My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM
(Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care
Physician
Sebenarnya
telah terlalu lama aku tidak berkongsi pengalaman menghadiri temujanji rawatan
dengan Doktor Iskandar Firzada bin Osman, Doktor Pakar Perubatan Keluarga di
Klinik Jaya Gading, Kuantan.
Ianya
bukanlah disengajakan. Entry
berkaitan pertemuan dengan Dr. Iskandar Firzada sebenarnya sangat berat, tetapi
aku cuba olah ke dalam bahasa yang mudah supaya senang difahami oleh setiap lapisan pembaca.
Akibat bahasa yang santai, terdapat
segelintir pembaca menganggap perkongsian pengalaman tersebut tidak bernilai.
Tiada validity dan hanya bergantung
kepada satu sumber. Bagi aku, itu terpulang kepada pembaca untuk menilai. Aku
tidak terkesan sedikit pun. Tidak yakin, sila dapatkan rujukan lain yang lebih
diyakini.
Sebenarnya
setiap kali temujanji, aku meminta izin doktor untuk merakam perbualan kami.
Perbualan tersebut aku terpaksa dengar dengan teliti dan menulisnya
beransur-ansur. Perlu juga merujuk kepada pelbagai sumber yang lain untuk
tujuan check and balance.
Jadi,
menyediakan entry tentang pertemuanku
dengan Dr. Iskandar Firzada bukanlah semudah menyiapkan entries lain kerana aku juga perlu menjaga nama baik dan reputasi
beliau sebaik mungkin.
PKPW
dan rumah yang dilanda banjir
Kebetulan
pula penghujung Disember 2014 yang lalu, rumahku dinaiki air (banjir) lebih 10
kaki. Ianya turut memusnahkan segala persediaan Pusat Komuniti Positive Warriors
(PKPW) yang hampir siap.
Kerugian
harta benda tidak perlu dikongsikan kerana kemampuan aku sekadar berusaha dan
aku yakin Allah ada perencanaan-Nya sendiri dan sentiasa ada untuk mendengar doa-doaku sekeluarga. Segala
peralatan penting termasuk PC dan wifi
rosak serta perlu diganti baru.
Wakil MAC
Tidak
cukup dengan itu, ibu kesayangan kami sekeluarga sakit tenat selepas banjir.
Hampir setiap minggu perlu berulang-alik dari Temerloh ke Merapoh (Kuala Lipis)
untuk menziarahinya, sebelum allahyarhamah ibu kembali ke rahmatullah pada awal
Mac 2015.
Tanah
Perkuburan, Merapoh
Usaha
memulihkan rumah dan PKPW daripada banjir yang tiada henti sehingga sekarang, kepenatan yang tiada ruang rehat, kerap travel dan
kehilangan ibu tersayang, bukanlah mudah. Tambahan lagi urusan kaunseling online via smartphone, menguruskan
pelbagai urusan Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) dengan pelbagai
pihak tidak pernah berhenti dan tidak mengenal masa. Bahkan penulisan atau sharing ringkas di blog sepanjang awal
tahun ini kebanyakannya hanya melalui smartphone.
Baiklah.
Kita fokus kepada isi pertemuan dengan Dr. Iskandar Firzada kali ke-44 pada 16
Februari 2015 (Isnin) yang lalu secara ringkas. Walaupun telah agak lama,
tetapi faktanya masih relevan. Sayang jika diabaikan begitu sahaja.
Date: 16 February
2015
Day: Monday
Time: 3.30 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading,
Kuantan
Routine
check-up:
Weight: 71.9 kg
Masih overweight
sebanyak 1 kg daripada berat ideal.
