Thursday, August 21, 2014

FAHAMI NSEP SECARA RINGKAS: BETULKAH NSEP MENGGALAKKAN PENYALAHGUNAAN DADAH?



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Apakah NSEP?

NSEP adalah akronim kepada program pertukaran jarum dan picagari bersih atau Needle Syringe Exchange Program.

Ia merupakan sebahagian daripada pakej perkhidmatan Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction).

Program ini melibatkan pertukaran jarum suntikan serta picagari terpakai yang digunakan oleh penyalahguna dadah secara jarum suntikan dengan yang baru.

Siapa kumpulan sasaran?

Pengguna dadah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah secara jarum suntikan.

Penyalahguna dadah secara suntikan juga dikenali sebagai PDS atau Injection Drug User (IDU).

Apakah objektif dan matlamat NSEP?

1.      Mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV dan juga penyakit-penyakit berjangkit lain yang menular melalui darah dan hubungan jenis seperti Hepatitis B, Hepatitis C, dan sifilis di kalangan PDS dan pasangan seks mereka.

2.      Membolehkan pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan MENDEKATI klien yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini untuk memberi KHIDMAT NASIHAT (KAUNSELING) KESIHATAN, KAEDAH PEMULIHAN, PERUBATAN, BANTUAN GUAMAN, atau bantuan-bantuan lain yang mungkin mereka diperlukan.

Di mana boleh dapatkan perkhidmatan pertukaran jarum dan picagari?

Di klinik kerajaan yang menjalankan perkhidmatan NSEP dan Pusat Khidmat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diberikan geran NSEP.

Apakah antara tanggungjawab utama pekerja outreach?

1.      Mengutip, mengumpul, serta melupuskan jarum dan alat suntikan terpakai dari tempat mereka berkumpul untuk menyuntik dadah. Para pekerja outreach ini adalah BEKAS penyalahguna dadah yang telah dilatih untuk melakukan khidmat NSEP ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

2.      Petugas NSEP juga adalah pemudahcara dan lebih dipercayai oleh klien untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling asas. Secara tidak langsung, mereka juga adalah ROLE MODEL kepada PDS agar TERTARIK dan BERMINAT untuk MENINGGALKAN TABIAT BURUK.

3.      Jika ada klien yang memerlukan rawatan untuk pemulihan, petugas NSEP akan mencadangkan dan membawa mereka ke pusat rawatan Terapi Gantian methadone di klinik kerajaan atau Cure and Care Rehab Centre (CCRC) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengikut kehendak dan keselesaan klien.

4.      Pemberian kondom percuma juga disediakan untuk klien NSEP yang dikenalpasti aktif melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Apakah komplikasi jika NSEP tidak diterima oleh klien?

1.      Risiko penularan HIV dan penyakit berkaitan di kalangan PDS adalah bertambah.

2.      Risiko penularan HIV juga meningkat di kalangan pasangan seks mereka. Sekiranya seorang wanita itu dijangkiti HIV, bayi yang bakal dilahirkan juga boleh dijangkiti. Wallaahu’alam.

PENTING:
Program Pengurangan Kemudaratan (HARM REDUCTION) juga meliputi Program Terapi Gantian Methadone atau Methadone Maintenance Treatment (MMT) disediakan di Klinik Kesihatan Kerajaan dan klinik swasta yang dibenarkan untuk menjalankan program ini.

NOTA:
Perlu diingat bahawa program ini BUKANLAH untuk menggalakkan aktiviti penyalahgunaan dadah dan aktiviti seks, tetapi lebih kepada mendekati, memberi bimbingan, dan menarik minat golongan sasar untuk meninggalkan tabiat penyalahgunaan dadah, seterusnya maklumat berkaitan kesihatan dapat disampaikan kepada golongan sasar.

Info sampingan:

1.      Petugas NSEP adalah pihak perantara yang sering berdepan judgemental dan stigma pihak PDS, penduduk setempat, dan pihak berkuasa. Mereka perlu menempuh pelbagai risiko yang melibatkan keselamatan diri dan keluarga.

2.      Urusan rawatan dan penguatkuasaan undang-undang bukanlah di bawah bidang kuasa petugas NSEP. NSEP adalah pelengkap (sokongan) kepada pemulihan dan rawatan.

3.      Terbukti bahawa kajian menunjukkan bahawa penagihan, kadar jangkitan HIV dan penyakit-penyakit lain termasuk penyakit kelamin yang bersetuju mengikuti program NSEP telah menurun.

4.      Klien yang sukarela bersetuju menjalani MMT akan diambil data, dipantau, dan mendapat kaunseling berterusan oleh pihak hospital atau klinik yang menyediakan perkhidmatan.

5.      Segala data dan maklumat peribadi klien NSEP adalah RAHSIA dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak termasuk AADK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.



Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Norasid Md Said
Facebook: Norasid Mdsaid
https://www.facebook.com/norasidsaid


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com