Assalamualaikum
Alhamdulillāh. Aku diuji dengan ujian
kesihatan tanda didikan dan kasih sayang-Nya. Setelah hampir sebulan menahan
sakit yang on-off, aku akhirnya
dimasukkan ke hospital hampir seminggu. Kemudian, aku diminta untuk meneruskan
rawatan susulan di rumah dan sentiasa berulang-alik untuk pemantauan apabila
diperlukan. Sampai bila? Hanya Allāh yang tahu. Cuma dijangka lama.
Ujian kesihatan sekarang adalah sehingga ke
tahap aku hanya mampu menunaikan solat fardhu sambil berbaring. Cukuplah kenyataan
tersebut untuk menggambarkan keadaan sakit yang ditanggung.
Banyak jemputan program sharing dan penerangan tentang HIV/AIDS terpaksa aku tolak. Semua panggilan
telefon dan mesej tidak mampu aku baca dan balas pun. Aku mohon keadaan
tersebut difahami dan tidak timbul salah faham. Inshā Allāh, jika sihat, aku
akan kembali membantu sahabat-sahabat yang memerlukan.
Kepada yang terlalu bergantung semangat
kepadaku, sedarlah bahawa ini bukti hanya Allah sebaik-baik penolong dan
kekuatan bergantung kepada diri kita sendiri. Hasbunallāh wa ni’mal wakeel.
Sama ada suami, isteri, anak-anak, atau sahabat-sahabat,
semuanya tetap terhad kemampuan mereka. Kehadiran mereka adalah salah satu
inayah Allāh untuk kita. Kadangkala, ketika perlu, mereka tidak mampu membantu
kita. Tetapi, Allāh utuskan insan-insan mulia yang lain.
Suka atau tidak, stay strong. Because being
strong is the only choice we have.
Getting to
Zero.
Wallāhu a'lam.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com