Cara mengira BMI adalah:
Blood pressure: 114/70 (normal)
Pulse rate: 73/min (regular)
Glucose: 8.5 (random)
Dua jam selepas makan tengahari
Temperature: 36.5°C (normal)
Mouth: No oral candidiasis
No jaundice
Alhamdulillah
doktor memaklumkan bahawa pertama kali bacaan CD4 ku menunjukkan peningkatan
100% walaupun masih jauh untuk mencapai target
goal. Masih dianggap berada pada tahap “AIDS” bagi sesetengah individu
kerana rawatan HAART akan dimulakan
sekitar bacaan CD4 antara 250, 350, atau 500 ke bawah (bergantung kepada
penilaian dan saranan doktor yang merawat).
2014
|
CD4 = 63
|
Ratio berbanding bacaan normal adalah 0.41 (Normal 1 – 2)
Bermakna, jika ratio CD4 begini, walaupun virus undetected
dan tidak mampu berjangkit tetapi masih aktif. Cuai rawatan, bila-bila masa sahaja akan meningkat semula.
|
2015
|
CD4 = 154
|
Ratio adalah 1.06.
Naik 100%, normal, dan virus tidak aktif.
Ratio antara CD4 (sistem pertahanan badan) dan CD8 (analoginya “askar”
penyerang musuh) pula sepatutnya CD4 lebih daripada CD8. Sekurang-kurangnya
dengan nisbah 1 – 1 atau 2 – 1.
|
Bayangkan
jika tubuh kita mempunyai hanya mempunyai CD4 atau imuniti atau sel darah putih
hanya sebanyak 63 dan 154. Ditambah lagi dengan diabetes dan Hepatitis C. Apa
agaknya kita rasa? Sekurang-kurangnya kepenatan yang tidak terkira berbanding
orang normal lain, tetapi situasiku ini susah untuk difahami oleh orang-orang
yang tidak melaluinya.
Soalan-soalan
komuniti:
Soalan 1:
Jika
seseorang people living with HIV (PLHIV)
yang sedang menjalani rawatan HAART dan dalam masa yang sama mengambil rawatan methadone, adakah pengambilan Tramadol (ubat tahan sakit) untuk cuba
mengurangkan kesan sampingan (sakit-sakit badan) kerana cuba mengurangkan
sendiri dose methadone secara
beransur-ansur?
Jawapan:
Tidak
perlu mengambil Tramadol, kerana
setiap dos methadone yang diberikan
memang bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan sampingan yang dinyatakan
terutama pergantungan kepada dadah.
Sebaik-baiknya
cuba kurangkan perlahan-lahan. Dapatkan nasihat doktor. Jika dengan
mengurangkan dosnya sebanyak 1 miligram, cuba konsisten dengan dos tersebut
sehingga serasi.
Ianya
perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama. Will power dan sokongan ahli keluarga
atau sahabat terapat yang memahami sangat penting.
Soalan 2:
Adakah
Kaletra (salah satu rawatan HAART) yang telah pecah dan kelihatan
seperti ada cecair beku seperti kanji nasi yang terkeluar masih sesuai diambil?
Jawapan:
Tidak
ada masalah, ianya boleh dimakan selagi belum expired. Tolong simpan ubat-ubatan di persekitaran suhu yang
dicadangkan oleh pengeluar.
Soalan 3:
Terdapat
beberapa jenis ubat HAART di
negara-negara maju yang berbeza dengan Malaysia. Apa pandangan doktor tentang
isu tersebut dan mengapa ianya masih tidak dilakukan di Malaysia kerana
sesetengah ubat tersebut dikatakan lebih baik dan ada yang hanya perlu diambil daripada
setiap 12 jam di Malaysia kepada 24 jam sahaja sekali di luar negara.
Jawapan:
Di
negara-negara maju, kebiasaannya setiap rakyat dikehendaki menyumbang kepada
keperluan rawatan. Mereka mengamalkan National
Health Financing Scheme dan setiap rakyat mesti contribute sama ada mereka sakit atau tidak.
Contoh,
di United Kingdom, PLHIV telah
diberikan Atripla. Ianya menggabungkan
kombinasi Efavirenz (600 mg), Emtricitabine (200 mg), dan Tenofovir (300 mg) yang hanya perlu
dimakan sekali setiap hari.
