Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
PEP adalah akronim kepada Post-Exposure Prophylaxis.
Post – selepas.
Exposure – satu situasi yang berlaku yang
menyebabkan seseorang terdedah kepada risiko jangkitan melalui darah.
Prophylaxis – tindakan yang diambil untuk
mencegah jangkitan berlaku.
Golongan Yang
Berisiko Dan Berkaitan
Ianya mungkin berlaku kepada para pekerja
kesihatan yang tercucuk jarum tercemar dengan HIV dan sesiapa sahaja yang
tercedera atau tercucuk jarum yang disyaki mengandungi virus HIV seperti pihak
polis yang menjalankan operasi menangkap penyalahguna dadah secara suntikan
atau injecting drug user (IDU), para
pekerja kebersihan sesuatu majlis perbandaran, termasuk bayi yang baru
dilahirkan oleh people living with HIV (PLHIV).
Akibat daripada tusukan tersebut, darah yang
mengandungi virus mungkin termasuk ke dalam badan. Walaupun risiko jangkitan
sangat rendah, tetapi ianya tetap dianggap berisiko kerana itu adalah standard of procedures (SOP) pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tempoh Jangkitan
Dan Layak Menerima Rawatan
Sebaik-baiknya dalam tempoh 2 jam ke bawah
atau selewat-lewatnya 72 jam ke bawah.
Golongan Yang
Tidak Berkaitan
PLHIV yang didapati positif HIV selepas
menjalani ujian darah atau individu yang dengan sengaja melibatkan diri dengan
aktiviti berisiko.
Bagaimana Ianya
Dilakukan?
Walaupun tidak didapati positif kerana tempoh
jendela (window period) baru bermula,
golongan berisiko tersebut akan diberikan kombinasi Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART) rejim 2 iaitu Combivir (lamivudine / zidovudine) dan Kaletra
(lopinavir / ritonavir) selama
SEBULAN.
PEP boleh dilakukan di mana-mana
klinik kesihatan dan hospital sekiranya golongan yang disebutkan tadi layak
mendapatkannya. Laporan perlu dibuat kepada pihak penyelia dan pakar perubatan
atau mangsa boleh terus pergi ke klinik penyakit berjangkit (ID clinic).
Ramai yang terdedah kepada risiko jangkitan
beranggapan bahawa PEP adalah rawatan
untuk mencegah HIV. Perlu diingatkan bahawa PEP
bukanlah suatu kaedah khusus untuk sembuh daripada HIV.
Sebelum PEP
diberikan, pelbagai prosedur, analisis, dan penilaian perlu dilaksanakan.
Contoh: Sekiranya seorang individu mengadu
tercucuk jarum, perlu dipastikan sama ada jarum itu benar-benar tertusuk ke
bahagian anggota badan.
Sekiranya tertusuk jarum, jarum tersebut
digunakan untuk apa? Jika jarum untuk mengait benang, tidak perlulah
mendapatkan PEP. Hehehe...
Jika sekiranya berlaku tusukan jarum suntikan
dadah tanpa sengaja di kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku penyalahgunaan
dadah, maka mangsa tersebut dianggap berisiko dan PEP dilaksanakan.
Mangsa berisiko yang memerlukan PEP hendaklah turut menjalani ujian HIV,
Hepatitis B, dan Hepatitis C dalam tempoh 6 minggu, 3 bulan, dan 6 bulan selepas
kejadian kerana virus-virus tersebut jauh lebih mudah berjangkit berbanding
HIV. Sekiranya kesemua ujian darah terbukti negatif, tiada apa yang perlu
dirisaukan.
Contoh Lain
Golongan Yang Tidak Layak Menerima Rawatan PEP
Apabila seseorang PLHIV tidak mengambil sebarang rawatan HAART. Pada suatu masa, beliau terlupa (abai) memakai kondom ketika
melakukan hubungan intim bersama isteri. Isterinya non-PLHIV dan mereka mendesak supaya isteri diberikan PEP.
Untuk kes sebegini, pihak KKM tidak menyokong
pemberian PEP kerana tiada bukti yang
PEP akan membantu dan risiko
jangkitan sangat subjektif.
Semoga nota ringkas ini dapat difahami
pembaca.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com