Monday, August 18, 2014

HIV: MALPRACTICE!




Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.


Ramai doktor dan staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sangat bagus dan hebat menyokong perjuangan Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) tetapi masih ramai juga yang stigma, diskriminasi, judgemental, dan MALPRACTICE semasa merawat klien terutama people living with HIV (PLHIV). Jika staff KKM pun stigma, apatah lagi orang awam.

Ini sebahagian kecil daripada banyak aduan sikap negatif mereka. Apa perasaannya apabila berjumpa doktor atau staff nurse semasa rawatan dan kaunseling, dan mereka bersikap begini terhadap anda? Mari baca sebahagian daripada e-mel dan WhatsApp yang menghubungi:

Kes 1:

"Saya tidak galakkan awak memperolehi zuriat. Awak 'pesakit' HIV. Graf umur awak tak panjang, cuma 10 tahun sahaja imuniti awak boleh bertahan. Saya nasihatkan awak use condom. Masa depan anak-anak PLHIV tidak terjamin."

Betulkah pendapat doktor tersebut encik Pie?"

Kes 2:

"AHP Pie, saya allergy pada Stocrin (HAART). Doktor FMS (Family Medical Specialist) tukar ubat HAART Combivir dan Nevirapine. During that moments, doktor FMS suruh saya bersedia BALIK JUMPA MAK, MINTA AMPUN. Beliau cakap doa mak mujarab dan doktor itu cakap kes saya akan dirujuk terus ke infectious diseases (ID). Doktor FMS cakap saya satu-satunya 'pesakit' retroviral diseases (RVD) yang menunjukkan tindak balas luar biasa terhadap Stocrin."

Kes 3:

"Saya berhasrat untuk bekerja di sebuah restoran. Majikan suruh saya ambil suntikan Typhim Vi untuk mereka yang kendalikan makanan. Saya rujuk kepada doktor saya. Doktor FMS cakap dia kurang pasti dan dia call doktor bahagian penyakit berjangkit (ID).

"Selepas 3 minit berbincang, doktor cakap, Awak cari sahajalah kerja lain. Awak tak boleh dekat pisau, bimbang luka. Tak selamat untuk orang makan."

"Adakah benar begitu, AHP Pie? Kalau macam itu, bagaimana suami dan anak-anak saya yang setiap hari selama bertahun-tahun makan masakan saya? Adakah non-PLHIV boleh make sure setiap tukang masak tu 100% tiada HIV semasa makan di luar?"

"Saya sangat sedih kerana mertua dan ipar duai saya pun bawa bekalan masakan sendiri apabila datang ke rumah kami."

Nota AHP Pie:
Ramai tukang masak yang dikenali dalam pelbagai bidang masakan adalah PLHIV. Kepada yang telah dijangkiti HIV kerana makan makanan yang dimasak oleh PLHIV, sila angkat tangan!



Kes 4:

"Saya pernah buat pap smear. Ketika itu, sistem badan ada kesan alahan HAART. Timbul rashes kemerahan macam chicken pox di seluruh tubuh.


"Staff nurse yang bertugas takut nak buat pap smear. Dia tanya macam mana kena jangkitan?"

"Saya diam sahaja, apabila staff nurse nak masukkan alat ujian pap smear tu, dia tengok banyak tanda rashes, menggigil-gigil dan tolak alat dengan kasar ke dalam kemaluan saya. Apabila alat itu terjatuh, dia menjerit, lari tak mahu buat. Saya sangat sedih. Akhirnya doktor bahagian ibu dan anak yang datang tolong buatkan. AHP Pie, betulkah kita membahayakan non- PLHIV?"

Nota AHP Pie:
Bayangkan anda sedang terkangkang, diperiksa pada anggota paling sulit dalam bilik atau tabir khas dan staff nurse terjerit terlolong ketakutan tak tahu punca selepas melihat aib anda.


Kes 5:

"Kenapa di hospital kerajaan dan klinik kesihatan yang saya pergi kadang-kadang ada ramai pelajar perubatan yang berlegar? Bila time nombor saya dipanggil, mereka dengan selamba katak kering datang sambil bertanya, "kakak, boleh tak kami interview sikit untuk journal case?" 

"Saya tak berminat nak jadi bahan kes. Maklumat kesihatan saya sepatutnya sulit. Kenapa ianya berlaku dan setakat mana yang dikatakan private and confidential itu?"

"Saya benci hadir temujanji rawatan dengan doktor. Keluar sahaja dari hospital atau klinik, dah tentu menangis macam 'nak rak'. Kenapa hina sungguh pandangan staff KKM terhadap PLHIV?

Nota AHP Pie:
Selamba katak kering, aku yang tambah.


Kes 6:

"CD4 saya 800 lebih. Viral load undetected sejak sekian lama, tetapi doktor tak benarkan saya berpuasa kerana katanya jika berlaku risiko, mereka tidak mahu bertanggungjawab. Betulkah begitu?"




Nak lagi? Banyak!! Jangan fikirkan kritikan ini secara negatif, tetapi secara positif untuk memperbaiki mutu perkhidmatan.

Sanggupkah kita hanya mendiamkan diri dan meneruskan sikap begitu tanpa merasa apa-apa?


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com