Seperti yang dinyatakan di atas, rakyat di Britain tertakluk di bawah Skim
Kesihatan Kebangsaan atau National Health
Scheme (NHS). Ubat-ubatan yang disediakan untuk rakyat mereka seolah-olah
diberikan subsidi oleh kerajaan Britain.
Mereka perlu membayar cukai khas untuk
skim tersebut. Ianya diwajibkan untuk seluruh rakyat Britain. Walaupun mereka
telah menyumbang di dalam skim tersebut, tetapi kerajaan Britain turut
menggalakkan rakyatnya untuk mendapatkan insurans kesihatan.
Contohnya, seorang PLHIV itu diberikan preskripsi HAART
iaitu dua butir yang berasingan. Tetapi, jika PLHIV itu mempunyai insurans dan berhajat untuk membayar bagi
mendapatkan Atripla®, maka pihak hospital akan memberikan Atripla® kepadanya.
Di
Malaysia, tiada insurans yang melindungi pencarum daripada HIV. Ini adalah kerana pihak kerajaan telah
pun memberikan rawatan HAART secara
percuma. Jadi, syarikat insurans tidak akan mendapat sebarang keuntungan jika
menawarkan perlindungan HIV kepada pembeli.
Di negara
luar, ada syarikat insurans yang melindungi PLHIV
untuk HIV. Tetapi premium yang ditawarkan adalah tinggi.
PLHIV
yang berada di sana boleh mengambilnya, tetapi apabila kembali ke Malaysia
perlu mengambil semula mengikut peraturan dan jenis ubat yang terdapat di
Malaysia. Keberkesanannya adalah sama. Atripla lebih mudah diambil kerana hanya perlu dimakan sekali sehari tetapi kosnya agak tinggi.
Bagi
yang berkemampuan dan mahu membelinya sendiri, mereka boleh import sendiri
melalui farmasi swasta.
Soalan 4:
Adakah
benar bahawa individu yang terkena jangkitan chicken pox (tidak kira PLHIV
atau tidak) mudah dijangkiti Herpes Zoster?
Jawapan:
Kayap
ular atau Herpes Zoster disebabkan
oleh virus Varicella-Zoster iaitu
virus yang sama yang menyebabkan chicken
pox. Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti oleh chicken pox boleh mendapat jangkitan kayap ular.
Selepas pesakit pulih daripada jangkitan chicken pox, dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif atau dormant) selama bertahun-tahun.
Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit chicken pox ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, menyebabkan lepuhan, dan kayap. Pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular.
Soalan 5:
Seorang
pengamal aktiviti berisiko mahukan penjelasan yang lebih jelas tentang risiko
jangkitan HIV melalui cara seks oral. Boleh doktor terangkan sekali lagi dengan
lebih jelas dan ringkas?
Jawapan:
Penerima
seks oral berisiko dijangkiti semasa aktiviti tersebut jika PLHIV yang mengoralnya tiada rawatan dan
virusnya masih tinggi.
Jika
mulut pemberi oral mempunyai ulser di dalam mulut mereka, ulser mempunyai lendir dipermukaannya dan salah satu
peranan lendir tersebut adalah untuk menutup kawasan yang berdarah supaya tidak
keluar.
Jangkitan
mungkin berlaku melalui luka-luka kecil yang tidak dapat dilihat (micro abrasion) dan jika pemberi oral mengalami
masalah gusi semasa aktiviti oral tersebut.
Perhubungan
seks yang berisiko secara asasnya mesti ada
penetration (penembusan ke qubul, dubur, dan mulut PLHIV) yang tidak menjalani rawatan dan tidak mengambil langkah pencegahan.
Wallahu’alam.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat
dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya
khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.
Jazakumullah khair kathira
kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading,
Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan cemerlang.
Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info
Berkaitan:
Laman Web Rasmi PPWM:
Facebook Fanpage PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun:
Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi
pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).
Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut: