Friday, August 29, 2014

HAK-HAK PESAKIT / PATIENT / CLIENT: PIAGAM PELANGGAN


Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




  • Setiap client mempunyai hak untuk mendapat rawatan kecemasan dengan segera.
  • Setiap client akan dirawat dengan penuh kesopanan dan ketertiban.
  • Setiap client perlu dirawat dengan penuh perhatian, bertimbang rasa, adil, penuh hormat, dan kemuliaan.
  • Setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan KERAHSIAAN semasa sesi soal jawab, pemeriksaan, dan rawatan oleh kakitangan perubatan.
  • Client perlu memberikan kerjasama semasa sebarang pemeriksaan fizikal atau rawatan dijalankan. 
  • Setiap kanak-kanak yang dimasukkan ke wad mempunyai hak dan apabila memerlukan, ditemani oleh ibu atau bapa atau penjaganya pada setiap masa.
  • Client mempunyai hak untuk memilih pakar perunding sendiri sekiranya diperlukan. 
  • Client mempunyai hak untuk mendapatkan pendapat kedua apabila diminta. 
  • Client mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat berserta penjelasan tentang keadaan dirinya, hasil penyiasatan, dan keputusan pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas beliau. 
  • Client perlu disediakan dengan maklumat tentang anggaran kos rawatan, penyiasatan, dan prosedur yang bakal dijalankan ke atas beliau. 
  • Client yang telah mendapat maklumat lengkap tentang keadaan dirinya mempunyai hak sepenuhnya untuk menerima atau menolak rawatan sebagaimana yang dicadangkan kepada beliau. 
  • Client mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan dalam ISTILAH BIASA SECARA JELAS, ringkas, dan padat untuk sebarang rawatan atau prosedur yang dicadangkan serta alternatifnya. Maklumat perlu disertakan dengan risiko yang berkemungkinan berlaku, kesan sampingan, dan kemungkinan kegagalan. 
  • Keizinan client perlu diperolehi sebelum mana-mana prosedur dapat dijalankan. Bagi kes minor, keizinan perlu diperolehi daripada ibu atau bapa atau penjaga yang sah. 
  • Semua maklumat client perlu dianggap RAHSIA dan tidak dibincangkan secara persendirian dengan orang lain selain daripada golongan profesional yang terlibat. 
  • Client mempunyai hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan (nursing care) yang selamat, cekap, dan pantas sepanjang berada di pusat rawatan berkenaan. 
  • Sebarang rungutan atau aduan daripada setiap client MESTI didengari, dan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. 
  • Client dan waris wajar diberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan keadaan kesihatan beliau, di samping pendidikan dan kaunseling tentang penjagaan diri, pengambilan ubat, termasuk kesan sampingan yang mungkin ada, dan langkah keselamatan yang mungkin diperlukan semasa di pusat rawatan dan sebelum keluar pusat rawatan. 
  • Client mempunyai hak kepada persekitaran yang bersih, selamat, dan kondusif di pusat rawatan berkenaan. 
  • Client berhak untuk mendapatkan bil perubatan yang jelas dan terperinci dan sebarang penjelasan mengenai bil tersebut perlu diberikan jika diminta. 
  • Client akan disediakan dengan laporan perubatan dalam masa yang munasabah jika diminta oleh client pada kadar bayaran yang berpatutan.




SEMOGA IANYA MENJADI REALITI SEPENUHNYA SUATU HARI NANTI.

* Sila fahami kenapa istilah client lebih sesuai digunakan berbanding istilah pesakit atau patient.





Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com