Sunday, May 03, 2015

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-45



My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Date: 12 March 2015
Day: Thursday
Time: 3.30 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Weight: 72.2 kg
Blood pressure: 130/81 (normal)
Pulse rate: 73/min (regular)
Glucose: 8.8 (random)
Temperature: 36.6°C
Mouth: No oral candidiasis
No jaundice

Temujanji kali ini turut ditemani Kak Da dan Ummie.

Selesai routine check-up, aku meneruskan sesi consultation dengan bertanyakan beberapa soalan.


Soalan 1:

Terdapat satu bintik merah hampir sebesar 5 sen pada dada saya. Adakah ianya sesuatu yang perlu dibimbangi?

Jawapan:

Tidak. Kerana apabila ditekan, ianya akan hilang sementara. Ianya hanyalah sekadar salur darah yang memecah dan berkembang pada kulit. Ianya dipanggil spider naevi kerana bentuknya seakan-akan labah-labah.



Nota:

A spider nevus consists of a central arteriole with radiating thin-walled vessels. Compression of the central vessel produces blanching and temporarily obliterates the lesion. When released, the threadlike vessels quickly refill with blood from the central arteriole. The ascending central arteriole resembles a spider's body, and the radiating fine vessels resemble multiple spider legs.

Sumber: sini


Soalan 2:

Ada individu yang masih menganggap bahawa anonymous HIV test adalah totally tanpa nama dan enggan butiran peribadi mereka diambil oleh pihak Klinik Kesihatan (KK).

Jawapan:

Kaedah terbaik dan paling ideal untuk HIV test adalah secara VCT iaitu voluntary – counseling – testing.

Semasa kaunseling, individu yang mahu membuat HIV test itu akan diberi kaunseling tentang test yang akan dijalankan. Jadi, secara psikologinya, dia akan bersedia untuk sebarang result yang bakal diketahui. Butiran peribadi asas sahaja yang akan diambil oleh pihak KK.

Selepas kaunseling, individu itu akan menjalani HIV test yang merupakan screening atau saringan sahaja, bukannya confirmatory atau pengesahan.





Kaedah kedua adalah secara VTC iaitu voluntary – testing – counseling.
Di sini, individu itu menjalani screening terlebih dahulu. Sekiranya didapati reaktif, maka dia akan diminta untuk menjalani kaunseling.

Pendaftaran butiran peribadi asas adalah untuk tujuan rekod data sahaja. Ianya penting untuk pembelian test strip berdasarkan bilangan yang sudah digunakan.

Ini kerana terdapat segelintir individu yang sentiasa meminta mereka dibenarkan untuk menjalani screening test walaupun resultnya adalah non-reactive. Mereka biasanya mengalami OCD (obsessive compulsive disorder) atau anxiety disorder.

Walau bagaimanapun, jika individu tersebut didapati positif, segala data yang perlu akan diambil kerana HIV tertakluk di bawah akta kawalan penyakit berjangkit termasuk keperluan rawatan. Namun begitu, ianya tetap sulit dan hanya duruskan oleh pegawai-pegawai tertentu sahaja.


Soalan 3:

Ada pendapat yang menyatakan bahawa HIV/AIDS hanya dapat dikesan paling awal 5 tahun.

Jawapan:

Tidak. Melalui kaedah yang digunakan sekarang iaitu HIV rapid test dan confirmatory test, HIV boleh dikesan seawal 2 hingga 4 minggu selepas terdedah kepada risiko. Ada doktor yang menyarankan antara 3-6 bulan selepas aktiviti terakhir berisiko. Masing-masing ada rasionalnya kerana patient yang datang berjumpa mereka ada pelbagai ragam. Malah ada yang tidak bercakap dengan jujur. 

Untuk bayi yang baru lahir dengan ibu positif HIV, kaedah PCR atau polymerase chain reaction digunakan ke atas bayi tersebut. Kaedah ini memang mahal. Tetapi, ianya tetap digunakan untuk mengesan kemungkinan HIV pada bayi tersebut. Kaedah tersebut merangsang HIV (jika ada) pada bayi untuk dikesan.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendapat bahawa adalah terbaik untuk mengesan kewujudan HIV pada bayi yang dilahirkan oleh ibu positif HIV seawal yang mungkin.

Kaedah ini hanya digunakan ke atas bayi di bawah 18 bulan, sekurang-kurangnya 3 kali. Selepas bayi berusia 18 bulan, kaedah biasa akan digunakan.

Isu yang berlaku pada hari ini adalah ada ibu-ibu yang positif HIV mengambil mudah pengesanan HIV secara PCR ini pada bayi yang telah dilahirkan.

Antaranya termasuklah tidak mencukupkan 3 kali bilangan PCR atau pun tidak hadir ke KK untuk menjalankan PCR terhadap bayi mengikut waktu yang telah ditetapkan.




Nota:

This test (PCR) looks for the DNA (genetic material) of the virus. This test is different from the viral load PCR tests, that are used in people that already know they are HIV+.

