Sifu Hanafi - antara tokoh agamawan hebat yang sangat rapat, banyak menyantuni,
dan membantu komuniti terpinggir
Sekular
Pendapat sekular, aktiviti SEKS BEBAS
bukanlah penyebab penularan jangkitan baru. Mereka berpegang kepada fakta sains
bahawa HIV dapat dielakkan dengan syarat pelaku aktiviti tersebut mengamalkan
SEKS SELAMAT dengan mengambil prevention
atau precaution (kondom).
Begitu juga dengan pengambilan apa juga jenis
dadah. Sekular berpendapat bahawa dengan cara berkongsi alat suntikan dadah
yang tercemar HIV sahaja yang boleh menyebabkan penularan.
Islam
Islam sangat menitik beratkan soal pencegahan
demi memelihara kemaslahatan ummah. Kewajiban menjaga maqasid syariah perlu dihadamkan:
1. Menjaga agama.
2. Menjaga nyawa.
3. Menjaga akal fikiran.
4. Menjaga keturunan.
5. Menjaga harta benda.
Islam berpandangan bahawa aktiviti seks bebas
boleh menyebabkan penularan HIV kerana aktiviti SEKS BEBAS berkait rapat dengan
SEKS TIDAK SELAMAT.
Islam turut melarang arak dan apa juga jenis dadah
(terlarang) serta perbuatan yang mengurangkan atau menghilangkan kewarasan
fikiran. Apabila fikiran kurang pertimbangan, maka segala perbuatan yang
menyebabkan risiko jangkiti HIV boleh berlaku.
Contoh: Risiko jangkitan HIV melalui perkongsian jarum
suntikan yang tercemar virus (HIV) sebenarnya sangat rendah, sebaliknya jangkitan
berlaku selepas hilang kewarasan kerana pelbagai aktiviti berisiko boleh terjadi. Terutama dengan penyalahgunaan dadah sintetik sebagai recreational drug (chemical fun) dan stimulan.
Islam tidak sekali-kali berkompromi dengan
apa juga jenis hubungan SEKS BEBAS sama ada heteroseksual, biseksual, dan homoseksual
serta perbuatan yang boleh merosakkan akal fikiran. Ianya nikmat pinjaman Allah
yang sangat berharga dan Islam menjaga umatnya melalui pencegahan secara
keseluruhan.
Maksud firman Allah:
Dan janganlah
kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan
yang buruk.
[Al:Isra' 17:32]
Allah menggunakan kalimah 'jangan mendekati' zina.
Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan
diri kepada zina (termasuk zina sejenis atau homoseksual). Prevention is better than cure.
Dalil bahawa apa juga yang mengurangkan
kewarasan fikiran adalah haram:
Daripada Abdullah bin Umar R.A., Nabi S.A.W
bersabda:
"Setiap
yang memabukkan adalah arak, dan setiap yang memabukkan adalah haram."
(Riwayat Muslim)
Jalan tengah
Memandangkan aku dan Pertubuhan Positive Warriors
Malaysia (PPWM) membantu semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan
bangsa, dan sebagai rakyat dalam sebuah negara majmuk, kita perlu menghormati
pandangan agama lain.
Jika benar dalam ajaran agama mereka atau bagi
golongan yang tidak mempunyai sebarang kepercayaan agama menerima nilai-nilai
bahawa SEKS BEBAS dan penyalahgunaan dadah atau arak tidak bercanggah dengan ajaran
agama mereka, aku menyarankan sekurang-kurangnya mereka ambillah langkah
pencegahan (prevention and precaution).
Inilah juga yang dimaksudkan dengan harm reduction (pengurangan
kemudharatan) terutama untuk mengelakkan isteri (biasanya) dan bakal zuriat
menjadi mangsa kepada aktiviti berisiko di luar pengetahuan mereka.
Jika anda mengetahui suami anda memang
pengamal aktiviti berisiko dan anda tetap menerimanya, sila pujuk suami anda
menjalani ujian saringan HIV seberapa segera untuk mengelakkan risiko yang
lebih tinggi dan terlewat untuk dirawat. Jangan ambil risiko melulu semata-mata
kononnya atas nama cinta.
HIV sangat susah berjangkit dan jangkitan
hanya dengan cara-cara tertentu. Ianya boleh dirawat dan dielakkan. AIDS juga turut
dapat dielakkan dan dirawat. Semuanya terpulang kepada diri sendiri.
Kepada Muslim, Islam adalah agama yang
syumul. Tepuk dada tanya iman. Ada masalah, ada penyelesaian. Apa juga ujian
hidup yang kita hadapi, sebenarnya ianya satu ujian dan didikan Allah.
Getting to
Zero.
Wallahu a'lam.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com