Saturday, August 30, 2014

HAK PESAKIT / PATIENT / CLIENT KE ATAS REKOD PERUBATAN


Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Walaupun rekod perubatan merupakan dokumen hak milik hospital, maklumat di dalamnya adalah tentang client dan dari segi perundangan tidak menghalang client untuk membaca atau mendapatkan maklumat di dalam rekod perubatannya sendiri.




Kebiasaannya, client memohon mendapatkan laporan perubatan yang disediakan oleh pihak hospital. Laporan perubatan dipohon untuk pelbagai tujuan dan di antaranya adalah tuntutan insurans, Social Security Organization (SOCSO) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Employees Provident Fund (EPF) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kes perundangan di mahkamah, dan sebagainya.




Sekiranya client memohon untuk mendapatkan salinan rekod perubatannya, antara perkara yang perlu dilakukan oleh pihak hospital ialah:

  • Permohonan rasmi kepada Pengarah Hospital hendaklah dibuat oleh client sendiri dengan menyatakan tujuannya. 

  • Client perlu dijelaskan bahawa pihak hospital tidak akan bertangggungjawab ke atas apa-apa interpretasi atau laporan perubatan yang dibuat oleh pihak lain berpandukan kepada maklumat yang diperolehi dari salinan rekod perubatan. 

  • Client perlu datang sendiri untuk mengambil salinan rekodnya dan menandatangani borang pengesahan penerimaan salinan rekod untuk simpanan pihak hospital. 

  • Bagi mengenal pasti borang dan dokumen kepunyaan client di dalam rekod berkenaan, setiap muka surat borang dan dokumen hendaklah dicatatkan Medical Record Number (MRN) atau Nombor Rekod Perubatan client. 

  • Walaupun client berhak ke atas maklumat di dalam rekod perubatannya, terdapat beberapa bahagian di dalam rekod perubatan yang bukan menjadi hak client.
Contohnya maklumat yang diperolehi daripada pihak ketiga yang perlu dirahsiakan daripada client dan pendapat atau pandangan daripada intelektual doktor berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan. Terpulang kepada pihak hospital untuk menentukan bahagian-bahagian rekod yang bukan hak milik client tidak perlu diberikan.

Sekiranya permohonan diterima daripada client yang mana kesnya sedang disiasat kerana berkemungkinan berlaku "Medical Negligence", pihak hospital perlu merujuk kepada kementerian untuk mendapatkan pandangan.




Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com