At 4 weeks of age, if an infant's PCR test result is positive, the test is 90% accurate. At six months of age, the test is 99% accurate. If the PCR is positive it means the infant is probably HIV+. There are very few cases of false positives.

Antibody testing


If an infant tests positive for HIV antibodies it doesn't mean that the infant is definitely HIV+. It means the infant carries the mother's HIV antibodies. These antibodies may be present in the infant's blood for up to 18 months of age. A PCR test should be done to determine whether or not the infant has HIV.

Sumber: sini


Soalan 4:

Seorang suami positif HIV, tetapi enggan mengambil HAART. Manakala isterinya juga positif HIV, tetapi patuh kepada rawatan HAART. Adakah terdapat risiko yang tinggi bagi mereka untuk mendapat zuriat positif HIV?

Jawapan:
Selagi ibu yang positif HIV itu mempunyai undetected viral load dan patuh kepada rawatan HAART, tidak ada masalah untuk dia hamil dan mendapat zuriat yang bebas HIV tetapi PLHIV (suami) tersebut tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarganya.





Soalan 5:

Seorang PLHIV yang juga positif Hepatitis B terpaksa memastikan apa-apa sahaja yang dipegang di rumahnya akan dibersihkan selepas dia menyentuhnya. Ini adalah kerana dia tidak mahu ahli keluarganya yang lain mendapat jangkitan Hepatitis B akibat daripada sentuhannya.

Jawapan:

Cara jangkitan HIV, Hepatitis B, dan Hepatitis C adalah sama. Walau bagaimanapun, peratus risiko jangkitan adalah berbeza. Hepatitis B paling mudah berjangkit dan HIV pula paling sukar berjangkit di dalam 3 keadaan ini.

Contohnya, bagi seks tidak selamat, peratus jangkitan HIV adalah 3%, Hepatitis C adalah 13% – 15%, dan Hepatitis B adalah 30%.

Penyelesaian paling mudah untuk PLHIV ini adalah dengan membawa ahli keluarganya yang terdekat untuk ke KK bagi mendapatkan vaksin Hepatitis B.





Isunya kini adalah beliau masih belum memaklumkan tentang status kesihatan beliau kepada ahli keluarganya.

Jika sikapnya berterusan membersihkan segala permukaan yang telah disentuh, maka beliau dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat psikiatri untuk membantu beliau menyelesaikan masalah tersebut.


Soalan 6:

HIV mempunyai kandungan tertinggi pada bahagian darah dan air mani. Selepas rawatan (HAART) dan viral load undetected, HIV yang masih ada di dalam tubuh sepatutnya tidak mampu menjangkitkan, walaupun masih berisiko dengan peratus yang sangat rendah.

Bagaimana dengan Hepatitis B?

Jawapan:

Rawatan memang ada untuk Hepatitis B. Walau bagaimanapun, ianya tidak dapat menyembuhkan 100%; tetapi hanya 70% sahaja.




Contoh:

Rawatan HAART ke atas 100 orang PLHIV. Viral load 100 orang itu akan menjadi undetected.

Rawatan Hepatitis B ke atas 100 orang penghidap Hepatitis B. Hanya 70 orang sahaja yang akan sembuh. 30 orang lagi tidak sembuh. 70 orang yang sembuh itu tidak akan menjangkitkan Hepatitis B. Tetapi 30 orang yang tidak sembuh itu boleh menjangkitkan Hepatitis B.

Jika didapati seseorang itu mempunyai Hepatitis B, maka orang-orang yang terdekat dengan penghidap Hepatitis B itu perlu mendapatkan suntikan imunisasi.

Kos rawatan HAART untuk HIV ditanggung oleh pihak kerajaan. Tetapi tidak untuk rawatan Hepatitis B. Ini adalah kerana Hepatitis B boleh disembuhkan atau curable dengan rawatan. Walau bagaimanapun, HIV dan Hepatitis B berada di bawah Akta Penyakit Berjangkit.


Soalan 7:

Ika telah berhenti haidnya pada 1 hb. Tetapi pada 8 hb, haidnya hadir kembali. Apakah masalah Ika? Bolehkah Ika solat pada 8 hb itu?

Jawapan:

Ika mungkin mengalami gangguan hormon. Ianya dipanggil intermenstrual bleeding iaitu pendarahan di antara dua haid. Gangguan hormon ini juga mungkin disebabkan oleh kepenatan. Ianya bukan tanda-tanda menopaus kerana jika menopaus, pendarahan itu sepatutnya semakin berkurangan.




Jika ianya berterusan, Ika perlu membuat pemeriksaan di klinik. Pihak klinik akan memeriksa uterus atau membuat prosedur pap smear.

Ika tidak boleh solat pada 8 hb itu kerana pada waktu itu, Ika dianggap sedang haid. Jika pendarahan itu berterusan sehingga melebihi 14 hari, Ika boleh solat selepas itu.


Wallahu’alam.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.

Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat professional dan cemerlang.






Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com