Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.
Benarkah HIV tiada kena mengena dengan
aqidah?
Firman Allah:
"Apakah manusia itu menganggap bahawa
mereka dibiarkan sahaja mengatakan; kami telah beriman, sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka.
Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta."
(al-Ankabut: 2-3)
Inilah realiti kehidupan. Setiap insan pasti
diberikan ujian. Ada masanya ujian datang dalam bentuk kesenangan dan ada
waktunya dalam bentuk kesakitan atau kesusahan.
Ujian dalam bentuk kesenangan biasanya lebih
mencabar kerana kita cenderung menjadi lalai terhadap Allah.
Kedua-duanya mempunyai maksud yang sama; mahu
menguji iman dan takwa serta sejauh mana kuatnya tawakkal seorang hamba kepada
Tuhan-Nya.
Isu HIV berkait dengan aqidah apabila:
1.
Mempertikaikan keadilan Allah
Jarang yang melihat betapa pentingnya ujian
berbentuk kesakitan atau kesusahan ini sebagai satu kaffarah (penghapus dosa)
dalam proses mujahadah menuju istiqamah (konsistensi).
Maka ada yang tergamak mempertikaikan dengan
mengatakan ujian Allah itu tidak tepat, tidak adil, tidak mampu dihadapi, dan
tiada jalan penyelesaian.
Firman Allah:
"Sesungguhnya setiap kesukaran disertai
kemudahan.
Bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai
kemudahan."
(al-Insyirah: 5-6)
Tidak redha dengan ujian dan tidak yakin
dengan inayah Allah seolah-olah membiarkan ujian kaffarah (penghapus dosa)
bertukar bala' (balasan Allah). Biasanya akibat tunduk kepada nafsu dan terikat
dengan pandangan sempit peribadi.
Firman Allah:
"Setiap kesusahan (atau bala bencana)
yang ditimpakan di bumi, dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah
tertulis di dalam kitab Luh Mahfuz (pengetahuan Kami) sebelum Kami
menjadikannya; sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
(al-Hadiid: 22)
2. Tunduk
kepada nafsu
Tunduk kepada nafsu bererti menyekutukan
Allah sedangkan nafsu juga hanya ciptaan Allah. Allah uji kita melalui nafsu.
Menyekutukan Allah bermakna syirik. Syirik itu melibatkan aqidah.
Adakah tidak tunduk kepada nafsu namanya jika
kita mengutamakan nafsu berbanding takutkan Allah?
Tunduk kepada nafsu termasuk sehingga
mencapai tahap sanggup mengubah kesempurnaan ciptaan Allah. Ini juga salah satu
ciri kerosakan aqidah.
Firman Allah:
"Dan sesungguhnya, aku (syaitan) akan
menyesatkan mereka (daripada kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan
memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan sesungguhnya aku akan
menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah
telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan
Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang
ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian
yang terang nyata."
(an-Nisa': 119)
Segelintir people living with HIV (PLHIV) pula ada yang kekal dalam
kemungkaran setelah diberi peringatan (melalui HIV).
Bagi mereka, semua ini fitrah atau nature. Mereka akhirnya seolah-olah
menghalalkan perkara yang haram dan mahu pilihan mereka diterima masyarakat.
Sikap ini akhirnya tetap membawa kepada kerosakan aqidah.
Firman Allah:
"Dan tiadalah aku (Nabi Yusuf)
menyatakan diriku bebas daripada kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu
selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali nafsu orang-orang yang telah
diberikan rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia daripada hasutan nafsu
itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Yusuf: 53)
Lebih malang apabila tanpa malu mempamerkan
aib dan kemungkaran kepada orang lain.
Rasulullah bersabda:
"Malu itu sebahagian daripada
iman."
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
"Antara ajaran yang diingati daripada
ajaran nabi-nabi terdahulu adalah: Jika engkau tidak malu, perbuatlah apa yang
engkau suka."
(Hadith Riwayat Bukhari)
3. Lebih
takutkan makhluk berbanding takutkan Allah
Adakah tidak melibatkan aqidah jika kita
lebih takutkan makhluk dan pandangan sesama manusia berbanding takutkan Allah?
Terdapat segelintir yang takutkan HIV dan
risau dijangkiti HIV melebihi takutkan Allah.
Mereka mendiskriminasikan PLHIV tanpa sebab
yang jelas sehingga berleluasanya penganiayaan.
Firman Allah:
"Maka janganlah kamu membuat sekutu
untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah Maha Esa)."
(al Baqarah: Ayat 22)
4.
Menghalalkan yang haram. Mengharamkan yang halal.
Menghalang PLHIV menghalalkan hubungan
melalui perkahwinan sehingga ramai yang akhirnya bersekedudukan dan berzina.
Kita lebih rela dengan kemaksiatan dan kerosakan aqidah akibat takutkan HIV.
Ini disebabkan kita telah menyulitkan dan
seolah-olah mengharamkan sesuatu yang halal. Halangan biasanya bukan atas
keperluan Maqasyid Syariah (menjaga keselamatan diri, keturunan, dan harta
benda), tetapi kerana kejahilan ilmu.
Maksud Hadis Qudsi:
"Aku ciptakan hamba-hambaKu ini dengan
sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini
kemudian memperdayakan mereka daripada agamanya, dan mengharamkan atas mereka
sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi supaya mereka
menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan keterangan
padanya."
(Hadith Riwayat Muslim)
5. Bersikap
tidak peduli
Menghukum tanpa menyantuni golongan yang
memerlukan juga boleh merosakkan aqidah kerana menyebabkan ada yang semakin
jauh daripada Islam, memandang serong terhadap kesempurnaan Islam, membunuh
diri, menukar agama, lebih selesa dalam kelompok sendiri, dan sebagainya.
Mencemuh, menghukum, dan membiarkan sesama
manusia menderita (tanpa sokongan) sehingga mereka takut untuk mendapatkan
rawatan juga boleh merosakkan aqidah kerana mengambil alih hak Allah. Mustahil
Allah bersikap pilih kasih terhadap hamba-hambaNya yang menghampirkan diri
kepadaNya.
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:
"Tidak sempurna iman seseorang itu
selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya
sendiri."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Tidak
bersabar dan tidak bersyukur
Sangat jarang yang melihat sabar dan syukur
dengan sesuatu ujian adalah sebahagian daripada ujian iman. Gagal dalam salah satu
bentuk ujian iman tersebut boleh menggoncang aqidah.
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:
"Iman terbahagi kepada dua, separuh
dalam sabar dan separuh dalam syukur."
(Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
Jadi, sama ada PLHIV, non-PLHIV, affected people, supporters, volunteers,
perawat, pendakwah, pendakyah, ahli kariah, dan setiap individu harus sedar
bahawa isu HIV ini sebenarnya turut melibatkan isu aqidah kepada umat Islam.
Tambahan lagi sekitar 70% daripada PLHIV di Malaysia adalah umat Islam.
Sementara gerakan-gerakan yang dipelopori
oleh pihak-pihak tertentu sangat halus dan tersusun perencanaannya mengambil
kesempatan dalam isu ini akibat sikap masyarakat yang memandang remeh terhadap
isu HIV.
Fikir-fikirkan!
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com