya Allah akan buka pekungnya walaupun di tengah rumah sendiri."
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Kita dilarang melakukannya semata-mata dengan tujuan mencari aib individu yang berusaha menutupnya dan tidak melakukan secara terang-terangan.

Kita juga dilarang berusaha mencari kesalahan atau keaiban orang lain kerana kita disuruh menutup apa juga keaiban sebaik mungkin. Tetapi, tajassus dibenarkan dalam perkara yang membawa atau memberi kebaikan.

Contohnya:
Pegawai penyiasat jenayah membuat pengintipan untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh pihak penjenayah untuk membuat tangkapan. Atau pihak perawat atas tujuan perubatan dan pencegahan SAHAJA.

Tajassus yang dibuat untuk melindungi keselamatan awam, maka hukumnya dibolehkan.

KESIMPULAN

Kita dilarang menyiasat, mencuri dengar, bertanya, berandaian, menyelidik, dan mencari kesalahan orang lain. Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang tidak boleh dinodai dengan tahassus dan tajassus semata-mata untuk mencari keaiban SEKALIPUN beliau melakukan dosa, khususnya dosa antara dia dengan Allah, KECUALI sekiranya melibatkan kemaslahatan orang ramai.




Lebih baik kita bermuhasabah diri sendiri berbanding melakukan tahassus dan tajassus.

Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com